CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

Luahan seorang tabib

Posted by Hafeiz Suhaimi

Jika anda menjadi seorang pesakit, apakah anda mahu doktor membantu anda sembuh atau tidak? Saya rasa majoriti semua mahu mendapat bantuan untuk mendapatkan kesembuhan. Maka, untuk mendapatkan kesembuhan itu, perlulah dilakukan beberapa ujian darah, radiologi, scan dan sebagainya untuk mencari diagnosis. Apabila sudah mendapat diagnosisnya, barulah boleh diberikan ubatnya.

Oleh itu, setiap dari kita perlulah bersabar. Pesakit perlu bersabar sementara doktor berusaha mencari diagnosis dan kaedah perawatan, manakala doktor pula bersabar untuk meneruskan semangat usaha membantu pesakit. Bila sudah menemui diagnosis dan memberikan ubatnya, barulah kita sama-sama bertawakkal kepada Allah swt yg berkuasa atas kesembuhan.

Terjadi di dalam lipatan sejarah hidup sy menemui keluarga pesakit dan juga pesakit sendiri yg tidak mahu dirinya dibantu. Semua usaha-usaha doktor untuk menemukan diagnosis dibantah. Nak ambil darah untuk ujian tidak dibenarkan. Nak buat X-ray juga tidak dibenarkan. Nak masukkan Intravenous drip pun tidak dibenarkan. Tetapi, mahu dimasukkan ke wad dan diberi rawatan.

Dalam keadaan begini, sebagai doktor saya merasakan diri ini tersepit. Antara kemahuan untuk membantu pesakit dan kehendak pesakit yg tidak mahu dilakukan sebarang perkara. Sy bukannya bomoh atau dukun. Yang mana dengan bermain-main dan menilik-nilik bola ajaib sahaja sudah boleh tahu penyakit dan ubatnya. Sy manusia biasa yg dikurniakan Allah ilmu dan kemampuan untuk mencari diagnosis penyakit serta kaedah perawatannya. Oleh itu, berilah peluang untuk saya menggunakan ilmu itu.

Saudara-saudara yg dihormati sekelian, jika saudara semua ada ahli keluarga yg dimasukkan ke wad, sy mohon janganlah jadi manusia yg bodoh. Manusia yg bodoh sombong. Saya faham bahawa pesakit dan keluarga terdekatnya mempunyai hak ke atas apa sahaja prosedur yg bakal kami lakukan, tetapi tindakan utk menghalang sebarang ujian dilakukan ke atas pesakit adalah tindakan bodoh yg bukan membantu pesakit, tetapi menambah derita sahaja.

Satu perkara lagi perlu diingatkan, bahawa hospital bukanlah rumah kebajikan. Hospital adalah tempat rawatan yg mana bila sudah selesai rawatan, pesakit perlu pulang ke rumahnya. Ada keluarga pesakit terutama yg diserang stroke tidak mahu membawa pulang pesakit walau pun hospital sudah menyelesaikan rawatan. Mereka tidak mahu menerima bebanan menjaga pesakit yg lumpuh ini di rumah, dan mahu kami menjaga di wad. Tak terfikirkah bahawa ramai lagi pesakit yg memerlukan katil yg diduduki itu dan perawatan?

Dilema inilah yg selalu kami hadapi. Mentaliti masyarakat Malaysia masih terikat dgn gaya lama berubat dan menganggap hospital sama tarafnya dgn rumah kebajikan masyarakat. Ini bukan sahaja menyusahkan urusan perawatan harian di wad, malah mengakibatkan hospital overloaded dgn pesakit-pesakit yg tidak sepatutnya dirawat di wad lagi. Sebab itulah kadangkala bukan hospital baru yg diperlukan, tetapi mentaliti baru yg kita perlu tukar. Namun, usaha itu mengambil masa yg lama dan penuh berliku....


0 comments: