CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 15, 2009

Melahirkan Anak Genius

Nabi Ibrahim pernah berdoa ; “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara cucu-cucu kami umat yang patuh kepada Engkau…”(Al Baqarah : 128)

Berkat doa inilah Allah SWT telah mengutuskan seorang Rasul- Nabi Muhammad SAW, daripada keturunan Nabi Ibrahim.

Nabi Muhammad SAW ketika dilempar dengan batu-batu krikil oleh penduduk Thaif hingga berdarah kakinya berdoa : “Ya Allah, ampunilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui. Aku harap daripada sulbi mereka itu nanti akan lahir orang yang akan menyembahmu.”

Rasulullah SAW telah menunjukkan panduan asas untuk mendapatkan anak genius. Baginda bersabda, maksudnya ; “Pilihlah tempat yang baik untuk air mani kamu (keturunan kamu) sesungguhnya urat itu (keturunan) mempengaruhi.”
(Ibnu Majah dan Ad Dailami)

Dalam riwayat Rasulullah SAW bersabda lagi ; maksudnya :”Carilah tempat yang sesuai (isteri) untuk air mani kamu , sebab sesungguhnya wanita-wanita itu melahirkan orang-orang yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara
perempuan mereka. (Ibnu ‘Ady dan Ibnu Asakir) Maksud hadis di atas menjelaskan bahawa keturunan biasanya dipengaruhi oleh pihak ibu. Oleh sebab itu dalam perkahwinan, diberatkan pemilihan dibuat di pihak isteri.
Banyak sekali hadis-hadis yang membicarakan tentang sifat-sifat wanita yang patut dijadikan pasangan untuk menjamin zuriat yang baik. Jarang bahkan kurang hadis membicarakan tentang sifat-sifat kaum lelaki yang dijadikan pilihan untuk melahirkan zuriat yang baik (anak genius). Selain daripada pengaruh keturunan, wanita di antara golongan yang rapat hubungan dengan anak-anak. Oleh sebab itu betapa mereka amat ditekankan agar dipilih daripada keturunan yang baik (beragama).

Selain daripada keturunan, Rasulullah SAW juga menggalakkan para sahabat berkahwin dengan pasangan yang jauh atau yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan.

Perkahwinan campur sering terjadi di zaman Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri berkahwin dengan Safiyah, wanita keturunan Yahudi dan Mariah keturunan Qibti. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya ;
“Pilihlah yang jauh dan jangan pilih kerabat yang dekat.”(Tarbiyyatul Aulad) Selain daripada itu, Islam juga telah mengariskan adab-adab sebelum dan semasa melakukan perhubungan jenis dalam usaha mendapatkan anak yang soleh dan genius. Ibu bapa perlu membaca doa sebelum bersetubuh supaya
anak yang bakal dilahirkan selamat daripada gangguan syaitan. Antara adab-adab yang lain, jangan bersetubuh sewaktu badan terlalu letih atau kenyang, mendahului persetubuhan dengan cumbu rayu (untuk menjamin kepuasan) dan lain-lain perkara yang boleh diketahui dengan membaca
kitab-kitab karangan ulama-ulama muktabar zaman dahulu. Hal ini membuktikan betapa seriusnya Islam merancang menyediakan panduan dan membimbing umatnya untuk mendapat zuriat yang baik.

Firman Allah, maksudnya :
“Ya Allah kurniakanlah kami daripada isteri kami dan keturunan kami cahaya mata dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”(Surah Al Furqan ayat 74)

0 comments: