CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 12, 2009

Disiplin dalam Membina Keluarga Cemerlang

InsyaAllah, ingin rasanya kongsikan bersama beberapa amalan yang paling ringan atau paling mudah untuk diamalkan bagi membina sebuah keluarga muslim yang cemerlang dan penuh keakraban antara ahlinya.

Amalan ini mungkin sesuai bagi sesetengah orang dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bersama. Apapun saya suka untuk berkongsi memandangkan ianya sangat mudah dan tidak membebankan. Amalan ini sesuai untuk mereka yang akan membina, sedang membina dan telah membina sebuah keluarga yang berjaya. Ini sekadar tatapan bersama dan perkongsian sahaja.

Solat berjemaah bersama samada di masjid atau di rumah .

- Bagi suami/isteri yang bekerja, solat berjemaah bersama anak-anak biasanya dilazimi pada waktu subuh, maghrib dan isyak memandangkan pada waktu siang harinya masa suami isteri banyak dihabisi di tempat kerja manakala anak-anak pula di sekolahnya. Moga-moga denga waktu berjemaah yang hanay 3 waktu ini mampu menyemai kasih sayang bersama.


Makan makanan yang halal lagi baik dan berkualaiti

- Makanan yang halal lagi baik penting untuk menjaga hati dan akal (rohani dan jasmani) bagi membina generasai yang baik dan berkualiti. Ia penting juga untuk anak-anak kita memudahkan mereka menerima ilmu dan mengamalkannya dengan baik.

-Jaga kebersihan – Penting dalam sesebuah keluarga untuk menjaga kebersihan. Kerana kebersihan melambangkan peribadi dan keimanan sesorang. Penting untuk memastikan suasana keluarga adalah harmoni dan sejahtera. Selain itu kebersihan rumah dan diri juga penting untuk menghalau syaitan mendekati kita.

Biar rumah kadang-kadang agak bersepah dengan buku-buku atau surat khabar, tidak sempat di kemaskan, tetapi bersih. Jangan rumah bersepah dengan sampah-sarap atau bungkusan makanan basi hingga menimbulkan bau yang tidak enak.

Membaca buku-buku ilmiah

- Anak-anak mesti diasuh agar membaca buku-buku ilmiah agar otak mereka akan sering berfungsi dengan baik bagi melahirkan generasi rabbani yang tidak kering dengan idea dan sentiasa berfikir untuk masa depan lebih-lebih lagi masa depan Islam. Lagipun banyak berlaku fenomena di mana ummat Islam adalah golongan yang lambat berfikir. Moga-moga usaha kita ini mampu membina mujahid dan mujahidah yang cerdas.

-Oleh kerana sekarang ini zaman IT, kemudahan internet dan komputer mudah di dapati di rumah, maka kita galakkan anak-anak menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Bimbing anak-anak memanafaatkan internet untk melayari web-web yang mencambah ilmu dan membina minda. Bukan tidak benarkan anak-anak bermain game, tetapi game yang mereka main itu dipantau.

-Galakkan anak-anak membina laman web sendiri dengan bimbingan dan tunjuk ajar, galakkan mereka menulis, mencari bahan yang berinovasi serta bermaklumat.Bahan ilmiah bukan sahaja diperolehi melalui buku sahaja, di internet juga ada seperti e-book. Didik mereka menggunakan engine carian untuk mencari bahan latihan dan kerja rumah yang diberikan oleh guru-guru.

Imej yang kemas dan tidak selekeh

- Perlu diterapkan dalam jiwa anak-anak dan diri kita sendiri supaya imej perlulah sentiasa kemas dan tidak selekeh. Ini penting untuk keyakinan diri dan menunjukkan kualiti seorang muslim yang bersih dan cemerlang.

-Berupaya untuk berkomunikasi dan bergaul dengan baik – Ahli keluarga perlu diterapkan cara berkomunikasi dan bergaul yang dianjurkan Islam. Anak-anak amat perlu diterapkan nilai sedemikian seperti cara menghormati orang, adab-adab bergaul dan cara berkomunikasi dikhalayak ramai.

Mementingkan ikatan yang erat antara keluarga

- Ibu bapa perlu menanam rasa tanggungjawab terhadap keluarga dan mengajar anak-anak agar mementingkan ikatan yang baik sesama mereka. Sesekali ibu bapa walaupun sibuk dengan kerja atau gerak kerja Islam, tidak menjadikan alasan sibuk sebagai penghalang untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Moga-moga dengan perhatian ibu bapa anak-anak akan lebih faham dan berasa kebertanggungjawab ibubapa mereka terhadap keluarga.

-Didik anak-anak mengutamakan keluarga, menjalin ukhuwwah yang erat sesama saudara dengan ucapan-ucapan tahniah bila berjaya, doa apabila ada saudara yang kecewa atau tidak berjaya. Yang penting menghormati abang, kakak dan saudara mara serta kawan-kawan ibu bapa.

-Apabila ada yang sakit, tinggal di wad, pesan anak, ziarahi abang atau kakak yang sakit. Jika memerlukan giliran untuk menemani, maka didik mereka agar terlibat sama dalam giliran itu. Jangan ada yang bersikap mementingkan diri sendiri untuk keselesaan diri.

p/s Jika jiran atau orang lain, perlu lihat keizinan dan tahap pesakit untuk diziarahi.

Membudayakan membaca al-Quran bersama-sama


- Penting membiasakan anak-anak dan diri sendiri dengan al-Quran. Mungkin boleh menganjurkan anak-anak membaca al-Quran setiap kali selepas solat 5 waktu. Tidak perlu ayat-ayat yang panjang paling tidak sepotong ayat dengan maksud untuk difahami. Moga-moga dengan ini lidah kita dan anak-anak terbiasa denag alunan zikir dan ayat-ayat al-quran. Semoga dengan ini mammpu mewujudkan bayt al-muslim dan bayt al-Quran yang dilimpahi cahaya Rabbani.


- Setiap hari selepas solat maghrib, didik anak untuk membaca Al-Quran. Dan jadikan program membaca surah Yassin setiap minggu. Sering memberikan anak-anak nasihat tidak kira masa.

Car-Pool

- Biasanya dianjurkan untuk ibu bapa yang jarang bersama-sanma anak-anak. Jadi dengan berkongsi kereta ke tempat kerja atauu menghantar anak-anak ke sekolah dapat menambahkan keeratan ikatan keluarga.

Meluangkan masa untuk hari terbuka

-Setiap tahun, tidak kira diperingkat tadika hingga SPM, tiap tahun sekolah tempat anak-anak belajar akan mengadakan hari terbuka. Maka pada hari ini, ambik cuti sehari atau separuh hari, untung meluangkan masa bertemu dengan guru-guru yang mendidik anak-anak. Apabila ada program motivasi yang memelukan sokongan kehadiran ibu bapa di sekolah atau di mana jua, cuba luangkan masa untuk menghadirkan diri.

Ini hanya sebahagian amalan yang saya sempat hayati dan InsyaAllah mudah diamalkan malah tidak sedikitpun mencuri masa kita. Membazir waktu untuk Allah bukanlah pekerjaan yang sia-sia. Wallahu a’lam.




1 comments:

Juzaila Abd Satar said...

Assalamualaikum Puan.
Saya memohon izin untuk kongsikan penulisan Puan di dalam Buletin Alam Suri PUSPANITA NRE.
Terima kasih Puan.