CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 30, 2009

Allah Sentiasa Melihat Kita

Aku sedang diperhatikan oleh Allah

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah. Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman. Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah. Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata , “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)


Menjauhi dosa dan Maksiat

Satu daripada manifestasi iman yang penting ialah menjauhi dosa. Ia lambang kekukuhan iman.

"Jauhilah perbuatan haram niscaya kamu menjadi orang yang kuat beribadah." (HR Abu Ya'la)

Dalam beribadah, meninggalkan dosa (manhiyyat) adalah amal yang paling utama.
Inilah perkara yang amat ditekankan oleh ulama-ulama.

Suruhan agama lebih mudah dilakukan daripada meninggalkan laranganNya.
Kita mudah lihat yang berpuasa tetapi masih bermaksiat.
Bersembahyang tetapi rajin mengumpat atau tidak menutup aurat.

Maimun ibn Mahran telah berkata: "Berzikrullah dengan lisan adalah baik, tetapi yang lebih baik ialah mengingati Allah dengan menghindari perbuatan maksiat."

Imam Hasan al-Basri pula telah berkata: "Ibadah yang paling utama dilakukan oleh seseorang ialah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah."

Nabi s.a.w. bersabda, "Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang menyelamatkan orang islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah". (Riwayat Bukhari)

Jauhi Musuh Kita

"Barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan menerima balasannya" (Az-Zalzalah : 7 - 8)

"Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan di atas apa yang mereka telah kerjakan." (Al An'aam : 120)

Walaupun sedar bahawa sedang diperhatikan oleh Allah tetapi masih juga kerap lakukan maksiat.

Walaupun rasa takut azab Allah tetapi tetap juga selalu buat dosa.

Masih tinggalkan solat.
Masih tidak menutup aurat dengan sempurna.
Masih bercakap bohong.
Masih hasad dengki.
Masih suka cerita keburukan orang lain.
Dan banyak lagi...



Sepatutnya apa jua yang Allah suruh kita mesti taat dan amalkan sebab Allah adalah tuhan yang menciptakan kita.

Apabila kita tidak taat perintah Allah bermakna kita telah ikut kehendak musuh.

"Sesungguhnya nafsu itu menyuruh kepada kejahatan kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku". (Yusuf:53)

"Patutkah kamu mengambil iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu, sedang mereka adalah musuhmu ?" (Al-Kahf: 50)

Musuh kita adalah iblis dan nafsu.

Musuh mesti dikalahkan, bukan diikut.





Sumber

Saturday, December 26, 2009

Jadikan Panduan Hidup dari Nasihat Luqmanul Hakim

Buat permata hati yang ummi sayangi, di sini ummi titipkan satu Nasihat dari Luqmanul Hakim kepada anaknya. Seperti mana sayangnya Luqman kepada anaknya, sering memberikan nasihat dan panduan,begitu juga kasih sayang ummi ayah kepada anak-anak ummi.

Setiap impian seorang muslimah ingin menjadi isteri solehah, memohon dikurniakan zuriat agar dapat pula menjadi ibu mithali dengan mendidik anak-anaknya sebagai anak soleh dan solehah. Ummi tidak bisa untuk mengarang ayat yang baik, jadi ummi ambil sahaja nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya yang memang telah tertulis di dalam Al-Quran. Ikutilah wahai anak-anak ummi nasihat Luqmanul Hakim ini.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.



11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sumber Artikel

Friday, December 25, 2009

Tahniah Buat Permata Hati ku

Pertama mahu ditulis di sini ialah ucapan tahniah kepada permata ku Najdah yang mendapat keputusan A di dalam kertas peperiksaan yang diduduki selepas bersalinkan Nu'man. Nu'man lahir jam 4:39 pagi di Hospital Ampang, jam 1:30, Najdah discaj dari wad. Sebaik lepas discaj, terus suami dia bawa pergi menuju dewan peperiksaan di Fakulti Perubatan,USIM di Pandan Indah. Peperiksaan bermula jam 2:30 petang. Najdah cuma menduduki kertas itu selama 1 jam sahaja.

Selepas selesai menjawap, terus dia balik berehat di rumah ibu saudaranya di Kajang. Syukur dalam kepayahan dan masih belum kuat, dia berjaya juga mendapat A di dalam kertas itu. Najdah sedang berada di tahun dua kursus perubatan di USIM.

Yang kedua, ucapan tahniah kepada Amiratun Nazihah yang mendapat keputusan 4 flat di peperiksaan akhir semester satu yang lalu. Amiratun Nazihah sedang belajar di Asasi Sains UiTM, Shah Alam, Selangor.

Ketiga, ucapan tahniah kepada Ahmad Ali Mahfuz yang berjaya mendapat keputusan cpa 3.XX peperiksaan semester 5 yang lalu. Semester 5 yang lalu, Ali Mahfuz sedang melakukan praktikal di Haikal Consultant. Pada 2 Januari ini , Ali Mahfuz akan mendaftar ke semester 6 kursus Diploma Bangunan di UiTM , Seri Iskandar, Perak.

Yang keempat, ucapan tahniah kepada permata ummi, Omar Abdul Aziz. Dia mendapat tawaran belajar di SBPI Rawang , di Bandar Tasik Puteri. Tarikh mendaftar di sekolah itu pada hari Isnin, 11 Januari 2010 ini. Ummi dengan zauj bercadang akan pergi menghantar ke sana.



Sebelum mendapat tawaran ke SBPI Rawang, Omar Abdul Aziz mendapat tawaran ke SMKA Johor Bahru. Mulanya memang bercadang nak ke sekolah itu,tapi ummi masih menanti tawaran lain. Syukur, dapat juga tawaran dari SBPI Rawang, sekolah yang memang ummi nak sangat dia pergi.

Ummi mahu Omar belajar berdikari. Ummi mahu Omar belajar bukan sahaja aliran sains tetapi aliran agama juga. Sekolah ini menawarkan aliran agama yang disekalikan dengan sains. Ada subjek tambahan untuk PMR selain 8 matapelajaran aliran biasa. Ummi tahu Omar mampu untuk belajar dikedua-dua aliran ini.

Semoga semua anak-anak ummi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berjaya di dalam pelajaran, pendidikan, pekerjaan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan juga kemurahan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari Allah SWT. Ameen...


Impian ku melihat anak-anak ku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Thursday, December 17, 2009

HIJRAH TERPAKSA DAN HIJRAH PILIHAN


Kepada permata hati ummi, ingin ummi menyampaikan peringatan kepada semua berkaitan dengan beberapa konsep hijrah yang mudah kita fahami. Ummi bahagikan konsep ini kepada dua. Pertama, hijrah yang setiap manusia terpaksa melaluinya. Kedua, hijrah yang manusia boleh memilihnya.

Pertama : Hijrah yang setiap manusia terpaksa melaluinya.

1. Daripada syurga ke bumi (Nabi Adam)
2. Daripada mati kepada hidup
3. Daripada alam rahim kepada alam dunia
4. Daripada muda kepada tua
5. Daripada hidup kepada mati
6. Daripada alam barzakh kepada Mahsyar

Bahagian pertama ini, manusia semua tidak kira dia Melayu, China, India, Siam ataupun apa bangsa sekalipun semua akan berhadapan. Orang mu’min ataupun orang kafir pun semua akan berhadapan. Orang rajin solat dengan orang malas solat pun berhadapan.

Kedua:
Yang dikatakan hijrah pilihan ialah hijrah sikap yang ada di dalam diri kita sendiri.Hijrah aqidah/sikap. Hijrah sikap ini bergantung atas kemahuan setiap manusia.

Pertamanya : Sebesar-besar hijrah ialah berhijrah daripada syirik kepada Allah SWT kepada beriman kepada Allah SWT. Inilah yang diutus para rasul dan para nabi untuk mengubah sikap manusia yang syirik kepada Allah SWT. Tetapi ada sebahagian yang beriman dan ada sebahagian yang tak mahu beriman.


Yang kedua : bagi orang muslim dia berhijrah daripada tangga pertama muslim kepada tingkatan mukmin. Mukmin maknanya benar-benar melaksanakan seluruh perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah SWT. Yang ini pun bergantung kepada kehendak dan kesungguhan orang Islam itu sendiri.

Yang ketiga :hijrah daripada jahil kepada berilmu. Kalau kita sebelum ini tidak pandai ataupun tak tahu khususnya berkaitan dengan ilmu-ilmu agama, maka kena berusaha untuk dapatkannya dengan cara pergi solat berjemaah dan mendengar kuliah-kuliah agama. Untuk meningkatkan iman, ilmu perlu dicari dan diamalkan.

Kesimpulannya, hijrah yang terpaksa kita melaluinya tetap akan berlaku. Kita mahu ataupun tidak mahu, ia tetap juga akan berlaku. Lambat ataupun cepat sahaja. Hijrah yang kedua bergantung kepada kita. Jika kita hendak dapat kebaikan pada destinasi yang terakhir nanti iaitu di padang mahsyar kelak, hendaklah kita berusaha berhijrah bersungguh-sungguh. Jangan ada sikap bertangguh, kerana dalam al-Quran banyak Allah SWT menceritakan orang-orang berdosa yang hendak pulang semula ke bumi hendak buat kebaikan tetapi sudah tidak boleh.

Sumber