CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 19, 2009

Balasan Surat Satu kakak ku sayang

Wa'alaikum salam wbt,

Kakak ku sayang apa khabarnya?

Sungguh riang hati ini, menerima berita dari kakak ku ini...
Semoga kakak ku ini juga sentiasa di dalam limpahan rahmat Allah SWT.
Amanah yang saya pikul ini berat kak. Kepercayaan yang diberikan itu satu anugerah. Allah mahu melihat adakah hambanya ini mampu memikul atau tidak.

Ingatkah kakak surah Al-Baqarah ayat 286.
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga
menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (286)


Berpegang ayat ini lah maka saya terima amanah ini, tanggung jawap ini,
dan
kepercayaan Al-Fadhil Ustaz
Ahmad Syarifuddin IbrahimAl-Hafiz.

Banyak dugaan yang saya hadapi sebaik saya terima amanah ini.
Setiap di tahajud saya berdoa moga Allah mudahkan urusan saya, saya menangis. Saya mohon Allah pelihara Halaqah yang kini menjadi medan saya berdakwah. Jalan ini sahaja yang saya mampu lakukan sekarang ini,kakak ku sayang.

Semoga kata semangat kakak, doa kakak menjadi tunjang untuk saya terus berada di sini. Semoga silaturahim antara kita hingga ke akhirat di dalam rahmat dan redhaNYA.

0 comments: