CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 17, 2009

Sayonara

Posted by Hafeiz Suhaimi
Semalam yg telah berlalu, mencatatkan sejarah tersendiri. Ketika aku sedang sibuk melakukan tugas harianku dan tugasan on-call, berakhirlah sudah perjuanganku di dalam arena forum. Akaunku di forum Halaqah.net akhirnya aku tamatkan dan mendapat kelulusan Admin. Banyak sekali kenangan indah dan pahit yg aku lalui selama berforum di sana semenjak 31 May 2007.

Aku memulakan langkahku menjenguk ke Halaqah ketika itu atas ajakan seorang penulis novel yg turut menjadi ahli awal forum tersebut iaitu Diya Nordin. Semenjak itu, hari-hari aku terbahagi kepada dua ketika online. Aku akan berada di Ukhwah.com dan Halaqah.net.

Kehadiranku mendapat kepercayaan dari Admin asal Halaqah sehinggakan aku dilantik menjadi moderator. Dengan kepercayaan dan amanah dari Admin asal Halaqah itulah aku menjalankan tugasku dengan memantau forum. Ingatan dari Admin asal adalah jika ada di kalangan moderator yg merasakan tidak mampu menjalankan tugas dengan baik, maka mereka diminta untuk mengundurkan diri.

Setelah itu, aku mendapati bahawa aku tidak mampu lagi untuk meneruskan tugas kerana kurasakan Halaqah telah berubah dari Halaqah yg aku kenali dulu. Teguran serta kritikanku sudah tidak diterima lagi di sana. Dan teguran balas dari Admin menyatakan bahawa komen-komen Halaqian yg menyebabkan perpecahan di Halaqah tidak diterima dan akan dibuang.

Maka aku berpendapat aku tidak diperlukan lagi di sana. Oleh itu, sebelum aku dihalau, maka aku mengundurkan diri dari menjadi moderator dan akhirnya aku memadamkan terus sejarah kewujudan aku di sana semalam.



Sayonara

Posted by Hafeiz Suhaimi

Akhirnya saya melepaskan apa yg saya ada pergi. Kerana kedudukan dan jawatan tidak menjamin kita dihargai dan itu telah terbukti. Saya benar-benar kecewa dan terkilan atas apa yg terjadi. Tidak bermakna anda di bawah tidak berhak bersuara. Dan tak bermakna anda di atas berhak menjengkelkan orang lain semudah itu. Saya mendoakan semoga mereka akan sedar jua akhirnya bahawa kalam Allah swt itu Maha Benar selamanya...





0 comments: