CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

Hargai diri sendiri


Rasa gelisah , serba tak kena dan mudah panik adalah gejala yang timbul dari rasa kurang yakin diri. Keadaan ini banyak merugikan kita kerana kita telah menghadkan kebolehan diri. Kita dianugerahkan pelbagai kebolehan yang menakjubkan yang membolehkan dan melayakkan diri kita untuk menjadi KHALIFAH DI MUKA BUMI INI. Kita telah mendapat pengiktirafan yang besar dari Allah,dalam Firman:

"sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" . (Surah AT-TIN :ayat 4)

Gunung ganang dan bukit bukau pun tidak sanggup untuk menrima tugasan yang hebat ini tetapi kita sanggup menerima amanah dari Allah. Betapa hebatnya Allah menciptakan kita.

Bagaimana menjadikan diri berkeyakinan.

Terima diri kita sepenuhnya – Diri kita adalah unik dan terlalu istimewa. Tidak ada dua orang yang benar-benar serupa dengaan kita sampai bila-bila pun . Biar bagaimana pun diri kita dari aspek fizikal misalnya , kita perlu menerimanya dengan penuh kesyukuran dan merasakan betapa hebatnya anugerah Allah pada kita. Tenaga emosi yang positif ini akan dijanakan menjadikan kita rasa sayang, hormat dan menghargai diri kita. Bagaimana orang lain ingin menghargai dan menghormati kita jika kita sendiri tidak pernah untuk menghormati diri sendiri. Apabila kita menerima diri kita secara totalnya segala kelengkapan yang kita ada terutama jiwa kita, minda sedar dan minda bawah sedar kita akan dengan senang hati berkhidmat pada kita dengan sepenuh hati dan akan menjadi pekerja setia pada kita. Jika sebaliknya mereka akan menjadi musuh pada diri kita dan akan membawa kesulitan pada kita. Allah berfirman:

"Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri."
(Surah YUNUS:ayat 44)


0 comments: