CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

Surat terbuka seorang anak~Surat 1

Posted by Hafeiz Suhaimi
Surat Pertama
19 Januari adalah tarikh bersejarah. Seorang ibu melahirkan anak lelaki yg comel. Yg dididik dan diajar erti kehidupan. Ibu ini sangat istimewa. Dialah segala-galanya bagi anak ini. Tidak pernah terlintas di dalam hati anak ini, bahawa ibu ini ingin ditukar ganti. Sesungguhnya tidak ada tukar ganti.
Ibu ini kuat berleter. Apa sahaja yg nampak tidak kena di matanya akan dileterinya. Kalau anak ini melakukan sesuatu kesilapan, selama berhari-hari ia menjadi tajuk utama berita. Setiap hari ibu ini akan mengungkit dan menyebut-nyebutnya.
Anak ini ditakdirkan menjadi manusia yg lain dari adik beradiknya. Dia seorang yg pendiam dan banyak menyimpan rahsia. Dia tidak pernah meluahkan apa sahaja yg terbuku di hatinya. Dia tidak pernah diberi peluang untuk meluahkan apa sahaja yg tersimpan di dalam hatinya. Dia melihat anak-anak lain dalam dimensi yg berbeza.
Anak ini tidak pernah disogokkan dengan luahan kasih sayang dan cinta. Anak ini tidak pernah diajar untuk menuntut harta dari budi orang lain. Anak ini juga tidak pernah merasakan apa itu majlis harijadi. Baginya, harijadi adalah suatu hari untuk dia menyambutnya di dalam hati. Diam di rumah. Dan makan apa sahaja makan biasa yg ada di rumah. Hinggalah apabila dia menginjak remaja, barulah dia mendapat ucapan dan hadiah dari teman-teman serta saudara. Namun ucapan selamat hari lahir hanya sekali sahaja pernah dia dengari dari mulut ibunya.
Walau bagaimanapun, segala kekurangan ibunya itu bukan bermakna ibunya tidak punya cinta untuknya. Setiap saat dan detik waktu yg berlalu, kasih sayang ibu itu terasa subur di dalam diri. Setiap ketika putik-putik kasih semakin berkembang dan subur di dalam hati.
Ya Allah, seandainya berjuta ibu yg hebat-hebat Engkau hadiahkan padaku, tidaklah akan sama walau sebesar satu zarah sekalipun dengan hebatnya ibu yg melahirkan aku. Ya Allah, seandainya ada jutaan kesilapannya, ampunilah dia.. rahmati dia.. sayangi dia.. kasihi dia Ya Allah. Selamat hari ibu untuk ibuku yg teristimewa..
Anak itu memohon ampun dan maaf atas segala dosanya yg telah lalu dan yg akan datang.. tiada yg lebih istimewa dan menenangkan melainkan dapat melihat senyuman seorang ibu.

1 comments:

Ummi Munaliza said...

Surat ini asalnya dilaman Dr Meow sendiri, ummi copy buat kenangan di sini.