CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 27, 2009

Mendidik anak-anak supaya taat akan syariah

Menjadi ibu bapa pada zaman globalisasi kini bukan suatu tugas yang mudah. Tambahan lagi ibu bapa kini tidak hanya mengharapkan anak-anak mereka sekadar menjadi anak yang pintar dan cemerlang, malahan juga menjadi anak yang taat dan soleh.

Menyerahkan sepenuhnya tugas mendidik kepada institusi pendidikan masih tidak mencukupi. Mendidik sendiri dan membatasi pergaulan di rumah juga tidak mungkin. Manakala membiarkan anak-anak untuk bergaul dengan rakan sebaya mereka pula adalah amat merbahaya.

Jadi, bagaimana agaknya, untuk ibu bapa pada zaman ini yang bijak dan arif untuk menjadikan anak-anak mereka taat dan patuh kepada syariah Islam? Terdapat beberapa cara untuk menjadikan anak-anak taat dan patuh kepada syariah Islam.

1. Mengasah akal anak-anak untuk berfikir yang benar.

Hampir setiap ibu bapa mengeluh akan kesukaran untuk mendidik anak-anak zaman globalisasi ini. Bukan sahaja anak-anak zaman siber yang lebih berani dan agak sukar diatur, tetapi juga tentangan daripada arus globalisasi, informasi dan teknologi yang turut memberi impak yang besar dalam mewarnai sikap dan tingkah laku anak-anak.

Ibu bapa selalu mengomel bahawa anak-anak zaman kini berbeza dengan anak-anak zaman dahulu. Anak-anak zaman dahulu sangat takut dan segan dengan ibu bapa dan guru.

Berlainan pula dengan anak-anak zaman sekarang yang berani membantah dan sukar untuk diarah. Ada sahaja alasan mereka. Contohnya apabila ibu bapa menyuruh mereka solat. Sudah banyak kali para ibu memarahi, bahkan dengan menengking dan mengancam supaya mematikan televisyen, dan segera solat. Tetapi, dalam masa yang sama, ibu-ibu enggan untuk mematikan televisyen kerana ingin menonton telenovela atau sinetron kesayangan mereka.

Hal ini telah mengelirukan dan membingungkan anak-anak. Anak-anak sekarang pandai menjawab dan berdebat untuk menolak perintah atau nasihat daripada ibu bapa atau guru mereka mungkin akan dianggap sebagai degil atau sukar dididik.

Sebenarnya, perkara itu terjadi mungkin kerana kecerdasan atau sikap ingin tahunya yang membuatkan mereka bertanya atau menjawab. Tidak secara terus mereka menurut dan diam (mungkin kerana takut) seperti anak- anak zaman dahulu.

Dalam persoalan ini, ibu bapa haruslah mempertimbangkan dua perkara iaitu, pertama, memberikan informasi-informasi yang benar iaitu informasi yang bersumberkan daripada ajaran Islam. Informasi yang diberikan hendaklah meliputi semua hal yang bersangkutan dengan rukun Islam, rukan Iman, ilmu tauhid, feqah, dan semua perkara yang bersangkut-paut dengan ajaran dan syariah Islam.

Cara dan penyampaian ibu bapa mestilah bersesuaian dengan tahap IQ anak tersebut. Yang penting ialah meransang akal anak-anak untuk menggunakan akalnya untuk berfikir yang benar.

Pada tahap ini, ibu bapa dituntut supaya bersabar dan mengajar anak-anak dengan penuh kasih sayang. Adalah mustahil untuk anak-anak memahami pelajaran dengan sekali ajar sahaja. Contohnya dalam hal solat, anak-anak tidak boleh terus dimarah jika tidak solat. Mereka harus diberi maklumat yang boleh meransang mereka supaya tahu mengapa mereka perlu bersolat.

Ibu bapa boleh mengajak anak-anak supaya bersolat berjemaah sama ada di rumah ataupun di masjid secara berterusan. Melalui pendedahan tersebut, anak-anak mengetahui bahawa ramai orang Muslim melakukan solat dan sebagai seorang Muslim, wajib bagi mereka untuk mendirikan solat.

Perkara yang kedua ialah ibu bapa sebagai contoh atau idola buat anak-anak. Hal ini untuk menjaga kepercayaan anak-anak terhadap ibu bapa. Hal ini kerana ibu bapa hanya bijak mengomel tetapi tidak bijak dalam memberikan contoh terhadap anak-anak.

Memahami persoalan yang berpandukan informasi yang benar adalah salah satu cara untuk mengasah ketajaman akal anak-anak. Hal ini kerana, apabila anak-anak sudah dewasa, ibu bapa akan berharap supaya anak-anak mempunyai prinsip hidup yang tegas dan benar, bukan hanya menjadi anak-anak yang mudah terpengaruh dengan trend hidup bebas seperti budaya Barat.




2. Tanam akidah dan syariah dalam diri anak-anak sejak dari kecil.

Menanam akidah yang kuat dan kukuh adalah tugas utama ibu bapa. Ibu bapa yang akan mempengaruhi wujud dan berkembangnya sesuatu agama dalam diri anak-anak. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. (riwayat al-Bukhari).

Tujuan penanaman akidah dalam diri anak-anak adalah supaya anak-anak mengenal dengan betul mengenai Allah. Sejak bayi masih di dalam kandungan lagi, ibu boleh bermula dengan bersenandung mengagungkan asma Allah. Begitu juga selepas anak itu lahir, ibu bapa mempunyai kesempatan untuk membiasakan anak tersebut mendengar ayat-ayat al-Quran.

Pada usia yang masih muda, anak-anak harus didedahkan bahawa dirinya, ibu bapanya, seluruh keluarganya, manusia, dunia dan seluruh isinya diciptakan oleh Allah s.w.t. Itu sebabnya mengapa manusia harus beribadah dan taat kepada Allah.

Dari awal, anak-anak didedahkan dengan asma dan sifat-sifat Allah. Dengan begitu, anak-anak dapat mengetahui betapa Allah Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Kasih, Maha Melihat, Maha Mendengar dan seterusnya.

Jika anak boleh memahaminya dengan baik, insya-Allah, akan timbul kesedaran pada anak —anak untuk sentiasa mengagungkan Allah dan bergantung hanya kepada Allah. Selebihnya, ibu bapa berharap agar tumbuh benih kecintaan kepada Allah, cinta yang akan mendorong anak-anak supaya suka melakukan amalan-amalan yang disukai oleh Allah.

Penanaman akidah pada anak-anak harus disusuli dengan pengenalan hukum-hukum syariah secara berperingkat-peringkat. Proses pembelajaran boleh dimulai dengan motivasi anak supaya senang melakukan hal-hal yang dicintai oleh Allah, misalnya mengajak anak-anak bersolat, berdoa dan membaca doa bersama.

Yang paling penting ialah menanamkan akhlak al-qarimah seperti berbakti kepada ibu bapa, santun dan sayang sesama manusia, bersikap jujur, berani kerana benar, tidak bohong, sabar, tekun bekerja, bersederhana dan lain-lain sifat mahmudah. Jangan lupa mengajarkan semua itu untuk mendapatkan redha Allah, bukan untuk mendapatkan pujian atau habuan duniawi.

3. Kerjasama ibu bapa.

Anak akan lebih mudah memahami dan mengamalkan ajaran jika anak tersebuh melihat contoh yang nyata pada ibu bapanya. Ibu bapa ialah guru dan orang yang terdekat bagi anak yang harus menjadi tauladan. Kerana anak-anak, ibu bapa dituntut untuk bekerja keras untuk memberi contoh dalam memelihara ketaatan serta ketekunan dalam beribadah dan beramal soleh.

Insya-Allah anak-anak mudah diingatkan secara sukarela. Keberhasilan mengajar anak-anak dalam keluarga memerlukan kerjasama yang jitu daripada ibu bapa. Jika ibu dan bapa mempunyai target dan cara yang berbeza dalam mendidik anak, pasti anak akan bingung bahkan anak mungkin akan menyalahkan ibu bapa atas kesalahan yang dilakukannya. Contohnya, anak-anak yang sedang mencari alasan untuk tidak mendirikan solat. Bapa memaksanya untuk mendirikan solat, manakala ibu pula membelanya. Dalam keadaan sedemikian, jangan menyalahkan anak apabila mereka mengatakan, “Kata ibu tidak mengapa tidak solat jika sakit. Saya kan batuk.”

4. Peranan keluarga dan masyarakat.

Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa masih lagi tidak cukup untuk anak-anak menjadi manusia yang berperibadi Islam. Anak-anak juga memerlukan keadaan sosial dengan tempat beraktiviti, baik di sekolah, sekitar rumah mahupun masyarakat luar. Pada peringkat inilah, masyarakat memainkan peranan penting dalam pendidikan anak. Masyarakat yang menganut nilai-nilai, aturan dan pemikiran Islam, seperti yang dianut oleh sesebuah keluarga Muslim, akan mampu menjadikan anak-anak sebagai seorang Muslim yang sejati.

Masyarakat sekarang dipengaruhi oleh nilai dan pemikiran materialisme, sekularisme, permisivisme, hedonisme dan liberisme merupakan tentangan bagi keluarga Muslim. Hal ini menjadikan anak-anak hidup dalam sebuah lingkungan yang membuatkannya berada dalam keadaan dilemma. Di suatu sudut, anak-anak mendapat pengajaran Islam dari keluarga, dari suatu sudut yang lain pula anak-anak bergaul dalam lingkungan yang penuh dengan nilai yang bertentangan dengan Islam. Hal ini sedikit-sebanyak akan mempengaruhi keperibadian anak-anak.

Apabila telah tampak tanda-tanda baligh pada seorang anak, maka selayaknya dia diberikan perhatian yang serius dan pengawasan yang cukup. Sesungguhnya hatinya bagaikan bening mutiara yang siap untuk menerima segala sesuatu yang bakal mewarnainya. Jika dibiasakan dengan hal-hal yang baik, maka ia akan berkembang dengan kebaikan, sehingga ibu bapa dan gurunya ikut serta memperoleh pahala. Sebaliknya, jika ia dibiasakan dengan hal-hal buruk, maka ia akan membesar dengan keburukan itu. Maka ibu bapa dan gurunya juga ikut memikul dosa karananya.

Oleh karana itu, tidak selayaknya ibu bapa dan guru melalaikan tanggungjawab yang besar ini dengan melalaikan pendidikan yang baik dan penanaman adab yang baik terhadapnya sebagai sebahagian daripada haknya. Di antara adab-adab dalam mendidik anak adalah seperti berikut:

1. Hendaknya anak dididik agar makan dengan tangan kanan, membaca bismalah, memulai dengan yang paling dekat dengannya dan tidak mendahului makan sebelum yang lainnya (yang lebih tua). Kemudian cegahlah ia dari memandang makanan dan orang yang sedang makan.

2. Perintahkan ia agar tidak tergesa-gesa semasa makan. Hendaklah mengunyah dengan baik dan jangan memasukkan makanan ke dalam mulut sebelum habis yang dimulut. Suruh ia agar berhati-hati dan jangan sampai mengotori pakaian.

3. Hendaknya dilatih untuk tidak bermewah-mewah dalam makan supaya tidak menimbulkan kesan bahawa makan harus dengannya. Juga diajari agar tidak terlalu banyak makan dan memberi pujian kepada anak yang demikian. Hal ini untuk mencegah dari kebiasaan buruk, iaitu hanya mementingkan makanan sahaja.

4. Ditanamkan kepadanya agar mendahulukan orang lain dalam hal makanan dan dilatih dengan makanan sederhana, sehingga tidak terlalu suka dengan makanan yang enak-enak yang pada akhirnya akan sukar bagi dia untuk membuang tabiat begitu.

5. Sangat disukai jika ia memakai pakaian berwarna putih, bukan warna-warni dan bukan dari sutera. Dan ditegaskan bahawa sutera itu hanya untuk kaum wanita.

6. Selayaknya anak dijaga dari bergaul dengan anak-anak yang biasa bermegah-megahan dan bersikap angkuh. Jika hal ini dibiarkan maka boleh jadi ketika dewasa ia akan berakhlak demikian. Pergaulan yang buruk akan memberi pengaruh kepada anak. Boleh jadi setelah dewasa ia memiliki akhlak buruk, seperti: Suka berdusta, mengadu domba, keras kepala, merasa hebat dan lain-lain, sebagai akibat pergaulan yang salah semasa kecil. Yang demikian ini, dapat dicegah dengan memberikan pendidikan adab yang sebaik mungkin kepada mereka.

7. Harus ditanamkan rasa cinta untuk membaca al Qur'an dan buku-buku, terutama di perpustakaan. Membaca al Qur'an dengan tafsirnya, hadith-hadith Nabi dan juga pelajaran fekah dan lain-lain. Dia juga harus dibiasakan menghafal nasihat-nasihat yang baik, sejarah orang-orang soleh dan kaum zuhud, mengasah jiwanya agar sentiasa mencintai dan meneladani mereka. Dia juga harus diberitahu tentang buku dan faham Asy'ariyah, Mu'tazilah, Rafidhah dan juga kelompok-kelompok bid'ah lainnya agar tidak terjerumus ke dalamnya. Demikian pula aliran-aliran sesat yang banyak berkembang di daerah sekitar, sesuai dengan tahap kemampuan anak.

8. Biasakan ia untuk menulis indah (khath) dan mengahafal syair-syair tentang kezuhudan dan akhlak mulia. Itu semua menunjukkan kesempurnaan sifat dan merupakan hiasan yang indah.

9. Jika anak melakukan perbuatan terpuji dan akhlak mulia jangan segan-segan memujinya atau memberi penghargaan yang dapat membahagiakannya. Jika suatu kali melakukan kesalahan, hendaknya jangan disebarkan di hadapan orang lain sambil menasihatinya bahawa apa yang
dilakukannya tidak baik.

10. Jika ia mengulangi perbuatan buruk itu, maka hendaknya dimarahi di tempat yang terpisah dan tunjukkan bahagian kesalahannya. Katakan kepadanya jika terus melakukan itu, maka orang-orang akan membenci dan meremehkannya. Namun jangan terlalu sering atau mudah memarahi, sebab yang demikian akan menjadikannya kebal dan tidak terpengaruh lagi dengan kemarahan.

11. Seorang ayah hendaknya menjaga kewibawaan dalam berkomunikasi dengan anak. Jangan menjelek-jelekkan atau bicara kasar, kecuali pada saat tertentu. Sedangkan seorang ibu hendaklah menciptakan perasaan hormat dan segan terhadap ayah dan memperingatkan anak-anak bahawa jika berbuat buruk maka akan mendapat ancaman dan kemarahan dari ayah.

12. Hendaknya dicegah dari tidur di siang hari karana akan menyebabkan rasa malas (kecuali benar-benar perlu). Sebaliknya, di malam hari jika sudah ingin tidur, maka biarkan ia tidur (jangan paksa dengan aktiviti tertentu) sebab dapat menimbulkan kebosanan dan melemahkan keadaan badan.

13. Jangan sediakan untuknya tempat tidur yang mewah dan empuk karana mengakibatkan badan menjadi terlena dan hanyut dalam kenikmatan. Ini dapat mengakibatkan sendi-sendi menjadi kaku kerana terlalu lama tidur dan kurang bergerak.

14. Jangan dibiasakan melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi, sebab ketika ia melakukannya, tidak lain karana adanya keyakinan bahawa itu tidak baik.

15. Biasakan agar anak melakukan senaman di waktu pagi agar tidak timbul rasa malas. Jika memiliki barangan memanah (atau menembak), menunggang kuda, berenang, maka tidak mengapa menyibukkan diri dengan kegiatan itu.

16. Melarang anak dari membanggakan apa yang dimiliki oleh ibu bapanya, pakaian atau makanannya di hadapan teman sepermainan. Biasakan ia bersikap tawadhu', lemah lembut dan menghormati rakan-rakannnya.

17. Semaikan dalam diri anak (terutama laki-laki) agar tidak terlalu mencintai emas dan perak serta tamak terhadap keduanya. Tanamkan rasa takut akan bahaya mencintai emas dan perak secara berlebihan, melebihi rasa takut terhadap ular atau kala jengking.

18. Cegahlah ia dari mengambil sesuatu milik temannya, baik dari keluarga yang berada, sebab itu merupakan kehinaan dan merendahkan maruah, maupun dari yang fakir, sebab itu adalah sikap tamak atau rakus. Sebaliknya, ajarkan ia untuk memberi karana itu adalah perbuatan mulia dan terhormat.

19. Jauhkan dia dari kebiasaan meludah di tengah majlis atau tempat umum, membuang hingus ketika ada orang lain, membelakangi sesama muslim dan banyak menguap.

20. Ajari ia duduk di lantai dengan bertekuk lutut atau dengan menegakkan kaki kanan dan menghamparkan yang kiri atau duduk dengan memeluk kedua punggung kaki dengan posisi kedua lutut tegak. Demikian cara-cara duduk yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

21. Mencegahnya dari banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.

22. Cegahlah anak dari banyak bersumpah, baik sumpahnya benar atau tipu agar hal tersebut tidak menjadi kebiasaan.

23. Dia juga harus dicegah dari perkataan keji dan sia-sia seperti melaknat atau mencaci maki. Juga dicegah dari bergaul dengan orang-orang yang suka melakukan hal itu.

24. Ajarkanlah ia untuk memiliki jiwa berani dan sabar dalam situasi yang sukar. Pujilah ia jika bersikap demikian, sebab pujian akan mendorongnya untuk membiasakan hal tersebut.

25. Sebaiknya anak diberi mainan atau hiburan yang positif untuk melepaskan kepenatan atau refreshing, setelah selesai belajar, membaca di perpustakaan atau melakukan kegiatan lain.

26. Jika anak telah mencapai usia tujuh tahun maka harus diperintahkan untuk solat dan jangan sampai dibiarkan meninggalkan bersuci (wudhu) sebelumnya. Cegahlah ia dari berdusta dan berkhianat. Dan jika telah baligh, maka bebankan kepadanya perintah- perintah.

27. Biasakan anak-anak untuk bersikap taat kepada orang tua, guru, dan secara umum kepada orang yang lebih tua. Ajarkan agar memandang mereka dengan penuh hormat. Dan seboleh mungkin mengelak dari bermain-main di sisi mereka (mengganggu mereka).

Sunday, October 25, 2009

Jadikan Tidur anda Suatu Ibadah

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda:"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya.

Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.

Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah. Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik.

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata:"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Riwayat Bukhari)




Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang.

Nabipun terus mengeluarkan arahan:"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."(Riwayat Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur secara yang manasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh NabiMuhammad SAW: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Namun jika tidur yang berpanjangan terutama di siang hari adalah sesuatu yang akan membawa kemudaratan diri. Tidur yang melawan fitrah. Waktu malam berjaga dengan melakukan perkara sia-sia seperti bermain game, melayari internet, berborak-borak hingga keawal pagi.

Selepas sahaja azan subuh, mata rasa mengantuk, terus tidur sehingga jam 2 atau 3 petang. Ini yang dikatakan melawan fitrah, lainlah jika tidak tidur kerana terpaksa bekerja mengikut shif.

Tidur yang berlebihan menyebabkan rasa malas, otak lembab, berat badan naik dan sentiasa merasa lesu.

Tetapi bagaimana pula keadaan orang bekerja, pada hari-hari biasa bangun awal , bila hujung minggu sengaja bangun lewat.Apa yang berlaku kepada tubuh badan secara biologi?

Mengapa badan mereka sering menjadi letih walaupun mereka merasakan tidur mereka mencukupi. Ini satu soalan yang menarik dan kita sebenarnya perlu memilikki maklumat yang betul agar kesihatan dan akhirnya cara hidup kita menjadi suatu yang paling baik untuk diri kita.

Sebenarnya ramai di kalangan kita yang bangun awal setiap hari untuk pergi bekerja. Tetapi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti kita tidur berlebihan daripada biasa. Segelintir daripada kita akan tidur hingga ke tengahari dengan alasan untuk memperolehi kerehatan sepenuhnya yang tidak di perolehi pada hari-hari bekerja.

Sebenarnya tindakkan ini adalah satu tindakkan yang salah. Mengikut Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit, beliau berkata cara tidur sedemikian rupa mengganggu pusingan Biologi ataupun Biological Clock.

Pusingan biologi dalam badan kita ini sebenarnya mempengaruhi kesihatan dan kerehatan kita. Lantas andaikata cara tidur kita seperti yang saya sebutkan tadi iaitu pada hari-hari bekerja kita bangun awal secara rutin tetapi di hujung minggu atau cuti umum kita tidak lagi mengikut jadual itu, kita bangun tidur lewat sebagai contohnya.

Maka cara tidur begitu merosakkan jam biologi yang terdapat dalam badan kita.Natijah atau hasilnya ialah badan kita menjadi letih walaupun tidur kita mencukupi.

Sebenarnya apa yang berlaku dalam diri kita?

Yang berlaku ialah jika kita bangun tidur tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon yang bernama Cortisol terganggu. Hormon cortisol ini ialah hormon kecergasan. Bila kita bangun dari tidur kemudian bergerak dan kita aktifkan diri kita, kita sebenarnya di pengaruhi oleh hormon cortisol.

Hormon ini di keluarkan oleh badan pada waktu-waktu tertentu sebagai contoh andaikata kita bangun tidur pada pukul 6 pagi, maka hormon ini akan dikeluarkan oleh badan lebih kurang pada pukul 3 pagi sebagai persiapan untuk kita bangun dan aktif.

Lantas badan kita akan terus mengeluarkan hormon kecergasan ini pada pukul 3 pagi andaikata di setiap pagi kita bangun tidur pada pukul 6 pagi. Jika rutin ini kita hormati insyaallah kita akan cergas dan tidak akan letih.

Sebaliknya andaikata kita tidak bangun tidur pada pukul 6 pagi sedangkan hormon kita menjangkakan kita akan bangun tidur pukul 6 pagi dan ia telah keluarkan hormon pada pukul 3 pagi. Tiba-tiba kita tidak mengikut rutin itu. Pada suatu ketika kita bangun tidur pada pukul 10 pagi, akan berlaku gangguan pada badan kita. ketika itulah kita keletihan.

Sebenarnya latihan yang kita ambil daripada Ramadhan cukup indah dan cantik. kita bangun tidur pada waktu sahur. Ini sebenarnya latihan islam. Latihan yang sepatutnya kita sambung di luar musim Ramadhan.

Selama lebih kurang sebulan kita bangun tidur di waktu sahur, katakanlah lebih kurang pukul 5 pagi. Waktu sahur ini satu waktu yang barakah. Waktu yang di penuhi rahmat. Sebab dalam Al-Quran, lebih khusus dalam Surah Al-Imran. Allah swt memuji satu golongan manusia. Allah berkata bahawa golongan manusia seperti ini dikasihi aku kata Allah. Satu diantara ciri yang ada pada mereka ialah Wal mus taqfirin nabil azhar, Mereka bangun tidur diwaktu sahur.

Kalimat Al-Quran, Azhar ertinya waktu sahur. Mereka bangun tidur diwaktu sahur dan meminta ampun kepada Allah diwaktu itu. Lantas andaikata kita bangun tidur setiap hari pada waktu sahur lebih kurang pukul 5 atau 5.30 pagi dan ini berterusan setiap hari, tidak hanya di musim Ramadhan.

Kita mengambil kesempatan bangun di waktu sahur untuk beristiqhfar kepada Allah, meminta ampun, berdoa, bermunajat dan mungkin juga kita bersolat tahajjud, bersolat hajat bermohon kepada Allah meminta segalah kebaikkan atau hasanah di dunia ataupun di akhirat.

Masyaallah kita insan yang special disisi Allah dan di dunia sebab dengan cara demikian hormon cortisol kita akan di keluarkan oleh badan secara rutin tanpa terganggu dan natijah daripada itu jadilah kita insan yang cergas, sihat, tidak hanya sihat fizikal juga sihat spiritual.

Sayangnya latihan Ramadhan yang telah kita hayati sebelum ini kita rosakkan di musim Syawal. Ramai yang tidak lagi bangun tidur awal di waktu sahur bila kita masukki Syawal. Ada setengahnya subuh pun tidak sembahyang, tetapi di musim Ramadhan dia alhamdulillah melaksanakan solat subuh sebab dia bangun awal.

Di sebelah malamnya dia bersolat Tarawih. Masuk Syawal memang tidak ada tarawih, namun kita wajib melaksanakan solat yang lima. Solat yang lima itupun tidak dia lakukannya. Solat subuh pun dia tidak melakukannya.

Ketika itu dia mendapat 2 kerugian. Kerugian pertama ialah ruhnya tidak lagi bercahaya. Kedua dia tidak lagi menjadi insan yang sihat sebab waktu tidurnya sudah berubah. Ketika itu pengeluaran hormon kecergasannya terganggu. Dia rugi spiritual dan jasadiah.

Thursday, October 22, 2009

Iman Wajib DiSemai Semenjak Kecil

SETIAP perbuatan mestilah disertai dengan iman. Iman menjadi pagar dalam kehidupan. Setiap perbuatan yang disertai dengan iman akan diberkati oleh Allah SWT. Penyatuan antara ilmu dan iman adalah penting begitu juga ilmu dan amal.

Pendidikan keimanan mestilah berpandukan al-Quran dan Sunnah. Al-Quran adalah kitab petunjuk yang sentiasa memberi pendidikan dan pengajaran bagi manusia agar dapat membentuk keimanan yang sempurna.

Proses pendidikan iman manusia haruslah diterapkan sejak manusia mengenal perkara baik dan buruk iaitu pada peringkat kanak-kanak lagi.

Pendidikan iman juga harus diterapkan sejak manusia mengenal perkara yang baik dan buruk iaitu pada peringkat kanak-kanak lagi. Pendidikan keimanan bertujuan mengajar manusia mengenal dan meyakini adanya perkara ghaib yang wajib dipercayai melalui rukun iman, hari akhirat dan qada dan qadar serta syariat Islam.

Tujuan pendidikan keimanan adalah untuk memberi keyakinan bahawa manusia perlukan pertolongan Allah SWT dalam segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Hanya Engkaulah (ya Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami minta pertolongan. Tunjukkanlah (hati) kami ke jalan lurus” (Al-Fatihah:5).


Selain itu, pendidikan iman juga untuk mengambil peringatan mengenai hukum Allah dan kewajipan mentaatinya. Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu daripada azab neraka” (At-Tahrim: 6).

Pendidikan iman juga mendidik manusia supaya mencintai Allah SWT, Rasulullah SAW dan keluarganya serta membiasakan diri dengan membaca al-Quran. Ia juga mendidik manusia meyakini mengenai kekuasaan dan segala ciptaan-Nya, menanam keyakinan bahawa setiap amalan manusia akan mendapat balasan sewajarnya dari Allah SWT.

Hal ini dijelaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud; “Iman yang paling afdal ialah apabila kamu mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu di mana kamu berada” (Riwayat Ath Thabrani).

Tokoh Islam Abul Hasan an-Nadwi berkata, “Mereka yang tidak disertai iman adalah buta; hati yang tidak disertai iman adalah segumpal bangkai daging; manakala masyarakat yang tidak disertai iman adalah kumpulan binatang yang dihimpunkan.

Sementara itu, Dr ’Aidh Abdullah Al-Qarni berkata, nyanyian yang tidak disertai iman adalah kata-kata yang sia-sia; tulisan yang tidak disertai iman adalah kata-kata kosong; dan pidato yang tidak disertai iman adalah pekikan yang mendatangkan sebarang faedah.

Berkaitan dengan benteng iman Imam Muslim berwasiat yang bermaksud; “Iman mempunyai bentengnya seperti yakin, ikhlas, istiqamah, memperbanyak amalan sunat, khusyuk dan berakhlak mulia, Oleh itu, kuatkan benteng keimanan itu dengan meningkatkan kualiti ibadah”.

Sesungguhnya, melalui ibadah iaitu semakin banyak kita sembahyang kita akan dekat dan beriman kepada Allah SWT. Seperti janji kita dalam doa iftitah, “Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku, matiku adalah untuk Allah, Tuhan sekalian alam.” Oleh itu, laksanakan apa yang kita ucapkan dari hati dengan penuh keimanan dalam kehidupan.


http://epondok.wordpress.com/

Saturday, October 17, 2009

Anak Soleh Idaman Ibu Bapa

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat. Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.

Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah s.w.t.

Kita semua sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.

Sabda Rasulullah s.a.w :

” اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ :

صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ “.

Maksudnya :
“ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.


Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.

Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak. Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.

Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.

Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul. Firman Allah dalam surah Ali – Imran ayat: 38


هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥ‌ۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٨)

Yang bermaksud :
” Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (meneri
ma) doa permohonan. “

Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik. Ini memberi gambaran dan
contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.

Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak

Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara s
yirik yang boleh menyesatkan mereka.

Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala
jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٦٢

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak

Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan ora
ng yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat. Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia “.


Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal

Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan
sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ (١٦٨)

Yang bermaksud : ” Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu “.


Marilah sama-sama kita memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak kita, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan. Korbanlah sedikit masa dan h
arta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. ter
hadap anak-anak dengan baik dan sempurna. Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insan yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara yang maju mengikut acuan kita sendiri.





Adap terhadap Ibu Bapa







Taatlah pada ibu bapa, kasihi mereka dan doakan mereka walaupun telah meninggal dunia.

Doa-Doa


Maksudnya : Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan akhirat dan peliharalah kami akan azab Neraka.




Maksudnya : Wahai Tuhan Kami! Berilah kepada kami dan isteri-isteri kami dan anak cucu kami pendingin mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.





Tersiratnya Doa anak buat ibu bapa

Ada tiga amalan yang akan terus mengalir pahalanya walau pemiliknya telah meninggalkan dunia fana iaitu ;

1.amal jariyah
2.ilmu yang bermanfaat dan
3.doa anak sholeh

Ini bermakna bahawa ibu bapa diminta untuk mendidik anaknya agar menjadi anak yang sholeh yang kelak diharapkan akan terus mendoakan ibu bapanya. Pesan dari ajaran tersebut adalah pesan tentang pendidikan, pendidikan kepada anak, yang ganjarannya begitu menggiurkan karena pahalanya akan terus mengalir meski kita sudah meninggal.

Ada sebuah doa yang dikenal dengan nama ‘Doa Anak Sholeh’ yang diajarkan oleh hampir semua ibu bapa muslim kepada anak-anak mereka, bahkan sejak di Tadika lagi doa ini telah dipastikan hafal oleh anak-anak dengan harapan agar anak-anak ini akan sentiasa mendoakan ibu bapa setiap kali selepas solat. Begini bunyinya :



Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.


Meski kita berusaha mengajarkan doa ini kepada anak-anak kita, pernahkah kita b
enar-benar memperhatikan dan memahami makna dari doa ini? Sebagai seorang pendidik saya sungguh takjub dengan pesan yang hendak disampaikan oleh doa ini. Cuba perhatikan kalimatnya baik-baik dan fikirkan mengapa doanya seperti itu. Mengapa anak-anak kita diminta untuk berdoa agar ibu bapanya disayangi ‘sebagaimana mereka menyayangiku sewaktu aku masih kecil’? Mengapa ayatnya bukan ‘sebagaimana mereka menyayangiku selama ini’, umpamanya. Mengapa justru ditekankan ‘sewaktu aku masih kecil’? Apakah doa ini hanya berlaku bagi anak yang masih kecil saja dan jika sudah lebih dewasa maka ayatnya akan diubah menjadi. :”Sewaktu aku remaja, atau sewaktu dewasa’, umpamanya? Tidak. Doa itu tidak berubah ayatnya meski kita mendoakan ibu bapa kita ketika kita sendiri telah tua. Ayatnya tidak berubah dan tidak perlu diubah.

Mengapa begitu ayatnya?

Menurut saya, doa ini mengandung pesan pendidikan yang sungguh dalam bagi para ibu bapa. Jadi sebenarnya doa ini memang pesannya UNTUK ibu bapa dan bukan untuk si anak. Melalui doa ini terkandung pesan untuk meminta agar ibu bapa mendidik dan menyayangi anaknya dengan sebaik-baiknya, khususnya SEWAKTU K
ECIL. Para ibu bapa diminta untuk mencurahkan kasih sayangnya sepenuh-penuhnya kepada anaknya sewaktu kecil karena sewaktu kecil itulah anak-anak kita memerlukan kasih sayang yang tak terhingga sebagai bekal bagi mereka mengarungi hidup sewaktu besar nantinya. Dengan kasih sayang yang berlimpah dan pendidikan yang baik pada waktu kecil (bukan berarti memanjakannya) maka anak-anak akan punya asas mental dan rohani yang kuat dalam menghadapi hidup mereka di masa dewasa nantinya. Dengan doa ini seolah hendak dikatakan kepada para ibu bapa,:”Wahai para ibu bapa, sayangilah anak-anakmu sebaik-baiknya pada saat mereka masih kecil. Berikan semua yang terbaik darimu kepada anak-anakmu ketika mereka masih kecil. Janganlah sampai mereka mendapati hal yang buruk dan tidak baik darimu ketika mereka masih kecil. Janganlah sampai engkau menunjukkan sikap kasar, keras dan kejammu pada anakmu waktu masih kecil karena Tuhanmu akan mengganjarmu sesuai dengan perbuatanmu pada anakmu ketika masih kecil (dan bukan pada masa yang lain)”

Secara fitrah ibu bapa memang sangat menyayangi anak-anak mereka ketika masih kecil. Itulah masanya ibu bapa sangat menyayangi dan melindungi anak-anak mereka. Mereka melimpahinya dengan berbagai pujian dan h
adiah. Pelukan dan ciuman datang tak henti-hentinya. Kata-kata lembut dan panggilan sayang berhamburan. Rasanya apa saja yang diminta oleh anak sewaktu ia masih kecil segera dituruti dan diusahakan dengan sungguh-sungguh. Pada masa ini kebanyakkan ibu bapa kurang ambil kisah jika anak telah membuat kesalahan dan kesilapan kecil. Anggapan mereka, anak ini belum mumaiz.


Apabila anak itu semakin membesar, ibu bapa mula kurang memberikan perhatian.
Pada saat itu ibu bapa sudah mulai kurang toleransi. Pujian semakin berkurang dan hukuman semakin banyak. Raut muka dan tutur kata sudah mulai berubah. Pendek kata kasih sayang ibu bapa sudah berbeda dengan ketika anak masih ke
cil. Itulah sebabnya doa tersebut menyebutkan secara spesifik WAKTU TERINDAH dalam hubungan anak dan ibu bapa, yaitu ‘sewaktu masih kecil’. Ibu bapa akan dimintakan ganjaran kepada Tuhan pengampunan dosa dan balasan kasih sayang yang terbaik dari Allah sebagaimana mereka melakukan hal yang terbaik kepada anak mereka sewaktu mereka masih kecil.

Jadi dengan ayat doa itu kita sebenarnya diminta untuk menyayangi anak-anak kita ‘habis-habisan’ ketika mereka masih kecil karena upaya kita pada saat itulah yang akan menjadi perhitungan untuk balasannya dari Allah kelak. Hal itu juga sesuai dengan keperluan anak yang memerlukan kasih sayang yang berlimpah ketika
masih kecil karena mereka benar-benar masih sangat bergantung pada ibu bapa pada saat itu. Hal itu juga sesuai dengan fitrahnya ibu bapa yang masih benar-benar ‘all-out’ dalam menyayangi anaknya ketika masih kecil. Doa itu memang mengandung pesan pendidikan luar biasa!

Jadi jika anda masih punya anak kecil, yang akan Anda ajari doa tersebut jangan lupa bahwa doa itu sebenarnya pesan dari Tuhan kepada Anda. Ber
ikan yang terbaik dan terindah dari Anda kepada anak-anak Anda yang masih kecil tersebut. Dengan demikian doa mereka akan sungguh-sungguh dan menghasilkan buah pahala yang tidak putus-putusnya.


3 permata hatiku, doa akan ummi selalu ya.


Monday, October 12, 2009

Mendidik Anak Soleh

9 bulan dalam kandungan, sakit dan resah menanggung anak, ke sana sini bersama, sentiasa dekat di hati. wahai anak-anak, jadilah kamu insan yang soleh dan solehah, derita ibu mu akan hilang sebaik sahaja kamu dilahirkan. Namun biasakah kamu menjaga hatinya? Taati ibu dan bapamu, ikuti didikan mereka, mahu melihat kamu ke syurga...

1.Tidak mempersekutukan Allah SWT, Syirik dan Murtad

- Merupakan kesalahan dan dosa yang amat besar.

2.Berbuat baik kepada kedua ibubapa
- Kenangilah penderitaan ibu yang mengandung kita dengan segala susah payah. Apabila kita dilahirkan, kita disusunya sehingga berusia kira-kira 2 tahun.
-Banyak bersyukur kepada Allah SWT kerana diciptakan kita untuk hidup di dunia ini.
-Doakanlah kesejahteraan ke atas mereka dan semoga Allah SWT akan menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil sehingga dewasa.

3.Yang tidak boleh kita taati suruhan kedua ibubapa hanya apabila dipaksa syirik atau menyembah yang lain daripada Allah SWT (namun 'ketidaktaatan' ini harus dilakukan dengan cara yang baik - penuh hikmah, dakwah, siasah dan diplomasi) Ketaatan kepada ibubapa yang bukan Islam sekalipun (walaupun anaknya itu mualaf) masih diwajibkan (bukan taatkan suruhan mensyirikkan Allah SWT)



4.Memahami bahawa segala amal ibadat kita diketahui oleh Allah SWT walau sekecil mana sekalipun

5.Mendirikan solat

6.Menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan (Amar Makruf Wa Nahyu Anil Mungkar) - dakwah lidah, hati dan anggota.

7.Bersabar dan redha diatas segala dugaan

8.Tidak menyombong dan membanggakan diri samada kaya atau miskin, berpangkat ataupun tidak, berilmu atau tidak, tua atau muda atau berketurunan (orang baik-baik) dll.

9.Bersederhana dalam segala perkara.

10.Bersikap lemah lembut dan beradab sopan

Sunday, October 11, 2009

Anak Solah Merupakan Idaman Ibu Bapa

Sesungguhnya anak-anak merupakan anugerah dari Allah s.w.t. yang cukup berharga kepada Ibubapa. Mereka juga merupakan amanah daripada Allah untuk dijaga dan dipelihara dengan sempurna dan memastikan keselamatan di dunia dan akhirat.

Amanah ini akan ditanya oleh Allah diakhirat nanti, apakah kita telah menunaikannya dengan sebaik-baiknya ataupun kita mengkhianatinya.


Sebagai ibu bapa atau yang bakal menjadi ibu bapa sudah pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak yang baik dan soleh yang bakal menjadi penyejuk mata dan penawar hati. Anak-anak bukan sahaja dapat membantu kita sewaktu di dunia bahkan diharap dapat membantu kita sampai ke alam akhirat.


Sabda Rasulullah s.a.w :

" اِذَا مَاتَ ابْنِ آدَمَ اِنْقَطَعَ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَثٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُوْلَهُ ".


Maksudnya : “ Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya”.

Oleh itu, sekiranya kita berhasrat dan mengidamkan untuk mendapat zuriat yang terbaik dan soleh, maka kita mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka yang berkaitan dengan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah. Justeru itu, proses mendidik anak agar benar-benar menjadi anak yang soleh merupakan suatu tugas dan tanggungjawab yang besar serta mencabar kepada setiap ibu bapa, terutamanya dalam dunia hari ini yang serba canggih sedikit sebanyak telah mempengaruhi corak kehidupan masyarakat terutamanya golongan kanak-kanak.

Maka dalam perkara ini, beberapa faktor penting perlu diberi perhatian oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak menjadi insan yang soleh dan terbaik serta mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Diantara perkara-perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh ibu bapa dalam proses melahirkan zuriat yang soleh ialah :

Pertama : Sentiasa Berdoa Kepada Allah s.w.t.


Keinginan untuk memiliki zuriat yang soleh dan cemerlang hendaklah dengan cara berdoa kepada Allah s.w.t. kerana amalan ini merupakan amalan yang dilakukan oleh para nabi dan rasul.
Firman Allah dalam surah Ali - Imran ayat: 38

هُنَالِكَ دَعَا زَڪَرِيَّا رَبَّهُ ۥ‌ۖ قَالَ رَبِّ هَبۡ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً۬ طَيِّبَةً‌ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ (٣٨)

Yang bermaksud : "Wahai tuhan kami kurniakanlah kepadaku dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan." Dalam ayat ini menjelaskan kepada kita para nabi dan rasul mengutamakan zuriat yang soleh dalam kehidupan mereka, walaupun zuriat itu belum dilahirkan lagi mereka berdoa kepada Allah s.w.t. agar dikurniakan zuriat keturunan yang baik.

Ini memberi gambaran dan contoh kepada manusia untuk diamalkan. Di samping kita berdoa hendaklah kita memberi pelajaran yang sempurna dari segi fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semoga mereka dapat membangunkan diri, masyarakat dan negara.


Kedua : Hendaklah Menanam Akidah Didalam Diri Anak-Anak


Akidah merupakan asas yang perlu diberi perhatian dan keutamaan, kerana akidah yang mantap sahaja mampu menjamin kebahagian dan kecemerlangan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

Selain itu, anak-anak yang mempunyai pegangan akidah yang mantap tidak akan mudah untuk menyeleweng atau diselewengkan. Lebih-lebih lagi dapat melahirkan insan yang sentiasa dapat menjaga iman mereka serta menjauhi perkara-perkara syirik yang boleh menyesatkan mereka.


Ketiga : Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah


Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentiasa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.


Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t.
Firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :


قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (١٦٢

Yang bermaksud : “ Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam ”.

Keempat : Hendaklah Diberi Penekanan Dari Sudut Akhlak


Memiliki akhlak terpuji merupakan lambang kecemerlangan dan keindahan terhadap keperibadian seorang muslim sejati. Dengan memiliki akhlak yang terpuji menyebabkan seseorang itu dihormati dalam sesebuah masyarakat berbanding dengan orang yang memiliki akhlak yang tercela akan dibenci dan dikeji oleh masyarakat.

Kerana itulah, junjungan besar nabi Muhammmad s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.
Selain itu, dengan memiliki akhlak yang mulia merupakan amalan yang paling berat dalam timbangan dihari akhirat berbanding dengan akhlak tercela yang akan melambatkan proses hisab dihadapan Allah s.w.t.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. :

مَا مِنْ شَىْءٍ أَثْقَلُ فِىْ مِيْزَانِ الْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ ( رواه أبو دأود والترمذي )

Maksudnya : “Tidak ada sesuatu yang lebih berat diatas neraca timbangan seseorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang mulia ”.

Kelima : Memastikan Makanan Anak-Anak Dari Sumber Yang Halal


Setiap ibu bapa perlu memastikan setiap makanan yang diberikan kepada anak-anak merupakan makanan dari sumber yang halal serta menjauhi dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi dari sumber yang haram seperti rasuah, riba, penipuan dan sebagainya.

Kerana makanan yang bersumberkan dari rezeki yang halal bukan sahaja membawa keberkatan tetapi sebenarnya dapat melahirkan zuriat yang pintar dan sehat. Dan akhirnya mendorong seseorang kearah melakukan kebaikan di dunia dan mendapat rahmat Allah di akhirat.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِى ٱلۡأَرۡضِ حَلَـٰلاً۬ طَيِّبً۬ا وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٲتِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَكُمۡ عَدُوٌّ۬ مُّبِينٌ (١٦٨)

Yang bermaksud : “ Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu ”.

Untuk memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak, demi melihat generasi yang terbaik dimasa hadapan, korbanlah sedikit masa dan harta untuk mereka, berikan kasih sayang dan tunjukkanlah contoh yang terbaik kepada mereka serta mengambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan anak-anak seperti dengan siapa mereka berkawan, kemana mereka pergi, jam berapa mereka keluar rumah dan sebagainya.

Ini semua membuktikan kita telah melaksanakan amanah Allah s.w.t. terhadap anak-anak dengan baik dan sempurna.


Kelima-lima perkara yang telah disebut tadi amat penting diberi perhatian untuk membina insan yang sempurna dan merupakan modal insan yang akan memainkan peranan untuk membangun masyarakat dan Negara.

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،
وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا (٧٤)
Maksudnya : “ Dan orang orang yang berkata: " wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
( Surah al-Furqan : 74 )

Saturday, October 10, 2009

Akhlak anak cermin ibu bapa beriman

Anak merupakan permata hati bagi kedua ibubapanya. Kehadiran anak-anak adalah penyeri dalam kehidupan sepasang insan yang bergelar suami isteri. Justeru itulah orang Melayu mengungkapkan anak sebagai ‘cahayamata’ yang sudah tentu melambangkan kekudusan perasaan dan ikatan jiwa antara ibubapa dan anaknya.

Kelahiran cahayamata sulung biasanya ditatang dengan penuh belaian kasih sayang dan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Kenakalan anak-anak biasanya menjadi sumber kemarahan ibu bapa dan anak-anak yang masih kecil tidak berdosa biasanya menjadi tempat melepaskan geram setelah seharian keletihan mengemaskan rumah atau sibuk di pejabat.

Hadith Rasulullah saw “Setiap anak dilahirkan atas fitrah, terpulanglah kepada ibubapa untuk mencorakkannya samada meyahudikannya, memajusikannya atau menasranikannya”.

Hadith ini dengan jelasnya meletakkan tanggungjawab pendidikan anak-anak di bahu ibubapa dan bukannya datuk, nenek, saudara mara ataupun guru. Dengan ini ibubapa tidak boleh berlepas tangan menyerahkan pendidikan akhlak ataupun hal-hal pendisiplinan anak-anak kepada pembantu rumah, pengasuh ataupun guru-guru sahaja.

Sementara itu pepatah Melayu yang tidak lekang dik panas serta menjadi ingatan sepanjang zaman: Melentur buloh biarlah secari rebung. Pendidikan dan pembentukan keperinadian anak anak hendaknya bernula sedari kecil lagi. Mesti dilakukan oleh kedua duanya sekali, bukan ibu seorang dan bukan juga bapa seorang.



Bagaimana mendidik anak supaya menjadi seorang yang berakhlak mulia, penyantun serta berbudi bahasa dalam usia anak yang masih mentah. Pertama sekali, ibubapa perlulah berusaha untuk memenuhi hak-hak asasi anak seperti yang telah digariskan oleh Islam. Terdapat 10 hak-hak asasi seorang anak iaitu;
1. hak untuk hidup
2. hak untuk mempunyai genetik yang sahih (anak yang dilahirkan dari ibubapa yang sah pernikahannya)
3. hak untuk mempunyai nama yang baik
4. hak untuk mendapat belaian kasih sayang, perlindungan dan penyusuan ibu
5. hak untuk mendapat tempat tidur yang berasingan
6. hak untuk mendapat pendidikan dan ilmu pengetahuan
7. hak untuk dibesarkan di dalam suasana Islam
8. hak untuk mendapatkan setiap sesuatu yang dibelanjakan untuknya dari sumber yang halal
9. hak untuk mempelajari kemahiran hidup dan pertahanan diri
10. hak untuk mendapat layanan yang saksama tanpa mengira jantina atau gender

Jika diteliti dengan begitu halus, ia mencakupi keperluan segala aspek-aspek fizikal, mental, emosi dan rohani mahupun maruah diri seseorang individu. Hak yang pertama dan kedua yang digariskan di atas menuntut agar pemuda dan pemudi Islam hari ini tidak berzina sehingga menyebabkan lahirnya anak luar nikah.

Anak yang dikurniakan oleh Allah kepada ibubapa adalah sebagai amanah yang memerlukan pertanggungjawaban yang besar. Anak bukanlah hakmilik mutlak ibubapa sehingga ada yang sanggup memperlakukan anak dengan sesuka hati sehingga terjadilah fenomena sumbang mahram, haruan makan anak atau ibu yang sanggup melacurkan anaknya demi mengejar kemewahan hidup.

Dewasa ini kita seringkali dikejutkan dengan kes-kes anak-anak di bangku sekolah yang sudah mula terlibat dengan pelbagai perlakuan jenayah daripada mencuri dan mengugut sehinggalah kepada merogol dan membunuh. Kes-kes ini sangatlah menyayat hati kita sebagai masyarakat yang prihatin dan penyayang.

Persoalannya ke manakah perginya ibu bapa kanak-kanak ini? Kebanyakan anak-anak yang dibesarkan dalam suasana yang ekstrim tanpa kasih sayang yang secukupnya akan mudah terlibat dengan gejala-gejala yang merosakkan akhlak. Kasih sayang yang berlebihan juga boleh menyebabkan anak menjadi buta lantas tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk lantaran kehendaknya tidak pernah dibantah atau tindakannya tidak diambil peduli.

Masyarakat seringkali menyalahkan ibubapa sekiranya berlaku perkara-perkara sedemikian. Si bapa pula akan menyalahkan ibu yang menurutnya bertanggungjawab sepenuhnya mendidik anak-anaknya. Sebenarnya kedua-dua ibubapa adalah bertanggungjawab terhadap pendidikan anak-anak. Sikap saling menyalahkan antara satu sama lain sangat merugikan kerana ia tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Al Qur’an menjelaskan bahawa peranan mendidik anak terletak pertama-tamanya di atas bahu seorang bapa manakala ibu sebagai pendokong dan penyokong utamanya. Ini dinukilkan di dalam surah Luqman,ayat 13:

“Dan ketika Luqman berkata kepada anaknya, diwaktu dia memberi pelajaran kepada anaknya : Hai anakku, janganlah nkamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar benar kezaliman yang besar.”.

Disini Luqman sebagai seorang bapa, telah memulakan mendidik anaknya dengan memperkenalkannya kepada Allah swt, Pencipta dan Pemilik alam ini. Seterusnya Luqman ( mewakili kaum ‘bapa’) mengajarkan anaknya tentang bahaya syirik dan menasihatkan anaknya tentang beberapa tatacara akhlak yang mulia.

Nah, begitulah betapa besarnya perananan kaum bapa dan ini menunjukan bapa memang tidak boleh lepas tangan dalam pembinaan sahsiah anak anak. Dalam perubahan struktur keluarga di zaman ini (dimana kaum ibu juga sama-sama mencari nafkah), tugas bapa bukanlah setakat mencari nafkah untuk keluarga semata mata tetapi harus aktif dan berganding bahu sebagai ibubapa yang berpadu tenaga untuk mengenalkan anak kepada aqidah Islam yang mantap. Keutuhan aqidah inilah yang akan menjamin kemuliaan akhlak anak-anak remaja Islam seperti mana kerapuhan aqidah boleh membawa kepada kegelinciran dari nilai hidup Islam.

Di dalam hal ini Dr. Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya Tarbiyyatul Aulad Fil Islam (Pendidikan Anak-anak Di dalam Islam) telah merakamkan tujuh tanggungjawab pendidikan iaitu;
1. Tanggungjawab pendidikan keimanan (aqidah)
2. Tanggungjawab pendidikan akhlak
3. Tanggungjawab pendidikan jasmani
4. Tanggungjawab pendidikan mental
5. Tanggungjawab pendidikan rohani
6. Tanggungjawab pendidikan sosial
7. Tanggungjawab pendidikan seks

Dalam kesibukan mengejar kehidupan dunia moden hari ini, ibubapa harus juga tidak ketinggalan menyediakan diri sebagai ibubapa yang berketrampilan. Sebenarnya persiapan ini haruslah bermula semenjak seorang lelaki dan wanita itu bercita-cita hendak mendirikan rumahtangga. Persiapan yang sering ditekankan dan digembar-gemburkan oleh pihak media hanyalah bersifat superfisial iaitu persiapan fizikal seperti hantaran, maskahwin, membeli kereta, rumah dan sebagainya.

Tanpa menafikan kepentingan persiapan fizikal, persiapan yang lebih penting untuk melayari kehidupan berumahtangga seterusnya ialah persiapan mental dan emosi. Ramai pemuda dan pemudi Islam yang memasuki alam rumahtangga tanpa persediaan mental dan emosi yang secukupnya menyebabkan mereka tidak berkemampuan menghadapi konflik yang timbul yang mengakibatkan perkahwinan dan keluarga bahagia yang diidam-idamkan berakhir dengan perceraian ataupun menyebabkan sebelah pihak mengalami penderitaan emosi dan mental.

Ibubapa seringkali lalai dari mengingati bahawa sesungguhnya segala tindak tanduk mereka menjadi tontonan dan cerminan anak-anak. Ibubapa kerapkali leka bahawa segala tindakan mereka di hadapan anak-anak adalah sebenarnya ‘didikan’ kepada anak itu sendiri.

Ini bermakna bahawa tingkahlaku ibubapa yang garang, pemurah, pemaaf dan sebagainya telah mendidik anak-anak supaya bersikap dengan sikap yang serupa di mana sahaja dan dengan sesiapa sahaja. Sebab itu tidak hairanlah sekiranya anak-anak meniru perkataan-perkataan yang baik mahupun buruk yang terhambur dari mulut ibubapa mereka. Ini juga merupakan satu cabaran yang besar kepada para ibubapa agar mereka membiasakan melatih diri dengan akhlak Islam yang mulia demi pembentukan generasi akan datang yang juga berakhlak mulia.

Akhirnya, semoga para ibubapa dan pendidik sekalian dapat mempertingkatkan iltizam di dalam mendidik cahayamata masing-masing dengan merenung mafhum Hadis Rasulullah s.a.w di bawah;
“Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah dia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya” (Riwayat Ibnu Hibban).

Rujukan :

1. Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam,Jilid satu dan Jilid Dua Abdullah Nasih Ulwah, Pustaka Nasional, Singapura ,1988. PenterjemahSyed Ahmad Semait, cetakan terbaru 2006.

Friday, October 9, 2009

Siapakah Sultan Ibrahim Adham?

Seorang tokoh Sufi Sultan Ibrahim Adham, dari keturunan Omar Ibnu Khatab juga meninggalkan istana dan berhenti menjadi Sultan Balkh untuk menjadi ahli sufi dan akhirnya terpaksa menyara hidup dengan menjual kayu api. Ceritanya menarik jika diamati, sanggup muhasabah diri, boleh terbuka ‘mata hati’ raja dan menteri.Kenapa Ibrahim Adham pula sanggup tinggalkan istana? Kenapa dia sanggup tinggalkan segala kemewahan dunia, sanggup menderita seperti rakyat ‘marhein’ yang papa kedana?

Satu malam semasa Ibrahim sedang tidur dalam kamar di istananya yang dihiasi dengan emas tulin dan pertama, dia telah mendengar bunyi tapak kaki di atas bumbung istananya. Ibrahim memanggil pengawal istana dan askar-askarnya. Tapi tidak ada yang datang. Ini membuatkan Ibrahim berteriak ke arah bumbung istana, dari mana tapak kaki itu datang.




"Siapa tu!!!!? Apa kau buat atas bumbung istana ku?" teriak Ibrahim.

"Aku seorang sahabat. Sedang mencari untaku," kata suara dari atas bumbung istana itu.

"Oi bodoh! Mana boleh cari unta atas bumbung istana?" jawab Ibrahim.

"Tindakan aku adalah seganjil tindakan mu. Bagimu, aku gila kerana mahu mencari untaku yang hilang di atas bumbung istana, tapi kau sendiri mencari ketenangan kudus dalam suasana yang serba mewah," kata suara itu.

Ibrahim Adham menyedari itu adalah satu alamat buat dirinya. Selagi dia bersolat dalam bilik yang serba mewah ini, selagi itulah dia tak akan menemui Tuhan sama seperti gerangan orang yang hendak mencari unta di atas bumbung istananya.

Namun keesokan paginya Ibrahim menjalankan jadualnya seperti biasa sambil memikirkan kejadian yang berlaku malam sebelumnya. Tiba-tiba seorang miskin terus meluru masuk ke dalam istana dan tidak dapat dikawal oleh pengawal-pengawal istana.

Orang miskin dengan pakaian cumpang camping itu kemudian terus meluru ke arah Ibrahim dan bertanya, "Siapa yang tinggal dalam rumah tumpangan ini?"

Dengan marah Ibrahim menjawab,"Ini bukannya rumah tumpangan. Ini istana aku!!" Raja kalau tidak angkuh dan sombong bukan raja namanya.

Tanpa memperdulikan penjelasan Ibrahim, simiskin itu terus bertanya lagi, "Siapa yang tinggal di rumah ini sebelum kamu?"
"Bapaku," jawab Ibrahim.

"Sebelum itu, dan sebelum itu dan sebelum itu lagi?" tanya simiskin itu lagi."Bapa kepada bapa ku, dan seterusnya beberapa generasi sebelum itu," jawab Ibrahim.

"Di mana mereka sekarang," tanya lagi simiskin itu.

"Mereka semua telah meninggal dunia," jawab Ibrahim.

"Oh… Jadi ini bukanlah rumah tumpangan di mana orang boleh suka-suka datang dan pergi dan tinggalkan tempat ini untuk orang lain yang datang dan pergi. Kenapakah kau bersusah payah menjaga sesuatu yang tidak akan menjadi milik kau selama-lama" kata simiskin itu yang kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Khaidir dan terus menghilangkan diri.

Mulai dari peristiwa inilah Sultan Ibrahim Adham akhirnya meninggalkan istana dan menjadi seorang tokoh sufi yang menjalani hidup sebagai penjual kayu api untuk mencari kebahagian sejati, awal dan akhir, dunia dan akhirat, bukan sekadar agama ritual tetapi spiritual yang kekal abadi.

Thursday, October 1, 2009

Selamat hari lahir Abdullah Mubarak

Ummi dengan Abdullah Mubarak

Selamat hari lahir Abdullah Mubarak
yang ke 11 tahun
1 Oktober 1998 - 1Oktober 2009
bersamaan 9 Jamadil Akhir 1419 H


Ya Allah…
Semoga menjadi anak yang soleh
Tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahaya-Mu yang tidak pernah redup,
Lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepada-Mu,
Hidupkanlah dengan ma’rifat-Mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-Mu.
Sesungguhnya Engkau sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong.

Amin.