CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 15, 2009

Melahirkan Anak Genius

Nabi Ibrahim pernah berdoa ; “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara cucu-cucu kami umat yang patuh kepada Engkau…”(Al Baqarah : 128)

Berkat doa inilah Allah SWT telah mengutuskan seorang Rasul- Nabi Muhammad SAW, daripada keturunan Nabi Ibrahim.

Nabi Muhammad SAW ketika dilempar dengan batu-batu krikil oleh penduduk Thaif hingga berdarah kakinya berdoa : “Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Aku harap daripada sulbi mereka itu nanti akan lahir orang yang akan menyembahmu.”

Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan anak genius. Baginda bersabda, maksudnya ; “Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu (keturunan kamu) sesungguhnya urat itu (keturunan) mempengaruhi.”
(Ibnu Majah dan Ad Dailami)

Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ; maksudnya :”Carilah tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara
perempuan mereka. (Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir) Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri.
Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-sifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik. Jarang bahkan kurang hadis membicarakan tentang sifat-sifat kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik (anak genius). Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama).

Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ;
“Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat.”(Tarbiyyatul Aulad) Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha mendapatkan anak yang soleh dan genius. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum bersetubuh supaya
anak yang bakal dilahirkan selamat daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan) dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca
kitab-kitab karangan ulama-ulama muktabar zaman dahulu. Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik.

Firman Allah, maksudnya :
“Ya Allah kurniakanlah kami daripada isteri kami dan keturunan kami cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah Al Furqan ayat 74)

SAKITNYA SAKARATUL MAUT

Sakitnya sakaratul maut, tak seorang pun dapat mengetahui dan menceritakannya kecuali dirinya sendiri, yang langsung merasakan. Aisyah ra.berkata, 'Di hadapan Nabi saw. terdapat gayong berisi air. Lalu beliau memasukkan tangannya ke dalam air, kemudian membasuh wajahnya seraya bersabda: "Tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Allah... Sesungguhnya kematian itu ada sakaratnya."
HR. Al-Bukhari

Dalam lafaz lain diriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya, beliau berdoa: "Ya Allah, tolonglah aku ketika sakaratul maut."
HR. Ahmad dan Tirmidzi, dihasankan oleh Hakim

Yang dimaksud dengan sakarat yaitu kengerian dan kedahsyatan saat menjelang kematian.

Wallahu'alam Bisshawab
"Sesungguh Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah tuhan Kami , Rasul ikutan kami, Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami , Mati Syahid cita-cita tertinggi kami"

MELAHIRKAN ZURIAT SOLEH

Rasulullah SAW pernah bersabda , maksudnya : "Carilah tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka". (Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir).

Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri.

Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-sifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik. Jarang, bahkan kurang hadis membicarakan tentang sifat-sifat kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik (anak genius). Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama).

AMAL SOLEH

Manusia tidak akan terlepas dari maksud “kerugian” seperti yang digambarkan dalam ayat di atas, selagi detik yang berlalu di dalam umurnya dipenuhi dengan maksiat dan kelalaian kepada Allah S.W.T. Bagi mengelakkan kerugian ini, maka seorang insan mestilah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenuhi tuntutan agamanya seperti yang telah diterangkan oleh ayat ini.

Adalah perlu diketahui bahawa amal-amal soleh sebagai ibadat kita kepada Allah S.W.T. terbahagi kepada tiga keadaan:

1- Amal soleh yang dinisbahkan kepada hati, seperti iman, ihsan, tawakkal dan lain-lainnya. Amal soleh sedemikian tidak dapat dilihat dan tidak dapat didengar, sebaliknya dapat diketahui.
2- Amal soleh yang dinisbahkan kepada lidah, seperti membaca al-Quran, berzikir, bersalawat, memberi nasihat dan lain-lain. Amal soleh ini tidak dapat dilihat tetapi dapat didengar dan diketahui.
3- Amal soleh yang dinisbahkan kepada perbuatan, seperti sembahyang, berzakat, menolong orang, berhaji dan sebagainya lagi. Amal soleh ini dapat dilihat dan diketahui.

BERMULANYA DI SINI

Segalanya bermula
tak kala,
aku berziarah
ke Darus Syifa
Mencari penawar duka

Rupanya begini
bukan ubat yang ku temui
tapi
jantung hati
tautan kasih yang murni
cinta yang abadi

Hidup ku kembali berwarna
bagai pelangi di ufuk sana
Harum wangi bagai angsana
tidak lagi aku ke mana

Beginilah cintaku statik di sini...

Padamkan Kiriman

MULANYA DI SINI

Mulanya di sini
aku temui ibnuwalidaini
aku temui Daeng Jati
aku temui Ustaz Al Haudhie
aku temui anak-anak yang disayangi....
Begitu ramai sekali

aku kenali Dr Meow
aku kenali Mooks
aku kenali Siti bahiyah
aku kenali Suariani

aku jumpa nozza
aku jumpa hairil
aku jumpa halawah
aku jumpa panod


aku berYm dengan nissa
aku berYm dengan awit
aku berYm dengan sumairi
aku berYm dengan rainwidd

aku ada anak Annalthafunnissa
aku ada anak bernama kudo...
aku ada anak najwa
aku ada anak nadia
aku ada anak nazim
aku ada anak nazihah
aku ada anak bernama wildan salsabila
aku ada anak dishar
aku ada anak cokodok
aku ada anak bernama hati insan dari bumi kenyalang
dan
aku selalu gaduh dengan zombi...

BERMULANYA DI SINI


Bermula di sini
aku mendapat panggilan....
ada panggil ummi
ada panggil ibu
ada panggil cikgu
ada panggil puan
ada panggil kakak
ada panggil opah
ada panggil nenek

Yang tak de panggil, cuma "Datin"

BERMULANYA DI SINI


Mulanya di sini aku menemui ramai anak-anak,
seluruh dunia di pelusuk benua
ada dari UK dan Amerika
howtoreadmyname dari Harvard
Arshad dari USA

Mooks dari Indonesia
Fikri dari Moroco
Muskidr dari Jordan
Rainwidd dan Irmaningsih dari Mesir
Akuime dari Pakistan
Khairunisait dari Italy
Al-Khatat dari Alexandria

Di sini ukhwah indah terjalin antara
Pedang keadilan , uranicade, zawq,ratu islam
acapklcc,arief dan ariel, assiddiq, mujahid
stonez,aniss,amira,cnk dan yusra, mfz
lo22, hairilnua yang semasa jenisnya,
nurul islam,nurul syurga,nurul najwa,shaniza
mr doom, akil, asabakri, miftahul jannah

Dengan orang lama aku mula mengenali
adeq fauzy,pak kanjeng, abu atiyah,ibnu nafis
husnul khatimah,sofia, seri sufi,tasniem,liyanluv

semoga ukhwah kita semakin indah jadinya.

POLIGAMI DAN ATOM

Sebenarnya konsep atom dan sistem cakerawala kita ada persamaannya. Dalam atom ada nuklues yang dikelilingi oleh elektron. Sama macam matahari yang dikelilingi planet. Atom yang paling sedikit elektronnya adalah Hidrogen. Ia mempunyai satu elektron. Dan atom yang paling banyak elektron yang ditemui setakat ini adalah Ununoctium iaitu sebanyak 118 elektron.

Nuklues mempunyai tenaga yang melayakkan dia memegang elektron. Semakin besar tenaga yang ia ada semakin banyak elektron-elektron yang dipegangnya. Allah tidak membebankan nukleus ini memegang banyak elektron melainkan di atas kesanggupan mereka sendiri. Tenaga yang banyak pada nuklues ini diekplotasi dalam penciptaan bom nuklear dan penjanaan tenaga elektrik.

Begitu jugalah sistem kekeluargaan dalam Islam. Seseorang lelaki yang beriman digalakkan berkahwin lebih dari seorang isteri. Jika keluarga itu hanya ada seorang isteri, ia umpama seperti gas hidrogen, iaitu ringan dan mudah terbakar. Sebab itu kita lihat sistem kekeluargaan umat Islam sekarang cepat sangat terbakarnya. Dan kerana umat Islam sekarang ramai yang beristeri seorang sahaja, maka ia membentuk umat yang ringan dan lemah seperti gas. Seperti yang dikatakan umat Islam akhir zaman ini seumpama buih-buih di lautan. Harapkan kuantiti sahaja ramai, tetapi lemah lagi suka berpecah-belah.

Namun apabila umat Islam mula sedar diri tanggungjawabnya (bermula dari para lelakinya), mereka akan berusaha memperkuatkan diri agar banyak tenaga untuk memikul tanggungjawab ramai isteri. Biar kita menjadi seperti atom besi yang keras atau lagi hebat seperti aurum dan atom-atom yang banyak elektron itu.

Apabila umat Islam membentuk kekeluargaan yang kuat seperti besi, bayangkan kehebatan umat Islam itu nanti. Dikhabarkan Nabi Sulaiman memiliki isteri seramai lebih kurang 100 orang. Ini menunjukkan baginda seorang yang kuat semangat seperti atom urinium, plutonium dan yang sekeluarga dengannya. Cetusan semangat yang terpancar dari baginda melayakkan baginda menguasai kerajaan yang luas dan memiliki kehebatan menundukkan jin, manusia dan binatang.

Begitulah nilai poligami dalam Islam. Janganlah lihat poligami dari sudut yang sempit dan berfikiran pendek. Lihatlah kebaikannya untuk umat manusia dan alam semesta. Jika poligami itu suatu yang buruk, sudah pasti Allah mengharamkannya. Tetapi kerana ia mempunyai nilai yang amat besar kepada manusia, sebab itu semua para rasul yang berjaya dalam dakwah mereka diperkuatkan dengan poligami.

Untuk membina generasi manusia yang kuat semangat sehingga mampu meneroka alam semesta, kita perlukan sumber-sumber semangat. Dan sumber tenaga ini datangnya daripada Allah. Seorang lelaki, oleh kerana ia adalah pemimpin kepada perempuan, dan di atas mereka tiada siapa kecuali Allah, mereka kena bergantung terus kepada Allah untuk mendapat sumber kekuatan ini. Nak bergantung kepada Allah, kita kena guna logik akal. Jika beragama menurut tok guru, manusia itu akan jadi penakut seterusnya hilang semangat. Berfikirlah secara logik dengan bukti-bukti yang ada di seluruh alam ini.

Jangan pisahkan agama dengan sains. Biarpun kajian sains sekarang banyak dikembangkan dari Barat, asalnya ia dari cetusan para nabi dan golongan berfikir terdahulu. Dan sesuatu yang benar dan logik, bukankah ia datang daripada Allah? Syaitan tidak mampu menyesatkan manusia guna logik, sebab itu syaitan tidak diberikan kekuasaan sebagai khalifah. Syaitan hanya menyesatkan manusia secara sihir atau berpegang sesuatu yang khayalan tanpa bukti logik. Diharamkan arak dan dadah itu kerana menyebabkan manusia jadi suka khayal seterusnya merosakkan sistem akal fikiran.

Berfikirlah setiap masa agar semangat dan tenaga dalam diri semakin bertambah. Semakin kita nampak kelogikan apa yang kita fikirkan, semakin terang alam rohani kita. Ketika itu kita mula melihat hidup kita semakin luas, bukan setakat atas muka bumi. Kita mula nampak planet-planet, galaksi dan angkasaraya. Allah perluaskan pemikiran kita.

Begitulah nilainya apabila kita belajar kenal diri dengan bereksperimen pada diri kita sendiri serta bergantung terus kepada Allah. Dia yang mencipta kita, maka Dia-lah yang layak memberi tunjuk ajar kepada kita. Sunnah dalam belajar, sudah semesti kita kena guna akal. Mana boleh guna nafsu untuk belajar? Manusia tidak akan memahami bila guna nafsu ketika belajar.

Apabila seorang lelaki itu memiliki kekuatan yang melayakkan dia memikul amanah ramai isteri, barulah Allah berikan mereka ramai isteri. Jangan fikir sekadar memuaskan nafsu sahaja untuk berpoligami ini. Para rasul dulu berkahwin ramai bukan untuk melayan kehendak seks semata-mata, tetapi kerana ada tanggungjawab yang besar iaitu memerlihatkan kebenaran agama Allah, agar manusia nampak secara logik tanda-tanda Kekuasaan Allah. Apabila semakin ramai manusia sedar tanggungjawab mereka sebagai insan, maka dunia ini akan aman dan damai. Tapi jika diajak berfikir secara logik untuk kenal Allah pun sudah buat alasan pengecut dengan mengatakan nanti tersesat atau mengatakan akal manusia terbatas, macam mana nak jadi lelaki yang berani dan diberikan kekuatan semangat?

Dan kepada yang perempuan, kerana mereka adalah golongan yang dipimpin oleh lelaki, mereka akan mendapat tenaga yang kuat apabila tidak menyekutukan suami seperti mana lelaki tidak menyekutukan Allah. Mentaati suami yang tidak menyekutukan Allah samalah seperti isteri itu mentaati Allah. Sebab itu kita nampak logik kenapa tempat suami itu kedua tertinggi selepas Allah, bagi seseorang isteri. Jadi jika seseorang wanita itu ingin mencari kehidupan yang bersemangat, maka carilah lelaki yang bergantung terus kepada Allah dalam beragama, bukannya bergantung kepada tok guru atau selainNya.

Suami yang beriman adalah sumber semangat bagi seorang isteri. Tetapi suami yang pengecut lagi menyekutukan Allah akan menyebabkan isterinya hidup dalam keadaan tertekan, ragu-ragu lagi mudah cemburu buta. Ini kerana bila pemimpinnya pun menyembah syaitan (menyekutukan Allah), maka yang dipimpin pun akan menurut sama. Akibatnya terbentuklah keluarga manusia yang lemah dan hidup sekadar untuk bermain-main di atas muka bumi.

Jadi, untuk membangkitkan umat Islam yang lemah dan layu sekarang ini, kita kena kembali kepada asas iaitu kenal diri kita sendiri. Belajar kenal diri agar pergantungan kita hanya semata-mata kepada Allah. Jangan beragama menurut apa yang orang lain buat, tetapi mengikut logik yang Allah perlihatkan. Apabila kita berpegang pada sesuatu yang logik, hati kita akan tenang sebab kita ada bukti. Tetapi jika kita beragama secara menurut tanpa memahami sebab apa kita menurutnya, kita akan jadi pengecut dan terkial-kial mencari nama-nama imam terdahulu untuk membenarkan pegangan hidup kita.

Allah sudah kurniakan kita akal. Perkuatkanlah akal kita itu agar ia menjadikan hati kita kukuh dan teguh daripada keraguan. Bila kita semakin yakin pada diri sendiri untuk kenal Allah, maka Dia akan bekalkan kita tenaga yang menjadikan kita manusia yang bersemangat tinggi. Manusia akan rasa puas hasil dari usahanya sendiri. Berusahalah untuk kenal Allah guna keupayaan diri kita sendiri. Allah sudah siapkan penciptaan kita yang melayakkan kita kenal Dia tanpa ada perantaraan tok guru pun. Tugas kita adalah berfikir secara logik untuk mentaati kebenaran tanpa berprejudis pada sesuatu bangsa atau kaum. Mana-mana manusia sampaikan kebenaran berdasarkan bukti yang nyata, kita terima.

Kelak apabila semakin ramai lelaki yang menjadi seperti nuklues yang bertenaga tinggi, maka Allah akan hadirkan “elektron-elektron” yang banyak sesuai mengikut keupayaan nuklues itu. Sebab Allah tidak akan membebani manusia melainkan atas kesanggupan masing-masing.

Wanita-wanita yang faham fungsinya seumpama elektron itu tiada masalah pun jika suaminya mahu berpoligami, kerana dia tidak melihat dirinya sebagai dirinya semata-mata, tetapi untuk kepentingan umat manusia. Bayangkan jika ada satu elektron sahaja tidak setuju sesuatu nuklues itu ada banyak elektron, pasti struktur atom itu akan jadi lemah seperti gas Hidrogen atau pun tidak seimbang. Bila tidak seimbang, akan menyebabkan keruntuhan keseluruhan gabungan atom-atom yang membentuk sesuatu bahan.

Keruntuhan umat Islam sekarang kerana banyak perkara yang asalnya baik tetapi dilihat buruk akibat menolak berfikir secara logik dan rasional. Umat Islam mudah mengikut kepanasan hati daripada berfikir secara waras. Syaitan dalam hati masing-masing membakar umat Islam terutama pada institusi kekeluargaan sehingga banyak kes cerai-berai berlaku dalam keluarga Islam. Inilah kesan buruk bila beragama secara subsidi mengharapkan ulamak atau tok guru tolong suapkan. Umat Islam sudah tidak gunakan pemikiran agar tidak cepat menurut rasa. Bak kata pepatah, ikut rasa badan binasa. Jadi ikutlah pertimbangan akal yang waras, barulah hidup jadi selamat. Ketika itu barulah poligami dapat diperindahkan dan mencapai matlamat hidup manusia sebagai khalifah alam.

POLIGAMI DAN CAKERAWALA

Allah memimpin tidak terhitung ramainya makhluk. Makhluk yang baik, Allah balas sesuai dengan kebaikannya. Makhluk yang jahat, Allah balas sesuai dengan kejahatannya. Allah sebaik-baik pemberi balasan.

Seorang lelaki yang ingin merasai bagaimana Kehebatan Allah memimpin makhluk-maklukNya, dia kenalah memimpin seramai mana isteri-isteri yang Allah amanahkan. Ketika itu akan ternampaklah Keagungan Allah sebab kita sudah alami dan merasai sendiri tanda-tanda Kekuasaan Allah. Bagaimana si suami menggunakan kebijaksaannya untuk berlaku adil seperti mana Allah Maha Bijaksana berlaku adil terhadap alam semesta.

Seorang isteri pula diuji untuk berlaku adil kepada anak-anaknya. Bagaimana kebijaksanaan membentuk tumbusaran minda anak-anaknya agar bijak berfikir dan berdikari dalam hidup. Ajar anak-anak agar jangan terlalu bergantung, tetapi suka berusaha sendiri. Memanjakan anak sehingga suka bergantung pada orang akan menyebabkan mereka bila besar nanti mahu ulamak atau tok guru suapkan dalam beragama. Mereka jadi tidak tahu berusaha sendiri untuk mengenali diri dan Penciptanya sendiri.

Ibu juga adalah matahari kepada anak-anak kerana dekatnya ibu (mengandungkan, melahirkan dan menyusukan) dengan anak-anak. Seorang isteri yang sudah ada ramai anak sebenarnya lebih mudah memahami kenapa suaminya berniat untuk meramaikan isteri asal hati isteri disucikan daripada prasangka dan penyakit. Jika suaminya sudah berterus terang mengenai niatnya, bukankah itu sudah membuktikan kejujuran si suami?

Jika kita berfikir lagi, hidup ini umpama sistem cakerawala atau struktur atom. Allah cipta satu unit memikul amanah untuk memimpin subunit-subunit untuk membentuk satu unit yang lebih besar. Kemudian unit2 yang besar ini pula bergabung sehingga membentuk satu unit yang lebih besar.

Seperti nukleus memimpin elektron2 membentuk atom. Atom bergabung membentuk bahan seterusnya membentuk jasad seterusnya membentuk semesta alam.

Begitu juga suami memimpin isteri2 membentuk keluarga. Keluarga membentuk masyarakat atau negara, seterusnya empayar dan kesatuan umat manusia.

Matahari memimpin planet2 membentuk cakerawala, kemudian galaksi dan seterusnya alam semesta ini.

Dan Allah-lah Pemimpin tertinggi seluruh makhluk-makhlukNya dari yang sehalus-halusnya kepada yang sebesar-besarnya. Dan dikatakan malaikat mengeliling Arasy atau Kerajaan Allah seperti mana planet2 mengelilingi matahari dan isteri-isteri mengeliling suami.

Semakin kita belajar kenal diri, semakin kita nampak Kehebatan Allah mencipta dari sehalus-halus makhluk kepada seluas-luas alam semesta. Semuanya menggunakan konsep yang sama.

Dan semakin kita belajar kenal diri semakin kita tahu tugas kita masing-masing. Seorang isteri yang tahu tugasnya sebagai isteri tidak akan rasa ragu-ragu kepada suaminya yang ingin memimpin ramai isteri agar hidup terus diperindahkan dengan cinta. Hanya manusia yang

MAK KU SAYANG, ABAH KU KASIH

Sejak kita dilahirkan, kita telah dijaga, dibelai, dididik dan diasuh dengan begitu perihatin oleh kedua ibu bapa kita. Sewaktu kecil, apabila kita merengek di tengah malam buta, ibu kita dengan kerelaan hatinya terpaksa bersengkang mata untuk memujuk dan memberikan susu. Manakala ayah pula sibuk berusaha memastikan kehidupan keluarganya dalam keadaan yang baik agar kita dapat hidup dengan selesa dan sempurna.

Lihatlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita. Apakah tindakan kita yang sewajarnya untuk membalas jasa mereka ini? Pernahkah selama ini kita membuatkan mereka kecil hati? Sesungguhnya ingatlah syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Derhaka kita kepada mereka bererti derhaka kita kepada Allah Taala. Taatilah mereka selagi mana tidak bercanggah dengan hukum Islam. Berusahalah membahagiakan mereka. Sentiasalah berdoa akan keselamatan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya doa daripada anak-anak yang soleh inilah yang akan menerangi kehidupan mereka di alam barkzah nanti. Ingatlah suatu hari nanti kita juga bakal menjadi ibu dan ayah dan kita pasti akan mengharapkan agar dikurniakan anak-anak yang soleh sepertimana harapan ibu dan bapa kita juga.

KUASA WANITA


Wanita yang disebut dulu oleh Allah. Ertinya Allah SWT telah menetapkan bahawa kecintaan atau tarikan paling utama yang ada di dunia ini ialah pada wanita. Dengan kata lain, cinta paling besar ialah pada wanita. Wanita paling kuat pengaruhnya pada lelaki, kerana selain daripada cantik dan menarik, ia penting pada lelaki. Wanita juga makhluk yang hidup, bercakap, dan berfikir. Gerakan, kata-kata dan fikirannya boleh menambahkan tarikan dan pengaruhnya pada lelaki. Apabila lelaki sudah terpengaruh, cinta, sayang, sudah beri hatinya pada wanita, waktu itu wanita boleh buat apa sahaja, boleh kata apa sahaja dan boleh minta apa sahaja manakala lelaki menyerah dan mengikut sahaja, kecuali lelaki beriman. Itulah kuasa wanita. Kuasa tersembunyi yang mampu menguasai pemerintah-pemerintah dunia.

Wednesday, May 13, 2009

Surat Terbuka Seorang Anak~Surat 2

Kiriman dari Dr Fahmi sempena hari ibu 10 Mei 2009

Selamat hari ibu untuk ibuku, bondaku dan ibu-ibu di seluruh dunia. Khususnya ibu-ibu di tanah bertuah Palestin yg melahirkan ribuan mujahid dan syuhada'.

Setiap manusia di atas muka bumi Allah ini hanya mendapat seorang sahaja ibu. Melainkan nabi Adam a.s., semua manusia punyai ibu.

Kadangkala ada di antara kita yg bertuah mendapat lebih dari seorang ibu. Bagi yang sudah berumahtangga, ada ibu mertua. Bagi yg menjadi anak angkat, sudah tentu ada ibu angkat. Ibu tiri juga tidak dilupakan. Ibu tumpang juga tidak dilupakan. Oleh itu, bagi anak-anak Halaqah.net, mereka juga ada seorang ibu. Walau pun bukan dia yg melahirkan anak-anak Halaqah.net, tetapi secara maya dia menjaga 'anak-anak'nya walaupun ada ketika dia mendapat anak-anak yg nakal dan degil seperti Zombi.

Mungkin kadangkala dia kelihatan gembira. Melihat 'anak-anak'nya bermain-main di taman Halaqah.net. Kadangkala dia meleraikan pertelingkahan 'anak-anak'nya, kadangkala dia memarahi 'anak-anak'nya itu dan kadangkala dia memanjakan 'anak-anak'nya itu seperti yg selalu dilakukan kepada 'anak manja'nya Daeng Jati.

Ibu ini turut mempunyai ramai anak gadis yg cun melecun. Sopan dan santun. Tapi, sayang sekali anak-anak gadis ini dipingit oleh 'ibu' mereka ini. Maka tidak dapatlah jejaka-jejaka 'gatal' nak mengacaunya. Hanya yg berani mengisi 'borang' sahaja yg mendapat kelulusan dari 'ibu' ini. Sepanjang masa dia memerhatikan keletah anak-anak gadisnya. Agar terpelihara dari kesilapan.

Ibu ini juga mempunyai seorang 'anak' yg memanggilnya bonda. Hanya anak ini sahaja yg memanggilnya bonda. Tiada apa-apa keistimewaan, tetapi ia dikhususkan untuk 'ibu' ini sebagai tanda hormat semata-mata.

Perjalanan kehidupan di sana sangat indah. Penuh dengan senyum tawa ria anak-anak. Ditambah pula dengan kadangkala pergaduhan-pergaduhan anak-anak, keriuhan taman itu bertambah lagi. Yg muda melawan cakap yg tua. Yg junior bertikam lidah dengan yg senior. Tetapi akhirnya mereka boleh duduk bersama dan mencari kesatuan.

Tetapi, suatu hari yg indah telah merubah sedikit suasana itu. Hati 'ibu' itu terluka. Luka yg dalam sekali. Tetapi, entah kenapa sebabnya. Mungkin 'ibu' ini terasa hati dengan anak-anaknya, atau 'anak-anak'nya atau pun 'anak'nya sahaja. Sehinggakan tiada lagi terguran dan nasihat, tawa ria dan gelaknya. Ibu ini muncul bila anak ini tiada, dan anak ini muncul bila ibu itu tiada.

Oleh itu, di dalam surat terbuka ini, anak itu memohon maaf dari bondanya. Selamat hari ibu buat Bonda. Anak itu memohon agar Halaqah.net kembali seperti sediakala. Andai dia perlu dikorbankan, dia sedia mengundur diri....

Sunday, May 3, 2009

DI SINI KASIH SAYANG DAN CINTA KU TERTUMPAH

MAKKAH adalah sebuah bandar penting di negeri Hijau sejak daripada zaman sebelum Islam hinggalah ke hari ini, terletak di tengah Semenanjung Tanah Arab (Jazirah al-Arab) dan hampir dengan Laut Merah.

Makkah pada asalnya ialah sebuah wadi atau paya yang tidak ada apa-apa tumbuhan. Ini jelas seperti diterangkan melalui firman Allah yang bermaksud:

“Ya Tuhan Kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di samping rumah suci-Mu. Ya Tuhan kami, supaya mereka mendirikan sembahyang, maka jadikanlah hati manusia cenderung kepada mereka, dan kurniakanlah buah-buahan untuk menjadi rezeki mereka.” - (Surah Ibrahim, ayat 37)


Menurut riwayat Al-Bukhari, orang yang mula-mula mendiami lembah itu ialah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Mereka dibawa Nabi Ibrahim ke situ dan hanya ditinggalkan bersama mereka sebuah karung kecil berisi buah tamar dan kendi berisi air.

Selang beberapa hari, maka habislah makanan dan minuman itu dan kering pula air susu Siti Hajar. Lantaran itu Siti Hajar berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Maruah, untuk melihat jika ada air atau ada orang yang boleh memberi makanan kepada mereka.

Pada kali yang ketujuh kelihatan oleh Siti Hajar, malaikat menjelma sebagai burung yang sedang mematuk tanah dengan paruhnya dekat kaki Ismail dan tiba-tiba keluar air daripada tempat itu. Menurut riwayat lain, air itu terpancar di kaki Ismail waktu ia menangis dan menghentak kakinya di tempat itu. Air yang keluar itu lantas dikepung oleh Siti Hajar dan sekarang ia dikenali dengan nama telaga Zamzam.

Sejak itu, orang Arab datang ke Makkah untuk melihat anak bertuah itu dan lama kelamaan banyak yang terus menetap di situ, kerana senang mendapat air. Air adalah sumber penting di padang pasir, apa lagi timbulnya dengan cara agak luar biasa.

Tidak lama kemudian datanglah Nabi Ibrahim ke Hijaz untuk menziarahi puteranya Ismail, Nabi Ibrahim dapati betapa bertuah anaknya itu mendapat penghormatan yang besar daripada bangsa Arab. Mereka datang dari segenap penjuru Semenanjung Tanah Arab untuk menziarahi anak yang daripada kakinya terpancar air.

Oleh itu, Nabi Ibrahim bersama puteranya membina Kaabah, untuk dijadikan tempat mengerjakan syiar agama Ibrahim, seperti diterangkan dalam Al-Quran. Firman Allah yang bermaksud:
“Ingatlah, ketika Ibrahim bersama Ismail mempertinggikan asas Baitullah (Kaabah) sambil berkata: Ya Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang mendengar lagi mengetahui. Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua, orang yang patuh pada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami, umat yang patuh juga, dan perlihatkanlah kepada kami peraturan dan tata-tertib mengerjakan haji, dan ampunilah kami sesungguhnya Engkau penerima taubat lagi penyayang.” - (Al-Baqarah, ayat 127-128)


Allah memperkenankan doa Nabi Ibrahim ini dan ditunjukkan kepadanya cara untuk mencapai maksud itu. Firman Allah yang bermaksud:
“Serukanlah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka datang kepadamu dengan berjalan kaki dan menunggang unta. Mereka datang dari segenap ceruk rantau yang jauh.” (Surah Al-Haj, ayat 27)


Maka Nabi Ibrahim pun memberitahu dan menyeru manusia untuk mengerjakan haji dan seruan itu disambut oleh manusia seluruh alam. Sejak itu manusia daripada seluruh pelosok dunia datang ke Makkah al-Mukarramah untuk mengerjakan ibadat haji, tidak mengira bangsa dan warna kulit.

Dengan ini masyhurlah nama Makkah dan penduduknya pun bertambah ramai, lebih-lebih lagi pada musim haji. Bangsa Arab bersepakat melarang berperang dalam bulan haji ini, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam.

Begitu juga di Rejab, kerana pada bulan ini banyak dikerjakan Umrah. Bulan itu mereka namakan “Al Asyhurul Hurum” (bulan yang diharamkan berperang). Mereka juga sepakat melarang berperang di Tanah Haram Makkah.

Pada masa Qusai bin Kilab (datuk Nabi yang empat) menjadi ketua di Makkah, beliau menubuhkan Darun-Madwah, iaitu Dewan Mesyuarat bagi penduduk Makkah. Beliau kemudian mengatur urusan berhubungan dengan Kaabah, iaitu As-Siqayah, menyediakan air minuman untuk jemaah haji.

Urusan lain ialah Ar-Rifadah, menyediakan makanan untuk jemaah haji, Al-Liwa (bendera menyeru untuk berperang) dan Al-Hijabah, menjaga kunci Kaabah.

Tugas itu diwarisi anak Qusai hinggalah kepada datuk Nabi Muhammad SAW, Abdul Mutalib bin Hashim. Orang Arab sentiasa berkunjung ke Makkah untuk mengerjakan ibadat haji dan umrah hinggalah kedatangan Islam.

Apabila Islam menakluki Makkah dan menguasai Kaabah pada tahun 8 Hijrah, maka orang kafir tidak lagi dibenarkan mengerjakan haji di Kaabah.

Justeru, Makkah menjadi terkenal sebagai pusat agama mempunyai pemerintahan yang baik. Makkah juga terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan meliputi perniagaan di laut dan di darat. Perniagaan di laut dengan India, Cina dan Sumatera, manakala perniagaan di darat ialah dalam Semenanjung Tanah Arab serta negeri di sekitarnya.

Antara faktor yang menolong Makkah menjadi penting dalam lapangan perniagaan ialah perpindahan orang Yaman yang banyak pengalaman dalam perniagaan ke Makkah. Sejak itu ramai orang datang ke Makkah untuk mengerjakan haji. Arab Quraisy dihormati suku Arab lain kerana layanan baik mereka kepada jemaah haji.

Kota Makkah pula terletak di tengah-tengah Semenanjung Tanah Arab. Ini menjadikannya sebagai tempat persinggahan kafilah yang berulang-alik dari Syam ke Yaman. Tambahan pula, di Makkah ada air yang dianggap penting bagi kehidupan padang pasir.

Perjalanan perniagaan berkembang pesat sejak zaman Qusai bin Kilab lagi, perjalanan ini menjadi lebih teratur pada zaman Hashim bin Abdul Manaf. Menurut riwayat At-Tabari, Hashim yang mula mengatur perjalanan Qurasiy, iaitu ke utara pada musim panas dan ke selatan pada musim sejuk.

Perjalanan iu diceritakan dalam Al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud:
“Untuk perlindungan kaum Quraisy, perlindungan mereka selama perjalanan di musim sejuk dan musim panas. Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Kaabah yang memberi mereka makan pada waktu kelaparan dan mengamankan mereka daripada ketakutan.” - (Surah Quraisy, ayat 14)