CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 13, 2009

Surat Terbuka Seorang Anak~Surat 2

Kiriman dari Dr Fahmi sempena hari ibu 10 Mei 2009

Selamat hari ibu untuk ibuku, bondaku dan ibu-ibu di seluruh dunia. Khususnya ibu-ibu di tanah bertuah Palestin yg melahirkan ribuan mujahid dan syuhada'.

Setiap manusia di atas muka bumi Allah ini hanya mendapat seorang sahaja ibu. Melainkan nabi Adam a.s., semua manusia punyai ibu.

Kadangkala ada di antara kita yg bertuah mendapat lebih dari seorang ibu. Bagi yang sudah berumahtangga, ada ibu mertua. Bagi yg menjadi anak angkat, sudah tentu ada ibu angkat. Ibu tiri juga tidak dilupakan. Ibu tumpang juga tidak dilupakan. Oleh itu, bagi anak-anak Halaqah.net, mereka juga ada seorang ibu. Walau pun bukan dia yg melahirkan anak-anak Halaqah.net, tetapi secara maya dia menjaga 'anak-anak'nya walaupun ada ketika dia mendapat anak-anak yg nakal dan degil seperti Zombi.

Mungkin kadangkala dia kelihatan gembira. Melihat 'anak-anak'nya bermain-main di taman Halaqah.net. Kadangkala dia meleraikan pertelingkahan 'anak-anak'nya, kadangkala dia memarahi 'anak-anak'nya itu dan kadangkala dia memanjakan 'anak-anak'nya itu seperti yg selalu dilakukan kepada 'anak manja'nya Daeng Jati.

Ibu ini turut mempunyai ramai anak gadis yg cun melecun. Sopan dan santun. Tapi, sayang sekali anak-anak gadis ini dipingit oleh 'ibu' mereka ini. Maka tidak dapatlah jejaka-jejaka 'gatal' nak mengacaunya. Hanya yg berani mengisi 'borang' sahaja yg mendapat kelulusan dari 'ibu' ini. Sepanjang masa dia memerhatikan keletah anak-anak gadisnya. Agar terpelihara dari kesilapan.

Ibu ini juga mempunyai seorang 'anak' yg memanggilnya bonda. Hanya anak ini sahaja yg memanggilnya bonda. Tiada apa-apa keistimewaan, tetapi ia dikhususkan untuk 'ibu' ini sebagai tanda hormat semata-mata.

Perjalanan kehidupan di sana sangat indah. Penuh dengan senyum tawa ria anak-anak. Ditambah pula dengan kadangkala pergaduhan-pergaduhan anak-anak, keriuhan taman itu bertambah lagi. Yg muda melawan cakap yg tua. Yg junior bertikam lidah dengan yg senior. Tetapi akhirnya mereka boleh duduk bersama dan mencari kesatuan.

Tetapi, suatu hari yg indah telah merubah sedikit suasana itu. Hati 'ibu' itu terluka. Luka yg dalam sekali. Tetapi, entah kenapa sebabnya. Mungkin 'ibu' ini terasa hati dengan anak-anaknya, atau 'anak-anak'nya atau pun 'anak'nya sahaja. Sehinggakan tiada lagi terguran dan nasihat, tawa ria dan gelaknya. Ibu ini muncul bila anak ini tiada, dan anak ini muncul bila ibu itu tiada.

Oleh itu, di dalam surat terbuka ini, anak itu memohon maaf dari bondanya. Selamat hari ibu buat Bonda. Anak itu memohon agar Halaqah.net kembali seperti sediakala. Andai dia perlu dikorbankan, dia sedia mengundur diri....

1 comments:

Selamber.org said...

aiseh..sedih pulak aku membaca walaupun x mengalir air mata..untung 'anak' tu dapat perhatian ummi..maaf la,,sy x reti nak tulis ayat elok2 pd ummi..pasrah je la ye ummi dengan sy,, heee..tp,, memang agak mengusik ketenteraman la ayt2 untuk ummi ni..ummi,, t kita jumpe ye.. pasni,, xde lagi nak segan2...ckp je kat mane,, on da way... x da hal punya...gigil pun gigil la...