CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, June 14, 2009

Aku Hargai Silaturahim ini

Kepada Dr Meow,

Ini lah luahan hati seorang ibu. Ibu yang merasa kehilangan dengan apa yang berlaku. Apakah kerana salah faham sesuatu perkara di dalam jemaah hingga melibat kerenggangan dalam hubungan persaudaraan sesama Islam?

Ibu ini daif dan naif untuk menilai hati seseorang kerana dalam hati ini hanya ada rasa kasih dan sayang. yang tinggal kini hanya rasa hiba, sendu dan pilu, dan ibu ini tidak boleh melayan perasaan ini kerana ia akan menggugat amanah yang terpikul.

Ibu mohon agar diberikan kekuatan, rahmat dan keredhaan dari Allah agar terus bersemangat untuk hidup dalam kemanisan iman dan islam yang sempurna.

0 comments: