CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, June 19, 2009

Hati ku

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

PANDANGANKU TENTANG HATI

Hati, sebut je hati pasti kita semua tahu, ia satu gumpalan darah dalam jasad manusia, tapi tahukah kita betapa hati merupakan satu organ yang paling penting yang diciptakanNYA? Dari segi ilmu sainsnya ia berperanan sebagai kilang darah untuk dialirkan ke seluruh anggota badan, ini semua berbentuk fizikal lahiriah…tapi tahukah kita sebagai muslim peranan hati dari segi rohaniahnya? Ia dipanggil (IMAN).

Maha hebat kuasa Allah, aku mohon perlindungan dariMU daripada syaitan laknatullah dan manusia2 yang menjadi tenteranya. Iman, apa itu iman? Iman ialah membenar dengan hati, dizahirkan dengan lisan dan amalan (yakin). "TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH” hazihi afdholulkalimah yang mesti. Kita tahu dan YAKIN! Iman terdiri daripada enam tiang utama : (1)Beriman kepada Allah (2)Beriman kepada malaikat (3)Beriman kepada kitab(4)Beriman kepada rasul(5)Beriman kepada hari perhitungan(6)Beriman kepada qada' dan qadar.

Maha hebat kuasa Allah mengatasi kuasa-kuasa manusia, hanya kepadaNYA tempat kita berserah.Hmmm…..Bagaimana nak jaga hati? Apa punca hati mati? bagaimana nak bersihkan hati yang telah kotor? Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul tatkala kesedaran mula menyelimuti kita .Aku tak terkecuali terlepas daripada semua ini, bila diingat semula memang banyak dosa yang dah aku lakukan, hati yang pada asalnya bersifat fitrah(putih bersih lagi suci dari titik2 hitam)menjadi kelabu sedikit demi sedikit lantaran debu dosa yang dilakukan.

Maha suci Allah daripada segala kekotoran,aku mohon agar dibersihkan hatiku. Aku lemparkan pandanganku kelangit, kutengok sekeliling, sayunya kurasa, hatiku mula berbicara, inilah bahasa hati, sayu, sedih, gembira, marah, semuanya..aku tersenyum…

Ya Allah…indahnya ciptaanMU, tiba-tiba aku dikejutkan dengan dua ekor burung gagak yang sedang berebut-berebut makanan, aku cuba perhatikan…kwakk3…kwak…menjerit……kerana kesakitan, berdarah...menggelupur…kesiannya… kenapa perkara ini berlaku? pergaduhan yang hanya disebabkan makanan sehingga membawa kepada kematian, aku berasa geram dengan gagak yang membunuh kawannya sendiri,hmmm….bila difikirkan semula,ya inilah perasaan belas kasihan yang ada pada hati yang masih berfungsi atau hidup, Maha hebat Allah yang menciptanya, aku cuba bayangkan jika semua hati manusia didunia ini hidup dan berfungsi ,perkara seumpama burung gagak tadi tak mungkin berlaku,hmmmm…..tapi burung ia berbeza dengan kita,ia tak diberi akal(hati rohaniah),inilah yang membezakan kita dengan mereka.

Titisan air jernih tanpa kusedari menitis, sejuk, ku rasa dipipi, Ya Allah... ampunkan aku…
ampunkan aku…aku takut…aku takut….tak terdaya hatiku saat menghadapMU, ku tadah tangan, paras dagu setulus hati aku pohon…..ya Allah….aku hambaMU yang hina, lindungi jiwaku….lindungi hatiku...aku merasa laju titisan sejuk dipipi…hidupkan hatiku….KAU bersihkan segala kekotoran yang telah melekat, lembutkan kembali hatiku…yaAllah…..(inikah tanda hati kita hidup?)

0 comments: