CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 19, 2009

HATI YANG HIDUP

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Hati yang Hidup
Allah tidak memandang kepada kekayaan , kecantikan dan kepintaran kita dalam melakukan sesuatu perkara tanpa disertai niat yang lahir dari hati yang benar-benar ikhlas . Semua manusia mampu berbicara mengenai hati tetapi tidak mampu memelihara dan mengawal ia daripada sifat-sifat yang kotor seperti amarah, hasad, benci,takabbur, riak dan ujub.

Malah rupa sahaja yang cantik tetapi hati gelap dirasuki syaitan dan nafsu. Ego untuk menerima teguran , berbangga dengan kepetahan bercakap di khalayak ramai tanpa mempraktikkan apa yang disampaikan, mengatakan diri sahaja yang betul , merasa diri hebat daripada orang lain, memandang orang lain dengan pandangan hina, itulah antara penyakit hati yang mewarnai kehidupan umat Islam hari ini.

Semua ujian hati ini akan lebih teruji pada insan-insan yang bekerja untuk Islam. Mereka yang faqih dengan ajaran Islam, yang selalu berpesan pada kebenaran. Ia tidak pernah disedari sebati di dalam jiwa kita, terpalit seperti terpalitnya najis di kain putih yang sebelumnya tidak pernah dikotori. Air mata yang insaf tidak mampu membersihkannya kerana hati sering mentaati bisikan mungkar yang mengajak mengulanginya.

Hati yang sedar berbeza daripada hati yang lalai.Hati yang sedar sentiasa menginsafi akan hakikat kejadiannya pada masa orang lain tidak menyedarinya. Hati ini faham bahawa ia dijadikan untuk mengabdikan diri kepada Allah swt sahaja.Taat dan patuh kepada segala perintah tanpa soal atau merasa keberatan.Hati yang sedar ini juga insaf bahawa ia akan kembali kepada Allah dan dipersoalkan tentang segala apa yang telah dilakukan di dunia.

Hati yang sedar yakin dan benar-benar beriman kepada Allah swt . Hati yang sedar adalah hati yang gementar terhadap kekuatan Allah , hati yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta rukun iman yang lain, dan rela mengorbankan segala jiwa dan raga untuk perjuangan Islam. Imannya sentiasa menjadi pemancar untuk setiap amalannya. Apa jua yang dilakukannya hanyalah untuk mendapat keredhaanNya. Sentiasa terbayang akan janji-janji Allah dibenaknya yang tidak terpaut dengan dunia dan takut dengan siksaan Allah kelak.

Hati yang lalai membenci dan menentang kebenaran.Redha bersama kebathilan yang ada walaupun mengecapi nikmat Allah tanpa bersyukur. Hati yang sedar akan sering menjaga sahsiah dan akhlaknya. Mudah mengukir senyuman dan memberi salam, menghormati dan meraikan sahabat ketika bercakap. Hati yang sedar akan sering bermunajat dengan Allah di malam hari ketika manusia lain sedang nyenyak tidur...

Adeh..

Posted by Hafeiz Suhaimi
Semalaman aku penat gila. On-call semalam memang mencabar. Sampai pukul 5 pagi pun aku tak dapat tidur lagi. Selalunya dalam pukul 2 pagi tu dah dapat tidur dah, ini pukul 2 tu aku masih sibuk resusciate patient dekat RedZone Jabatan Kecemasan.

Semenjak akhir-akhir ini mood aku tak berapa nak stabil. Aku banyak fikir itu dan ini. Sampaikan kadang-kadang aku rasa takde benda yg aku tak jadikan isu untuk aku fikirkan. Penat balik kerja, duduk di rumah tak larat nak tidur. Huhu.

17 hb aritu aku ada dapat mesej dari seseorang yg aku kenal melalui Halaqah.net. Sepatutnya aku tak kenali dia, tetapi takdir menentukan aku diperkenalkan dengan dia. Mesejnya ringkas. Dia mohon maaf atas segalanya semasa kami kenal di Halaqah.

Aku bukanlah insan yg pendendam. Aku boleh maafkan orang yg secara terbuka memohon maaf. Tapi, kemaafan itu tak bermakna aku akan kembali seperti dulu. Hati aku dah tawar. Silaturrahm sebagai saudara seagama itu masih ada aku rasakan, tapi untuk kembali mesra macam dulu semasa di Halaqah tu aku rasa mengambil masa yg sangat lama. Aku tak membenci.

Oleh itu, aku maafkan dia. Tapi biarlah aku dengan kehidupan aku dan dia yg pernah bergelar 'bonda' itu membawa haluannya semahunya dia. Aku sudah berpatah arang, berkerat rotan...

0 comments: