CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label mendidik anak soleh. Show all posts
Showing posts with label mendidik anak soleh. Show all posts

Saturday, January 5, 2013

Kejayaan Kosmetik




بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jangan berpuas hati dengan kejayaan kosmetik...






Saya berpandangan bahawa anak-anak yang yang berjaya di dalam pelajarannya seumpama 5A UPSR, 9 A PMR, 12 A SPM atau nombor satu di dalam kelas belum boleh diiktiraf sebagai pelajar yang berjaya 'yang sebenar' sehingga mereka juga menjaga solatnya dan baik akhlaknya.


Bahkan adalah lebih cemerlang apabila mereka mempunyai nilai tambah dengan kemahiran insaniah (soft skill) yang lain seperti boleh berdikari, pandai memilih kawan dan suasana, berani ke depan, kemahiran berpidato, berkepimpinan dan sebagainya.


Kalau tidak, kejayaan di atas kertas ini sebenarnya adalah kejayaan yang kosmetik (solekan luaran) dan tidak melambangkan 'kemenjadian' yang dikehendaki oleh ibu bapa Muslim, pendidik yang insaf serta umat yang dahagakan pelapis kepimpinan muda.


Di atas alasan ini, para ibu bapa dan penjaga mesti berperanan untuk menitik-beratkan solat anak-anak secara praktikal di rumah atau di masjid, memilih sekolah yang baik, membantu anak-anak memilih kawan-kawannya, membantu para guru dan sekolah terhadap permasalahan solat para pelajar dan sebagainya.


Permulaan kejayaan sebenar dalam mendidik anak-anak kecil dan remaja adalah pada penjagaan amali solat...



"Ya Allah, berikan aku anak-anak yang soleh dan solehah"


 Sumber

Wednesday, April 27, 2011

Mendapat Anak soleh

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Anak adalah rezeki daripada Allah yang sudah selayaknya pasangan suami isteri bersyukur atas rezeki berkenaan. Dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi. Dia menciptakan apa yang Ia kehendaki. Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Ia kehendaki. Atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada siapa yang Ia kehendaki). Dan Dia menjadikan mandul kepada siapa yang Ia kehendaki. Sesungguhnya Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”


Antara bentuk rasa syukur adalah mengambil berat persoalan anak. Dengan demikian, terjalin hubungan harmoni dalam keluarga, lahirlah anak yang taat kepada dua ibu bapanya serta terbentuklah watak anak salih yang dapat membangunkan agama, bangsa dan negara.


Islam adalah agama yang sempurna. Islam sudah mengajar seluruh aspek kehidupan, termasuk hak anak yang perlu dipenuhi oleh kedua ibu bapa. Antara hak anak dalam Islam iaitu hendaklah mencari pasangan yang baik buat anak yang bakal dilahirkan hasil daripada perkahwinan. Rasulullah SAW sudah mengajar pemuda yang ingin berkahwin agar memilih wanita yang salihah.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seseorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, maka engkau akan beruntung – Hadis riwayat al-Bukhari.


Kedua, hendaklah membaca doa sebelum melakukan hubungan badan agar terhindar daripada gangguan syaitan. Rasulullah SAW telah mengajar kepada kita seperti dalam satu hadis Baginda bersabda: “Sekiranya seseorang di antara kamu ketika hendak mendatangi isterinya, maka hendaklah ia membaca: “Bismillah, Allahumma jannibnas Syaitana wajannibis syaitana ma razaktana. Maksudnya: Dengan nama Allah. Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripada kami dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepada kami.


Jika Allah takdirkan (dengan hubungan tersebut lahir) seorang anak, maka syaitan tidak boleh memudaratkannya.” – Riwayat al-Bukhari.


Ketiga, hendaklah mengambil berat bayi yang berada dalam kandungan ibunya. Perhatian itu sama ada kesihatan bayi yang dikandungnya, mahupun sifat-sifat yang akan diturunkan daripada ibu kepada anaknya.


Keempat, seorang ibu hendaklah sedar terhadap apa yang dikerjakan sehariannya agar tidak melakukan perkara buruk yang akan berpengaruh kepada bayinya nanti.


Kelima, hendaklah menerima dengan senang hati bayi yang dilahirkannya sama ada perempuan atau lelaki. Kerana ada di kalangan pasangan yang tidak suka jika lahir anak perempuan. Sikap ini adalah sifat jahiliah yang perlu dijauhi. Orang Quraisy pada zaman jahiliah apabila lahirnya anak perempuan, maka mereka membunuhnya. Begitu juga kadang-kadang Allah SWT menguji ibu dan ayah dengan anak yang kurang sempurna seperti buta, bisu, pekak. Sekiranya ibu bapa itu menerima dengan berlapang dada, maka ia tetap berasa senang. Namun, sekiranya ibu bapa tidak senang menerimanya, ia boleh membawa kepada penceraian atau pembunuhan pada anak tersebut.


Keenam, memberi nama anak yang baik. Sesungguhnya anak berhak untuk diberi nama yang baik dan bagus didengar. Nama itulah yang akan mewakili dirinya untuk kehidupannya kelak. Oleh itu, janganlah tersalah memberi nama. Janganlah diberi nama yang ada unsur menyamai dengan agama lain atau ahli maksiat dan orang yang terkenal kejahatannya. Berilah nama yang dianjurkan seperti nama yang menunjukkan perhambaan kepada Allah, nama Nabi dan orang yang salih.


Ketujuh, memberikan anak itu rasa aman dan tenteram daripada hal yang menakutkan dan perkara yang boleh merosakkan akidahnya. Jangan suka menakutkan dengan mengatakan kepadanya ada hantu kerana ia boleh merosakkan mental dan agamanya.


Kelapan, memberi pendidikan agama yang cukup. Kesembilan, menjaga kesucian anak itu dengan menikahkannya sekiranya rasa perlu dan mampu untuknya.


Demikianlah antara hak-hak anak. Wallahua’lam

Tuesday, April 26, 2011

Mewarnai Kehidupan Seorang Anak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



AYAH adalah pelukis kehidupan anak-anaknya. Bahkan kejayaan hidup anak adalah berpunca daripada hasil dorongan dan peranan ayah sebagai guru dan murabbi.

Kehidupan seorang ayah menampilkan bentuk kehidupan sebenar yang akan dimiliki anaknya pada satu masa nanti. Masa muda seorang anak adalah waktu mereka sentiasa ingin melihat perkara baru dan ingin mencubanya.


Mereka mula menapak mencari jalan hidupnya sendiri dan melakukan sesuatu yang mirip dengan apa yang dapat dilakukan ayahnya.


George Bernard Shaw mengatakan “Masa muda adalah masa terindah; sayang sekali orang muda suka mensia-siakannya.” Ayah adalah pengantar anaknya untuk masa muda dengan hal yang dapat mendatangkan manfaat.



Prinsip berkongsi manfaat yang diajarkan al-Quran kepada kita adalah kebaikan yang dilakukan kepada orang lain. Pada akhirnya akan kembali kepada pelakunya sendiri.



Kitalah yang akan lebih banyak menerima manfaat daripada orang yang menerima pertolongan kita. Allah SWT berfirman di surah Al-Isra’ ayat ke-7 yang bermaksud: “Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri.”


Sumbangan terbesar seorang ayah dalam hidup anaknya ialah ketika dia mampu membentuk anaknya menjadi insan yang soleh dan solehah untuk umat ini.


Mereka menjadi Muslim yang kuat, menjadi duta masyarakatnya dengan ilmu yang dimilikinya. Dari sahabat Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah, dan masing-masing memiliki kebaikan. Bersemangatlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa malas, dan apabila engkau ditimpa sesuatu maka katakanlah “Qodarulloh wa maa syaa’a fa’al, ditakdirkan Allah dan apa yang Dia kehendaki pasti terjadi” (Hadis riwayat Muslim).


Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa yang ditujukan kepada orang tua, “Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” (Surah An-Nisa ayat 9).


Dalam tafsir, Ibnu Katsir mengatakan Ali bin Abi Thalhah berkata dari Ibnu ‘Abbas: “Ayat ini berkenaan dengan seorang lelaki yang meninggal, kemudian seseorang mendengar dia memberikan wasiat yang membahayakan ahli warisnya, maka Allah SWT memerintahkan orang yang mendengarkannya untuk bertakwa kepada Allah serta membimbing dan mengarahkannya kepada kebenaran.”


Kejayaan masa depan anak bukan kerana umur atau kemampuan yang dimilikinya. Seorang ayah semestinya melukis sebaik mungkin.



Kecantikan lukisan itu dilakar daripada kesesuaian warnanya.


Paduan warna yang indah disertai adunan warna yang anggun membentuk pelangi di langit. Warna biru dan putih membentuk warna air di laut lepas.


Warna hijau membentuk suasana pepohon yang berjajar terlihat anggun. Semua lukisan kreatif si ayah membentuk semua warna kehidupan si anak.


Mencipta kecemerlangan anak adalah tugas mulia seorang ayah. Mendidik anak sehingga berjaya adalah satu proses yang panjang. Tidak mustahil akan dipertemukan pada saat anak sudah berumur dan ayah menjelang umur kematian.


Proses penemuan ini memerlukan ketekunan, kekuatan kesabaran daripada orang tuanya, khususnya ayah. Sebab itu, dalam melukis masa depan anak, seseorang ayah ada tiga bekalan yang tidak boleh ditinggalkannya, iaitu sabar, sabar dan sabar.


Kesabaran seperti yang dimiliki Nabi Yaakub ketika menghadapi kejahatan abang-abang Nabi Yusuf sehingga membawa kehilangan anaknya yang tercinta itu.


Kesabaran Nabi Yaakub itu diabadikan Allah SWT di dalam al-Quran dalam Surat Yusuf ayat 18 yang bermaksud: “Dan mereka datang membawa baju Yusuf (yang berlumuran) dengan darah palsu. Berkata bapanya: Bahkan dirimu menghiaskan (memandang baik) urusan itu. Sabarlah yang lebih baik. Dan kepada Allah meminta pertolongan tentang apa yang kamu terangkan itu.” (Surah Yusuf ayat 18).


Pengetahuan seorang nabi tidak menjadikan Nabi Yaakub mengherdik anak-anaknya. Pengetahuan kenabian yang tidak diketahui anak-anaknya, tidak menyebabkan Yaakub membela pendapatnya, “Memang kamu salah, dan aku tahu aku yang paling benar.”


Akan tetapi Nabi Yaakub menguatkan kesabaran dengan mengucapkan, “Maka kesabaran yang baik itulah (kesabaranku).”


Subhanallah

Saturday, March 19, 2011

Restu Mak

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.


Anak-anakku, sedari kamu semua di dalam kandungan ummi,tidak lekang dari hati ummi mendoakan kesejahteraan kamu semua.

Sepanjang hidup ummi bertemankan doa. Tiap saat dan detik yang ummi lalui hanya berharap moga-moga Allah memperkanankan doa ummi. Ummi titip doa kepada kamu semua tak kira masa atau dimana kamu semua berada.


Sejarah banyak menyusun khabar hidup dalam doa akan menyebabkan jiwa tenang dan bahagia. Berdoa adalah sifat hamba. Kenapa? Kerana seorang hamba mesti ada tuannya. Seorang hamba selaluberharap dan bergantung kepada tuannya.


Jangan lokek untuk berdoa. Mungkin hari ini tidak diperkanan hajat oleh Allah,insyaAllah akan tiba suatu saat yang sesuai dalam pandangan Allah doa itu akan dikabulkan. Jadi tugas kita ialah tetap berdoa dan terus berdoa.


Ikuti kisah restu ibu di dalam keberkahan menuntut ilmu kepada seorang anak. Ummi suka baca kisah teladan yang baik untuk ubat rindu kepada anak-anak yang sedang belajar.


Kisah ini yang menjadi kekuatan ummi ketika pertama kali berpisah dengan abang besar buat pertama kali ketika itu usia abang besar baru 12 tahun 3 bulan. Memang sedih, pilu,sayu sangat-sangat kerana ummi sangat rindukan anak sulong ummi ini. Ketika itu abang besar masuk belajar di Madrasatul Quran Kubang Bujok, Kuala Terengganu.


5 tahun abang besar mentelaah kitab dan menghafal al-quran. Alhamdullilah,doa seorang ibu itu tidak ada hijabnya dipandangan Allah. Tak ada hadiah yang lebih besar bagi ummi selain lengkapnya 30 juzuk al-quran di dalam dada mu anakku. Ummi tak mahu apa-apa,selain anak-anakku semua menjadi anak yang soleh dan solehah.


Begitulah juga dengan semua anak-anak ummi yang lain, tidak kira anak kandung atau anak angkat ummi. Doa sentiasa dipanjatkan kepada Ilahi buat kamu semua anak-anakku.


Ikuti kisah teladan ini yang menyuntik kekuatan rohani ummi selama ini...


Sejak kecil, Imam Syafie telah hafal al-Quran dan banyak hadis. Jika mendengar ada guru datang mengajar, dia segera pergi bagi menimba ilmu. Ketika berusia 14 tahun, Imam Syafie menyatakan hasrat kepada ibunya tentang keinginannya untuk merantau bagi menambahkan ilmu.


Pada mulanya, ibunya merasa berat untuk melepaskan kerana Syafie adalah satu-satunya harapan ibunya untuk menjaganya di hari tua. Demi ketaatan dan kasih sayang Syafi'e kepada ibunya, dia membatalkan keinginannya itu. Akhirnya ibunya mengizinkan Syafi’e merantau bagi menambah ilmu pengetahuan.


Sebelumnya melepaskan anaknya, maka ibunya berdoa, “Ya Allah Tuhan yang menguasai seluruh Alam! Anakku ini akan meninggalkan aku untuk berjalan jauh, menuju keredhaanMu. Aku rela melepaskannya untuk menuntut pengetahuan peninggalan PesuruhMu. Oleh kerana itu aku bermohon kepadaMu, ya Allah agar dipermudahkan urusannya. Peliharakanlah keselamatannya, panjangkanlah umurnya agar aku dapat melihat kepulangannya nanti dengan dada yang penuh dengan ilmu yang berguna. Amin!”


Selesainya berdoa ibunya memeluk Syafie yang kecil dengan penuh kasih sayang dan dengan linangan air mata kerana sedih untuk berpisah.


“Pergilah anakku. Allah bersamamu! Insya-Allah engkau akan menjadi bintang ilmu yang paling gemerlapan dikemudian hari. Pergilah sekarang kerana ibu telah redha melepaskanmu. Ingatlah bahwa Allah itulah sebaik-baik tempat untuk memohon perlindungan.”


Selepas ibunya berdoakan, Syafi'e mencium tangan ibunya dan mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggalkan ibu yang sangat dikasihinya dengan hati yang pilu dan mengharapkan ibu sentiasa mendoakan kesejahteraannya dalam menuntut ilmu.


Oleh kerana kehidupannya yang sangat miskin, maka Syafi'e berangkat dengan tidak membawa bekalan wang, kecuali dengan berbekalkan doa ibunya dan cita-cita yang teguh untuk menambah ilmu sambil bertawakkal kepada Allah.


Ketika mengingati kisah ini, Imam Syafie berkata, “Sesekali aku menoleh kebelakang untuk melambaikan tangan kepada ibuku. Dia masih berada perkarangan rumah sambil memperhatikan aku. Lama-kelamaan wajah ibu menjadi samar ditelan kabus pagi. Aku meninggalkan kota Makkah yang penuh barakah tanpa membawa sedikit pun bekalan wang. Apa yang menjadi bekalan bagi diriku hanyalah Iman yang teguh dan hati yang penuh tawakkal kepada Allah serta doa restu ibuku sahaja. Aku serahkan diriku kepada Allah seru sekalian Alam.”

Wednesday, February 23, 2011

Hati Akan Mati

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Buat permata hati ummi...

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:

” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)


Ketahuilah anak-anakku, bahwa kedudukan hati manusia bertingkat-tingkat, ada hati yang hidup, hati yang mati dan ada hati yang sakit. Allah ta’ala berfirman:



أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ وَجَعَلْنَا لَهُ نُورًا يَمْشِي بِهِ فِي النَّاسِ كَمَنْ مَثَلُهُ فِي الظُّلُمَاتِ لَيْسَ بِخَارِجٍ مِنْهَا

“Dan apakah orang yang sudah mati kemudian dia Kami hidupkan dan Kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya?” (Al An’aam : 122 )


Hati yang hidup adalah hati yang ketika ditawarkan kepadanya kebatilan dan berbagai macam perbuatan keji, maka dengan kesadarannya dia akan menjauh darinya dan membenci perbuatan-perbuatan tersebut, bahkan tidak condong sedikitpun kepadanya.


Berbeda halnya dengan keadaan hati yang mati. Sesungguhnya hati yang mati tidak akan boleh membezakan antara kebaikan dan keburukan. Sebagaimana yang dikatakan oleh Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu :

هلك من لم يكن له قلب يعرف به المعروف والمنكر

“Celakalah bagi mereka yang tidak memiliki hati, yaitu hati yang bisa mengenal manakah kebaikan dan manakah keburukan”



Bagaimana untuk mengelak daripada 'hati mati'?


Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.


Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.


Orang yang hatinya mati tidak dapat membezakan antara kebaikan dengan keburukan. Mereka tidak dapat merasai kemanisan apabila melakukan perkara yang baik.


Ingatlah amaran Allah kepada golongan begini menerusi firman-Nya yang bermaksud: Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Zumar: 22)


Rasulullah SAW bersabda tentang cara bagaimana memastikan hati kita tidak mati. Bagi mengelak hati mati,Sabda baginda yang antara lain bermaksud :

Pertama, jangan tinggal majlis-majlis ilmu; kedua, jangan tinggal zikir pada Allah. Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud:

Ketahuilah! Dengan mengingati Allah (zikir) itu tenang tenteramlah hati manusia. (al-Ra'd: 28)


Ketiga, jangan lupa membaca al-Quran, keempat, jangan tinggal bangun malam untuk qiamullail dan kelima, jaga pemakanan daripada yang syubhat.


Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.


Sekian peringatan ummi buat semua permata hati ummi .



Wahai anak-anakku
Jadilah anak yang soleh


Tuesday, January 18, 2011

Asuhan Bermula Dari Rumah

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته





Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.



Dalam pendidikan anak-anak, yang paling mudah diikuti ialah apa yang dilakukan oleh ibu bapanya. Mereka ialah orang yang pertama dikenali dan paling rapat. Sewajarnya apa yang mereka didik dan asuh yang akan jadi ikutan samada melalui pemerhatian atau bimbingan.  Kenapa wajib memberi asuhan kepada anak-anak sedari mereka kecil?




Sesungguhnya kelak dihari kiamat setiap orang akan dimintai pertanggung jawaban diatas apa yang dipimpinnya. Bagaimana dengan diri dan keluarga kita?


Firman Allah yang bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu”.(At-Tahrim : 6)
Menjaga keluarga dari siksa api neraka adalah wajib hukumnya, sebagaimana disampaikan Allah dalam firman-Nya diatas. Yang menjadi pertanyaan barangkali bagaimana caranya kita melakukannya, tidak lain adalah dengan ilmu. Ilmu dapat membimbing, menuntun kita kepada jalan yang semestinya kita lalui, dengan ilmu kita terbimbing kepada tujuan yang kita harapkan yaitu Jannah.

Keteladanan merupakan faktor penting dalam sebuah pendidikan. Baik atau buruknya akhlak seorang anak sangat tergantung dari keletadanan yang diberikan oleh ibu bapanya.

Menurut Abdullah Nashih Ulwan, hal ini karena ibu bapa adalah contoh terbaik dan terdekat dalam pandangan anak, yang akan ditirunya dalam tindak-tanduknya dan tata santunnya, disadari ataupun tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu gambaran orangtua tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau spiritual, diketahui atau tidak diketahui.

Betapapun suci dan bersihnya fitrah manusia, betapapun baiknya suatu sistem pendidikan tidak akan mampu mencetak/ membentuk generasi yang baik, tanpa adanya keteladanan dari sang pendidik ( ibu bapa ).


Anak akan tumbuh dalam kebaikan, memiliki kemuliaan akhlak, jika kedua ibu bapanya memberikan teladan yang baik, demikian pula sebaliknya, ia akan tumbuh dalam kesesatan, berjalan dalam kekufuran dan kemaksiatan, jika ia melihat kedua orang tuanya memeberikan teladan yang buruk. Tidak mungkin seorang anak belajar amanah, kemuliaan, sopan santun, kasih sayang dan sebagainya, jika kedua ibu bapa memiliki sifat yang berlawanan seperti dusta, kasar, suka mencela, pun sebaliknya.

Pendidikan keteladanan terbaik bagi anak, ialah jika kedua ibu bapa mampu menghubungkan anaknya dengan keteladanan Rasulullah SAW, uswah seluruh ummat manusia. Sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW:


“Didiklah anak-anakmu tiga perkara : cinta kepada Nabi mereka, cinta kepada sanak keluarga dan membaca Al-Qur`an ” ( H.R. ath-Thabrani )


Sekian , buah tangan buat anak-anak ku suatu ketika nanti apabila kamu semua menginjak dewasa,  ada panduan yang boleh diikuti seperti mana ummi dan ayah mendidik kamu sejak kecil dulu.


Anakku, jadilah anak yang soleh.
Pesanan bondamu

Saturday, October 23, 2010

Anak-anakku,Jadilah seperti Lebah



Rasulullah saw. bersabda, “Perumpamaan orang beriman itu bagaikan lebah. Ia makan yang bersih, mengeluarkan sesuatu yang bersih, hinggap di tempat yang bersih dan tidak merusak atau mematahkan (yang dihinggapinya).” (Ahmad, Al-Hakim, dan Al-Bazzar)



Seorang mukmin adalah manusia yang memiliki sifat-sifat unggul. Sifat-sifat itu membuatnya memiliki keistimewaan dibandingkan dengan manusia lain. Sehingga di mana pun dia berada, kemana pun dia pergi, apa yang dia lakukan, peranan dan tugas apa pun yang dia pikul akan selalu membawa manfaat dan maslahat(kebaikan) bagi manusia lain. Maka jadilah dia orang yang seperti dijelaskan Rasulullah saw., “Manusia paling baik adalah yang paling banyak memberikan manfaat bagi manusia lain.”


Untuk menjadikan kehidupan ini agar menjadi indah, menyenangkan, dan sejahtera sangat memerlukann manusia-manusia seperti itu. Dalam keadaan apa sekalipun, dia akan membuat yang terbaik; apa pun peranan dan tugas yang diberikannya, dia akan menjadi manusia dan keadaan di sekelilingnya menjadi bahagia dan sejahtera.


Maka, sifat-sifat yang baik itu antara lain terdapat pada lebah. Rasulullah saw. dengan pernyataanya dalam hadits di atas mengisyaratkan agar kita meniru sifat-sifat positif yang dimiliki oleh lebah.
Tentu saja, sifat-sifat itu sendiri memang merupakan ilham dari Allah swt. seperti yang Dia firmankan, “Dan Rabbmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: ‘Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu yang telah dimudahkan (bagimu).’ Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkan.” (An-Nahl: 68-69)


Sekarang, bandingkanlah apa yang dilakukan lebah dengan apa yang seharusnya dilakukan oleh seorang mukmin, contohnya seperti ini:
 

Hinggap di tempat yang bersih dan menghirup apa hanya yang bersih sahaja.

Lebah hanya hinggap di tempat-tempat terpilih sahaja. Lebah sangat jauh berbeza dengan lalat. Lalat sangat mudah ditemui di tempat sampah, kotoran, dan tempat-tempat yang berbau busuk. Tapi lebah, ia hanya akan mendatangi bunga-bunga atau buah-buahan atau tempat-tempat bersih yang mengandungi bahan madu atau nektar.

Begitulah pula sifat seorang mukmin. Allah swt. berfirman:

Hai manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagimu. (Al-Baqarah: 168)

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Al-A’raf: 157)

 
Mengeluarkan yang bersih.

Siapa yang tidak tahu madu lebah. Semuanya tahu bahawa madu mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan manusia. Tapi dari organ tubuh manakah keluarnya madu itu? Itulah salah satu keistimewaan lebah. Lebah sangat kaya dengan kebaikan,sedangkan dari organ tubuh pada binatang lain, mereka hanya mengeluarkan sesuatu yang menjijikan.

Begitu juga seorang mukmin, kita haruslah menjadi manusia yang produktif dengan kebaikan. “Hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu dan perbuatlah kebajikan (khair), supaya kamu mendapat kemenangan.” (Al-Hajj: 77)

Al-khair adalah kebaikan atau kebajikan. Akan tetapi al-khair dalam ayat di atas bukan merujuk pada kebaikan dalam bentuk ibadah ritual. Sebab, perintah ke arah ibadah ritual sudah terwakili dengan kalimat “rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Rabbmu” (irka’u, wasjudu, wa’budu rabbakum). Al-khair di dalam ayat itu justru bermakna kebaikan atau kebajikan yang buahnya dirasakan oleh manusia dan makhluk lainnya.


Segala yang keluar dari dirinya adalah kebaikan. Hatinya jauh dari prasangka buruk, iri, dengki; lidahnya tidak mengeluarkan kata-kata kecuali yang baik; perilakunya tidak menyengsarakan orang lain melainkan justru membahagiakan; hartanya bermanfaat bagi banyak manusia; kalau dia berkuasa atau memegang amanah tertentu, dimanfaatkannya untuk sebesar-besar kemanfaat manusia.

Tidak pernah merosakkan.

Seperti yang disebutkan dalam hadits yang sedang kita bahas ini, lebah tidak pernah merosak atau mematahkan ranting yang dia hinggapi. Begitulah seorang mukmin. Dia tidak pernah melakukan kerosakan dalam apa-apa hal sekalipun: baik secara fizikal mahupun tidak.. Bahkan dia melakukan pembaikan akidah, akhlak, dan ibadah dengan cara berdakwah. Mengubah kezaliman apa pun bentuknya dengan cara berusaha menghentikan kezaliman itu.

Bekerja keras

Lebah adalah pekerja yang bekerja keras. Ketika muncul pertama kali dari biliknya (saat “menetas”), lebah pekerja membersihkan bilik sarangnya untuk telur baru dan setelah berumur tiga hari ia memberi makan larva, dengan membawakan serbuk sari madu. Dan begitulah, hari-harinya penuh semangat berkarya dan beramal. Bukankah Allah pun memerintahkan umat mukmin untuk bekerja keras?
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain.” (Alam Nasyrah: 7)
Kerja keras dan semangat pantang berundur itu lebih-lebih lagi dituntut lagi dalam menegakkan keadilan. Karena, meskipun memang ramai manusia yang cinta keadilan, namun kebanyakan manusia –kecuali yang mendapat rahmat Allah– tidak suka jika dirinya rugi dalam menegakkan keadilan.


Bekerja secara jama’i dan tunduk pada satu pimpinan


Lebah selalu hidup dalam koloni besar, tidak pernah menyendiri. Mereka pun bekerja secara kolektif, dan masing-masing mempunyai tugas sendiri-sendiri. Ketika mereka mendapatkan sumber sari madu, mereka akan memanggil teman-temannya untuk menghisapnya. Demikian pula ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan feromon (suatu zat kimia yang dikeluarkan oleh binatang tertentu untuk memberi isyarat tertentu) untuk mengudang teman-temannya agar membantu dirinya. Itulah seharusnya sikap orang-orang beriman.
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaff: 4)

Tidak pernah melukai kecuali kalau diganggu

Lebah tidak pernah memulakan serangan. Ia akan menyerang hanya manakala apabila terasa diganggu atau terancam. Dan untuk mempertahankan “kehormatan” umat lebah itu, mereka rela mati dengan melepas sengatnya di tubuh pihak yang diserang. Sikap seorang mukmin: musuh tidak dicari. Tapi jika ada, tidak lari.

Itulah beberapa karakter lebah yang patut ditiru oleh orang-orang beriman. Bukanlah sia-sia Allah menyebut-nyebut dan mengabadikan binatang kecil itu dalam Al-Quran sebagai salah satu nama surah: An-Nahl.


Allahu a’lam

Wednesday, July 21, 2010

Masjid Sebagai Permulaan

Memetik kata-kata penasihat kepada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya :

“Dunia menyaksikan bagaimana pejuang Hamas dan sangat terkejut. Warga Gaza selalu solat di masjid, dan dekat dengan masjid. Mereka menerapkan ajaran Islam di setiap sendi kehidupan. Inilah yang membuat gelisah musuh-musuh Islam.”

Sifat sangat mencintai solat di masjidlah permulaan awal kepada kemenangan Islam di Gaza. Maka ingatlah anak-anak ummi, solat berjemaah di masjid dan surau itu adalah amalan yang akan menyatupadukan umat Islam. Sebabnya kita bertemu, berjemaah, bermaufakat 5 kali sehari. Ketika solat,segala sifat-sifat mazmumah terbang. Jadi dengan mengamalkan solat jemaah sebenarnya kita mendidik diri dan hati kita agar berpadu dan bersatu.

Kita mungkin tidak mampu ke Gaza untuk melihat sendiri masyarakat Islam di sana. Namun, tidakkah kita melihat video yang baru-baru ini dirakam di Gaza ketika perang Israel-Palestin berlangsung? (lihat minit 0.29 - 0.40)






Ketika 60 jet pejuang Israel berlegar-legar di udara pada hari ke-7 (awal Januari 2009) perang Furqan berlangsung, umat Islam Palestin masih tetap berkumpul di masjid untuk solat berjemaah.

Bom-bom Israel tidak mampu menjauhkan warga Gaza dari masjid!

Berapa kali kita ke masjid dalam sehari? Atau dalam sebulan? Atau dalam setahun?

Adakah kita pernah menanam azam untuk solat 5 waktu 100% di masjid?

Jika masih mengambil ringan solat di masjid, kita masih belum bermula kerana masjidlah permulaan bagi kemenangan yang kita impikan.


Wasiat ummi untuk anak cucu yang ummi sayangi.

Membaca al-Quran Bersama Di rumah



Anak-anak ummi,ambiklah apa-apa yang ummi tulis di dalam laman ini sebagai nasihat dan wasiat dari ummi setelah ummi meninggal nanti. Ummi tidak tinggalkan harta kepada anak-anak ummi, ummi cuma boleh didik dan hantar anak-anak ummi menuntut ilmu sebagai bekal di dalam perjalanan menuju alam baqa'. Ummi mahu kita berkumpul bersama-sama di bawah naungan panji Nabi Muhammad SAW dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayang Allah semasa di Padang Mahsyar nanti.


Membaca al-Quran mempunyai pahala yang besar, amalan ini boleh mengukuhkan keimanan seseorang dan mendekatkan diri kepada Allah serta memberi ketenangan kepada hati. Firman Allah di dalam surah ar-Ra’d ayat 28:

Maksudnya: '(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan ‘zikrullah’ itu, tenang tenteramlah hati manusia.'


Menurut Tafsir Pimpinan ar-Rahman terbitan JAKIM, ‘zikrullah’ pada ayat ini maksudnya al-Quran al-Karim yang menjadi sebesar-besar mukjizat yang tidak ada tolok bandingnya. Nyatalah bahawa membaca al-Quran itu menjadi ibadat yang sangat berfaedah bagi seseorang muslim yang patut dilakukan pada setiap hari sama ada di waktu pagi, petang ataupun malam.


Keluarga bahagia ialah keluarga yang dapat membaca dan menghayati isi al-Quran dengan baik. Oleh kerana membaca al-Quran adalah satu ibadat yang amat penting dan utama dalam kehidupan orang Islam, maka perlulah diikhtiarkan cara yang berkesan supaya amalan ini dapat dihayati dalam kehidupan harian.


Dalam program secara bersama dalam keluarga hendaklah menjadi amalan harian atau sekurang-kurangnya satu kali seminggu. Al-Quran mengandungi 604 halaman, jika dalam masa seminggu dibaca dua halaman, maka dalam tempoh satu tahun hampir separuh dari al-Quran dapat dihabiskan. Amalan ini hendaklah diteruskan sepanjang hayat.


Itu baca bersama-sama di dalam keluarga. Untuk memantapkan iman dan mendapat ketenangan dalam diri, mesti baca quran dan terjemahannya setiap hari walaupun satu ayat. Jadikan amalan wajib pada diri sendiri. Pastikan juga ada surah-surah tertentu yang dihafal agar ia menjadi ratiban dibibir dikala dugaan dan ujian datang.


Ini sahaja wasiat ummi buat anak-anak yang ummi sayangi.

Menghidupkan Sembahyang Berjemaah

Dalam Islam, amalan yang paling pokok ialah sembahyang. Sembahyang boleh menjadi ukuran kepada seseorang sama ada ia seorang Islam yang sempurna atau pun tidak. Orang yang mengaku dirinya beragama Islam, tidak sempurna Islamnya jika ia tidak melakukan ibadat sembahyang. Sembahyang berjemaah di masjid atau surau dituntut oleh Islam.


Kelebihannya sangat besar dan pahalanya 27 kali ganda daripada sembahyang berseorangan. Sembahyang jemaah dapat mewujudkan hubungan silaturrahim, melahirkan perhubungan kasih sayang dan semangat kekitaan dan dapat menghindarkan perasaan mementingkan diri sendiri. Oleh itu bagi orang yang tidak berhampiran atau berdekatan dengan masjid atau surau adalah disunatkan ke masjid atau surau bersama keluarga bagi menunaikan sembahyang jemaah.


Bagi orang yang tinggal jauh dari masjid, mereka digalakkan mengerjakan sembahyang jemaah di rumah bersama keluarga. Bapa sebagai ketua keluarga adalah bertindak sebagai imam, manakala anak-anak dan isteri sebagai makmum. Waktu yang amat sesuai diadakan sembahyang jemaah ialah waktu Maghrib, Isyak dan Subuh, kerana waktu-waktu itu lazimnya ibu bapa dan anak-anak berada di rumah. Jika terdapat tetamu yang mengunjungi rumah pada waktu tersebut, eloklah mereka diajak bersembahyang jemaah bersama-sama .


Bagi membentuk keluarga yang bahagia dan menjadikan rumah sebagai syurga, maka sembahyang berjemaah sekeluarga mesti diadakan secara terus menerus, sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi keluarga yang sibuk, atau tiap-tiap hari bagi keluarga yang mempunyai kemampuan. Amalan ini mempunyai faedah yang besar serta dapat mendidik anak-anak menghayati Islam dengan sebenar, serta dapat membentuk akhlak yang baik. Ibu bapa sebagai pemegang amanah daripada Allah S.W.T. untuk mendidik dan mencorakkan anak-anak mereka ke jalan yang benar, adalah berkewajipan untuk mendidik anak-anak mereka tentang pelaksanaan tanggungjawab ibadat sejak mereka masih kecil lagi.

Sunday, June 20, 2010

Api bermula dari ranting yang kecil

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.


Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"



Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu."

"Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."


Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."


Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

Thursday, March 4, 2010

Didikan ibu bapa penentu akhlak anak


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Semoga Allah menunjukki kita jalan kebenaran. Semoga kita sentiasa didalam limpahan Nur RahmatNya. Semoga Kita tidak mati melainkan didalam Iman dan Islam.


Remaja adalah manusia yang tidak suka dikongkong dengan peraturan termasuk kekangan ibu bapa dalam mencari jati diri sebenar.

Justeru, dalam perjalanan yang panjang itu, mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai elemen termasuk persekitaran, rakan sebaya dan media massa. Remaja era 30-an, 70-an dan zaman siber mempunyai masalah yang sama, cuma persekitaran mungkin berbeza. Anak muda kini menghadapi krisis yang amat parah kerana mereka terdedah dengan pelbagai masalah sosial yang saban hari menjadi tatapan akhbar.
Seks bebas, minum arak, pembuangan bayi, lumba haram, rogol dan meragut antara beberapa kes membabitkan remaja masa kini.

Justeru, apakah kita tiada penyelesaian dan membiarkan masalah itu diwarisi turun temurun. Bagaimana dengan Islam, mengapa kita tidak mahu mengikut acuan Islam dalam membentuk remaja?


BERI DIDIKAN SEMPURNA…
anak adalah pelaburan besar yang bakal menjadi modal insan negara.



Rasulullah s.a.w membesar sebagai remaja yatim piatu tetapi Baginda mampu bangun sebagai manusia yang hebat. Apakah rahsianya?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara iaitu masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa muda sebelum tua dan masa kaya sebelum papa.” (Riwayat Hakim dan Baihaqi). Jelas Rasulullah s.a.w menerangkan perkara yang penting diberikan tumpuan.

Dalam hadis lain yang diriwayatkan Mu’az bin Jabal, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam pada hari kiamat hingga disoal empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya dan apa yang diperjuangkannya, mengenai hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”

Namun kehidupan remaja tidak dapat lari daripada menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai model ikutan sepanjang zaman kerana baginda memiliki keperibadian unggul dan terpuji.

Allah berfirman yang bermaksud: “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan memperingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (Surah al-Ahzab ayat 21).

Watak Rasulullah dibentuk Allah melalui al-Quran. Sifat Nabi Muhammad terserlah daripada peribadinya yang mulia, bijaksana, bersederhana dalam kehidupan harian dan bersifat lemah-lembut.

Rasulullah s.a.w juga mampu membuktikan dirinya sebagai individu terbaik walaupun tanpa didikan, perhatian dan kasih sayang seorang ayah yang meninggal dunia ketika baginda masih di dalam kandungan.

Kemudian baginda menjadi yatim piatu selepas ibunya pula meninggal dunia dalam usia nabi begitu muda. Keperitan membesar tanpa kedua-dua ibu bapanya menjadikan Nabi Muhammad seorang yang matang dan berdikari.

Justeru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutama sebagai remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup.

Cara dan gaya mendidik remaja perlu bersesuaian dengan jiwa remaja iaitu ke arah melatih mereka lebih bertanggungjawab memikul amanah yang Rasulullah tinggalkan kepada setiap umat Islam.

Selain itu, Rasulullah ditonjolkan sebagai tokoh terbaik ketika baginda melalui zaman remaja. Ketokohan baginda sebagai ahli perniagaan terserlah kerana berjaya membina strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran.

Baginda terkenal sebagai pengembala kambing yang memiliki sifat amanah, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa keuntungan. Bayangkan sejak berusia lapan tahun lagi, Nabi Muhammad sudah mula hidup berdikari dan mencari rezeki hasil usahanya sendiri.

Selain diri Rasulullah, ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin Abi Talib, Usamah bin Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Abdullah bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu Bakar dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam masyarakat.

Rasulullah mendidik mereka mewarisi peribadi unggul dan keberanian dalam menegakkan agama Islam. Baginda menampilkan perubahan besar kepada aspek sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek teladan yang boleh dicontohi. Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam.

Saat yang berharga adalah semasa proses pendidikan awal kanak-kanak sangat penting bagi menentukan keperibadian anak apabila remaja.

“Proses tarbiah (pendidikan) sejak kecil adalah faktor terbesar dalam menyumbang serta menentukan kejayaan anak pada masa depan.

“Nabi Muhammad dihantar menyusu dengan suku kaum Saad kerana ia tradisi Arab Quraisy. Selain itu, ia bagi memudahkan si anak menguasai bahasa Arab yang tulen, biasa dengan kesusahan, tahan lasak dan hidup dalam persekitaran yang bersih.

"ibu bapa tidak boleh disalahkan sepenuhnya terhadap masalah sosial remaja hari ini. Anak-anak perlu bijak menilai baik atau buruk perbuatan itu dan dengan siapa mereka berkawan.

Sebelum remaja, anak perlu diberikan penekanan aspek sahsiah dan akhlak.Didikan dan komitmen ibu bapa terhadap pembangunan ilmu dan sosial perlu berlaku secara berterusan walaupun membabitkan pelaburan besar.

Rasulullah s.a.w menggariskan landasan utama bagi menyempurnakan akhlak terbaik untuk dijadikan ikutan. Usamah, anak angkat Nabi adalah contoh yang unggul.Usamah hidup dalam keluarga Rasulullah yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun sibuk dengan tugas harian, Rasulullah sentiasa meluangkan masanya bermain dengan cucunya, Hassan dan Hussien.

Kasih sayang Rasulullah kepada cucunya itu menyamai kasih dan sayang diberikan kepada Usamah. Perwatakan Usamah sangat terserlah apabila meningkat dewasa.Inilah kesan didikan Rasulullah kepada Usamah walaupun bukan daripada keturunan baginda.

Jelas, keperibadian seseorang itu akan terbentuk melalui didikan ibu bapa. Jika baik perangai ibu dan bapanya di rumah, maka baiklah perwatakan anak mereka.

Anak diibaratkan seperti sehelai kain putih. Maka ibu bapa mereka yang bertanggungjawab mencorak anak mereka itu menjadi seorang Islam, Majusi atau Nasrani.

Tidak hairanlah, Rasulullah memerintahkan ibu bapa menitikberatkan soal akhlak dan solat terhadap anak seperti maksud hadis yang bermaksud: “Suruhlah anakmu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur” (Hadis Abu Daud).

Perintah menunaikan solat juga termaktub dalam al-Quran yang bermaksud, “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, bahkan Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa” (Surah Toha ayat 132).

Ibadah itu akan memberi kesan yang baik bukan saja terhadap diri, bahkan juga kehidupan masyarakat seluruhnya. Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai Tuhanku. Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” (Surah Ibrahim ayat 40).

Jadi, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hala tuju kehidupan anak mereka selain mengurus masa dengan bijaksana.

Sunday, February 28, 2010

Selamat Hari Lahir Buat Puteriku ~Najdah

Buat Puteriku Yang dah jadi Ibu

    j-Da

namamu terbentuk dari bunyi yang padu
walau digabung dengan huruf apa sekalipun,
ia tetap menghasilkan dengung yang merdu...
itulah puteriku, NAJDAH...
 
 
Selamat Hari Lahir yang ke 21
hari ini, engkau dilahirkan pada jam 2:30 petang
28 Februari 1989
di sambut oleh ayahmu
bertempat di Kg Paya Jaras Hulu

Semoga dikurniakan umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
Rumah tangga yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati.
Jadilah isteri solehah dan
Ibu mithali kepada putera-puterimu.
 

Sunday, February 21, 2010

Pendidikan Melalui Teladan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.




Pentingnya menjaga diri dan keluarga

Hidup dan kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan kelak di hadapan Allah, sebagaimana penciptaan alam dan seluruh makhlukNya yang penuh makna dan nilai ( tidak sia-sia ) ketika diciptakan oleh Allah di muka bumi ini.

Maka apa yang wajib kita lakukan adalah berusaha menepati amanah Allah dengan senantiasa terus berusaha mencintai kebaikan dan perintahNya dan menjauhi laranganNya. Kesungguhan atau mujahadah adalah hal mutlak yang diperlukan, sebagaimana ketika kita menginginkan sesuatu dalam kehidupan duniawi kita– apabila kita menginginkan kebaikan kehidupan di dunia dan akhirat.

Maka menjaga diri, kemudian keluarga dari hal-hal yang dapat menjerumuskan kita ke dalam api neraka menjadi suatu hal yang wajib untuk kita perhatikan bersama. Karena ketika seseorang dapat menjaga dirinya dengan baik, maka dia akan selalu berada di dalam hidayah Allah sehingga tidak akan ada yang dapat memberikan mudharat kepadanya. Sebagaimana firman Allah :

“Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu;tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan” . Q.S. Al-Maa`idah/5: 105.

Begitu pula dengan keluarga, yang di dalam bahasa Arab disebut usroh, secara harfiyah berarti ad-dir`u al-hashinah, yaitu benteng yang kuat. Keluarga memang suatu benteng yang kuat yang menjadi pertahanan manusia dari berbagai gangguan yang dihadapinya dalam kehidupan sosial, seperti jenayah, material, seksual, dan sebagainya. Keluarga juga dapat membentengi dan melindungi sekaligus menyelesaikan problem kemanusiaan dari waktu ke waktu. Sehingga upaya dan ikhtiar maksima untuk menjadikan rumah kita sebagai syurga kecil kita (baiti jannati) harus terus kita usahakan . Allah SWT berfirman :
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai ( perintah ) Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”. Q.S. A-Tahrim/66: 6

Rasulullah SAW bersabda di dalam salah satu hadits beliau :
“Takutlah kamu ( Aisyah ) terhadap api neraka meskipun hanya bisa bersedekah dengan sebutir kurma”.


Di antara penjelasan tafsir fi Zhilaalil Qur`annya Sayyid Qutb tentang surat at-Tahrim ayat 6 ini adalah bahwa setiap mukmin diwajibkan untuk memberikan petunjuk kepada keluarganya dan memperbaiki seluruh anggota keluarganya, sebagaimana ia diwajibkan terlebih dahulu memperbaiki dirinya. Islam adalah suatu agama yang mengatur keluarga, maka ia mengatur kehidupan berumah tangga. Rumah tangga yang Islami akan menjadi dasar terbentuknya masyarakat yang Islami. Seorang ibu harus memiliki pribadi dan prilaku Islami sebagaimana pula seorang ayah harus memiliki pribadi dan prilaku Islami sehingga mereka dapat mendidik anak-anaknya menjadi anak-anak yang sholih dan sholihah.

Tidak mengabaikan hak Keluarga


Dalam membangun keluarga yang dilandasi taqwa, seorang Muslim harus memandangnya sebagai ibadah kepada Allah dan hanya mengharap keridhaan dan pahala dari Allah SWT. Untuk itu, kedua belah pihak, antara suami dan istri, harus mengetahui dan memahami seluruh persoalan yang berkaitan dengan kehidupan suami isteri, baik ajaran-ajaran atau hukum syariat Islam, ataupun yang menyangkut hak-hak dan kewajiban suami isteri, dan harus bersungguh-sungguh melaksanakn tugas dan kewajiban masing-masing, sehingga pembangunan keluarga muslim yang dapat memberi teladan benar-benar terwujud.

Hak seorang isteri adalah kewajiban sang suami dan sebaliknya kewajiban mentaati suami merupakan hak isteri. Keseimbangan dalam memenuhi hak dan kewajiban diantara keduanya akan menjaga kelangsungan dan keharmonisan keluarga.

Menjaga keselamatan diri dan keluarga antara lain:


a. Mengajarkan aqidah yang benar


Keimanan ( aqidah )adalah hal terpenting yang harus senantiasa diperhatikan oleh orangtua. Karena jika aqidah seseorang baik dan kuat maka segi-segi yang lain pun akan menjadi baik.

b. Tauladan dalam ibadah dan akhlaq

 

Keteladanan merupakan faktor penting dalam sebuah pendidikan. Baik atau buruknya akhlak seorang anak sangat tergantung dari keletadanan yang diberikan oleh orangtua.

Menurut Abdullah Nashih Ulwan, hal ini karena orang tua adalah contoh terbaik dan terdekat dalam pandangan anak,yang akan ditirunya dalam tindak-tanduknya dan tata santunnya, disadari ataupun tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu gambaran orangtua tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau spiritual, diketahui atau tidak diketahui.

Betapapun suci dan bersihnya fitrah manusia, betapapun baiknya suatu sistem pendidikan tidak akan mampu mencetak/ membentuk generasi yang baik, tanpa adanya keteladanan dari sang pendidik ( orangtua ).

Anak akan tumbuh dalam kebaikan, memiliki kemuliaan akhlak, jika kedua orang tuanya memberikan teladan yang baik, demikian pula sebaliknya, ia akan tumbuh dalam kesesatan, berjalan dalam kekufuran dan kemaksiatan, jika ia melihat kedua orang tuanya memeberikan teladan yang buruk. Tidak mungkin sang anak belajar amanah, kemuliaan, sopan santun, kasih sayang dan sebagainya, jika kedua orang tua memiliki sifat yang berlawanan seperti dusta, kasar, suka mencela, pun sebaliknya.

Pendidikan keteladanan terbaik bagi anak, ialah jika kedua orang tua mampu menghubungkan anaknya dengan keteladanan Rasulullah SAW, uswah seluruh ummat manusia. Sebagaimana yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW:

“Didiklah anak-anakmu tiga perkara : cinta kepada Nabi mereka, cinta kepada sanak keluarga dan membaca Al-Qur`an ” .( H.R. ath-Thabrani )

c. Menumbuhkan nilai-nilai ketaqwaan


Bertaqwa kepada Allah adalah awal dari segalanya. Semakin tebal ketaqwaan seseorang kepada Allah, semakin tinggi kemampuannya merasakan kehadiran Allah. Allah SWT. menginginkan manusia agar bertaqwa dengan sebenar-benarnya. Berbagai cara yang dapat kita lakukan, sebagai contoh: berjalan di jalan Allah, melakukan perbuatan baik, mengikuti contoh-contoh yang diberikan para rasul, mentaati serta memperhatikan ajaran-ajaran Allah, dan sebagainya.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benarnya taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran: 102)

Atau dapat dikatakan, taqwa merupakan kualiti iman manusia yang mampu mengendalikan manusia dari kecenderungan-kecenderungan yang berlawanan dengan nilai-nilai kebaikan. Dengan ketaqwaan itu, manusia selalu berupaya berjalan di atas jalan yang dikehendaki Allah, tunduk secara total kepada perintah-Nya yang diekspresikan dalam bentuk menyebarkan kesejahteraan dan kedamaian bagi sesama dan lingkungannya.

Akhirnya, semoga kita dapat memperbaiki penjagaan diri dan keluarga kita dari hari ke hari dengan lebih baik lagi, sehingga Allah berkenan mengumpulkan kita di dalam jannahNya kelak dengan kebahagiaan yang hakiki, Amin. Wallahu A`lam. Aquulu qaulii haaza was taghfirullaah lii wa lakum.

Rujukan :

Al-Qur`an dan Terjemahnya
Pendidikan Anak dalam Islam, Abdullah Nashih Ulwan

Wassalamu `alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.




Thursday, January 21, 2010

Hari Lahir Omar Abdul Aziz

Selamat hari lahir buat permata hati ku Omar Abdul Aziz
Hari ini 21 Januari 2010, genap usia Omar 13 tahun
Omar lahir di Hospital Temenggong Ibrahim ,Kulai.
Ada sejarah kelahiran Omar.
Ummi sentiasa doakan Omar menjadi anak yang soleh



Ada masa akan ummi tulis sejarah kelahiran Omar di sini...



Omar rajin tolak kerusi roda ummi bila bersiar-siar di luar rumah.



Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anakcucuku orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan semua yang beriman pada hari kiamat. (surah Ibrahim: ayat 40-41)

Ya Tuhanku selamtkanlah daku dan ahli keluargaku dari bencana akibat perbuatan jijik yang mereka kerjakan" (surah as syua'ara: ayat 169)

Ya Tuhanku berilah aku keturunan yang baik daripada sisiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar. (surah Ali imran: ayat 38)

Ya Tuhan kami , kurniakanlah kepada kami dari isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa (al Furqan: ayat 74)

Selamat hari lahir......muga besar menjadi orang beriman dan menjadi pejuang agama.

Ameen.






Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.


Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.


Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.


Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.


Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.


Ya Al Hakiim...berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.


Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.


Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.


Sunday, January 10, 2010

Al-Quran adalah cahaya

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman anak-anak dalam hafazan ini? Oleh sebab itu, anak-anak lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang anak-anak rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah jika kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.

Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…

Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.



Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.


Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya.



فأخبرني بأن العلم نور # ونور الله لا يهدي للعاصي شكوت إلى وكيع سوء حفظي # فأرشدني إلى ترك المعاصي

"aku mengadu ke Syaikh Waqi' tentang lemahnya hafalan ku # maka dia berpesan kepada ku untuk meninggalkan maksiat.

Dia mengkhabari aku bahawa ilmu itu cahaya # dan cahaya Allah tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang bermaksiat..."

Al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.


Mata yang selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga yang selalu anak-anak melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, bergayut di telefon, jari-jemari sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…

Tambah mengaibkan jika banyak melakukan perkara yang sia-sia, laghra, merokok, main game hingga lewat malam dan mula meninggalkan solat jemaah...

Adakah sering meninggalkan tidur diwaktu 2/3 malam semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud? Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.

Sehari anak-anak meninggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kamu, Sebulan kamu tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kamu..

Walaupun seharian anak-anak sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab anak-anak dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila anak-anak mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar anak-anak kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan anak-anak. Insya Allah.

Banyak manakah anak-anak meluangkan masa bersama dengan al-Quran (Murajaah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab dengan Allah.

Sudahkah anak-anak berakhlak dengan Akhlak al-Quran? Sedangkan perbuatan anak-anak seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah anak-anak dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.

Semoga anak-anakku sentiasa dikurniakan redha, rahmat dan kasih sayang Allah hingga akhir hayat di dunia dan akhirat. Dan juga dipermudahkan segala urusan hidup ini...


Sumber rujukan

Saturday, December 26, 2009

Jadikan Panduan Hidup dari Nasihat Luqmanul Hakim

Buat permata hati yang ummi sayangi, di sini ummi titipkan satu Nasihat dari Luqmanul Hakim kepada anaknya. Seperti mana sayangnya Luqman kepada anaknya, sering memberikan nasihat dan panduan,begitu juga kasih sayang ummi ayah kepada anak-anak ummi.

Setiap impian seorang muslimah ingin menjadi isteri solehah, memohon dikurniakan zuriat agar dapat pula menjadi ibu mithali dengan mendidik anak-anaknya sebagai anak soleh dan solehah. Ummi tidak bisa untuk mengarang ayat yang baik, jadi ummi ambil sahaja nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya yang memang telah tertulis di dalam Al-Quran. Ikutilah wahai anak-anak ummi nasihat Luqmanul Hakim ini.

01 - Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yg karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yg bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 - orang - orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.

03 - Hai anakku; orang yg merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kpd ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 - Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 - Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 - Dan selalulah berharap kpd ALLAH tentang sesuatu yg menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kpd ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dr sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

07 - Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yg telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal hal yg tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dr tempatnya semula itu lebih mudah drpd memberi pengertian kpd orang yg tidak mahu mengerti.

08 - Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengankat batu besar dan besi yg amat berat, tetapi akan lebih lagi drpd semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yg jahat.

09 - Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yg bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

10 - Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yg berbahaya.



11 - Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah utk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedang kan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

12 - janganlah engkau makan sampai kenyang yg berlebihan, kerana sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kpd anjing sahaja.

13 - Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.

14 - Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yg takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.

15 - Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yg mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

16 - Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

17 - selalulah baik tuturkata dan halus budibahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yg pernah memberikan barang yg berharga.

18 - Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanyasebagai orang yg tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yg mengharapkan sesuatu darimu.

19 - Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yg tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya~ yg akan mendatangkan cela pd dirimu.

20 - Hai anakku; janganlah engkau condong kpd urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

21 - Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata kata yg busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.

22 - Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yg menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yg pasti, janganlah engkau bertanya sesuatun yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.

23 - Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yg pendiam akan selamat daripada berkata yg mengandungi racun, dan sesiapa yg tidak dapat menahan lidahnya dr berkata kotor tentu akan menyesal.

24 - Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yg alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yg subur lalu disirami air hujan.

25 - Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yg selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yg engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yg bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Sumber Artikel

Friday, December 25, 2009

Tahniah Buat Permata Hati ku

Pertama mahu ditulis di sini ialah ucapan tahniah kepada permata ku Najdah yang mendapat keputusan A di dalam kertas peperiksaan yang diduduki selepas bersalinkan Nu'man. Nu'man lahir jam 4:39 pagi di Hospital Ampang, jam 1:30, Najdah discaj dari wad. Sebaik lepas discaj, terus suami dia bawa pergi menuju dewan peperiksaan di Fakulti Perubatan,USIM di Pandan Indah. Peperiksaan bermula jam 2:30 petang. Najdah cuma menduduki kertas itu selama 1 jam sahaja.

Selepas selesai menjawap, terus dia balik berehat di rumah ibu saudaranya di Kajang. Syukur dalam kepayahan dan masih belum kuat, dia berjaya juga mendapat A di dalam kertas itu. Najdah sedang berada di tahun dua kursus perubatan di USIM.

Yang kedua, ucapan tahniah kepada Amiratun Nazihah yang mendapat keputusan 4 flat di peperiksaan akhir semester satu yang lalu. Amiratun Nazihah sedang belajar di Asasi Sains UiTM, Shah Alam, Selangor.

Ketiga, ucapan tahniah kepada Ahmad Ali Mahfuz yang berjaya mendapat keputusan cpa 3.XX peperiksaan semester 5 yang lalu. Semester 5 yang lalu, Ali Mahfuz sedang melakukan praktikal di Haikal Consultant. Pada 2 Januari ini , Ali Mahfuz akan mendaftar ke semester 6 kursus Diploma Bangunan di UiTM , Seri Iskandar, Perak.

Yang keempat, ucapan tahniah kepada permata ummi, Omar Abdul Aziz. Dia mendapat tawaran belajar di SBPI Rawang , di Bandar Tasik Puteri. Tarikh mendaftar di sekolah itu pada hari Isnin, 11 Januari 2010 ini. Ummi dengan zauj bercadang akan pergi menghantar ke sana.



Sebelum mendapat tawaran ke SBPI Rawang, Omar Abdul Aziz mendapat tawaran ke SMKA Johor Bahru. Mulanya memang bercadang nak ke sekolah itu,tapi ummi masih menanti tawaran lain. Syukur, dapat juga tawaran dari SBPI Rawang, sekolah yang memang ummi nak sangat dia pergi.

Ummi mahu Omar belajar berdikari. Ummi mahu Omar belajar bukan sahaja aliran sains tetapi aliran agama juga. Sekolah ini menawarkan aliran agama yang disekalikan dengan sains. Ada subjek tambahan untuk PMR selain 8 matapelajaran aliran biasa. Ummi tahu Omar mampu untuk belajar dikedua-dua aliran ini.

Semoga semua anak-anak ummi menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, berjaya di dalam pelajaran, pendidikan, pekerjaan yang membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dikurniakan juga kemurahan rezeki yang halal dan tidak terhingga dari Allah SWT. Ameen...


Impian ku melihat anak-anak ku menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Friday, November 27, 2009

Tahniah Anakku Omar Abdul Aziz

Masih belum terlewat untuk ummi ucapkan tahniah buat anak ummi yang ke 7 Omar Abdul Aziz yang berjaya memperolehi 5A dalam UPSR baru-baru ini. semoga Omar terus berjaya didalam jihad menuntut ilmu dunia dan ilmu akhirat. Jadikan ilmu untuk dunia ini sebagai jalan untuk menuju akhirat yang kekal abadi.

Omar Abdul Aziz dilahirkan pada 12 Ramadhan 1417 H bersamaan 21 Januari 1997 di Hospital Kulai.Dengan berat 3.2 kg. Perkembangan Omar Abdul Aziz sangat cergas. Mudah diuruskan dan tidak banyak kerenah. Bersifat mudah belas kepada umminya, mungkin bersikap keras pada orang lain.

Kenapa ummi berikan nama Omar Abdul Aziz? Sebab dalam keluarga ummi telah ada nama Othman dan Ali. Jadi sempena nama-nama Khulafa Ar-Rashidin, ummi ingin menamakan lagi seorang anak dari senarai khalifah itu. Nama Omar terpilih. Tapi ummi lebih kepada sifat khalifah Omar Abdul Aziz dan menghendaki anak yang ummi baru lahirkan ini mewarisi sifat Omar Abdul Aziz bukan sifat Khalifah Omar Al-Khatab.

Benar, bila Omar semakin bertambah usia, salah satu sifat Omar ialah mudah berasa belas kepada orang tua. Dan ummi harap banyak lagi dapat Omar warisi dari sifat dan sikap Khalifah Omar Abdul Aziz. Dibawah ini, ummi titipkan kisah siapa Khalifah Omar Abdul Aziz dan sifat terpuji yang dimiliki oleh beliau yang takutkan Allah SWT.


Siapa sebenarnya Khalifah omar Abdul Aziz?

Omar bin Abdul-Aziz (bergelar Umar II, lahir di Halwan, Mesir 63 H / 682, wafat Februari 720)[1] adalah khalifah Bani Umayyah yang berkuasa dari tahun 717 sampai 720. Tidak seperti khalifah Bani Umayyah sebelumnya, ia bukan merupakan keturunan dari khalifah sebelumnya, tetapi ditunjuk langsung, dimana ia merupakan sepupu dari khalifah sebelumnya, Sulaiman. Muhammad bin Ali bin Husain mengatakan tentang dirinya, "Kalian tahu bahwa setiap kaum memiliki orang yang yang menonjol? Yang menonjol dari Bani Umaiyah adalah Umar bin Abdul Aziz. Saat dibangkitkan di hari kiamat kelak, merupakan satu kelompok tersendiri.”

Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gubernur Mesir dan adik dari Khalifah Abdul-Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit dari Khulafaur Rasyidin kedua Umar bin Khattab, dimana Muslim Sunni menghormatinya sebagai salah seorang Sahabat Nabi yang paling dekat.

Silsilah

Umar dilahirkan sekitar tahun 682. Beberapa tradisi menyatakan ia dilahirkan di Madinah, sedangkan lainnya menyatakan ia lahir di Mesir. Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak.

Kisah Umar bin Khattab berkaitan dengan kelahiran Umar II

Menurut tradisi Muslim Sunni, silsilah keturunan Umar dengan Umar bin Khattab terkait dengan sebuah peristiwa terkenal yang terjadi pada masa kekuasaan Umar bin Khattab.

“Khalifah Umar sangat terkenal dengan kegiatannya beronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.

Kata ibu "Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari. Anaknya menjawab "Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin melarang kita berbuat begini"

Si ibu masih mendesak "Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu". Balas si anak "Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu".

Umar yang mendengar kemudian menangis. Betapa mulianya hati anak gadis itu.

Ketika pulang ke rumah, Umar bin Khattab menyuruh anak lelakinya, Asim menikahi gadis itu.

Kata Umar, “Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam."

Asim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Asim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.

Kehidupan awal

682 - 715
Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak. Ia tinggal di sana sampai kematiannya ayahnya, dimana kemudian ia dipanggil ke Damaskus oleh Abdul-Malik dan menikah dengan anak perempuannya Fatimah. Ayah mertuanya kemudian segera meninggal dan ia diangkat pada tahun 706 sebagai gubernur Madinah oleh khalifah Al-Walid I.

Menjadi khalifah

Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Beliau di bai’at sebagai khalifah pada hari Jum’at setelah shalat Jum’at. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Khattab dari garis ibu.

Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.

Sebelum diangkat menjadi Khalifah

Menjelang wafatnya Sulaiman, penasihat kerajaan bernama Raja' bin Haiwah menasihati beliau, “Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat dari Allah di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?”. Jawab Khalifah Sulaiman, “Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz”.

Surat wasiat diarahkan supaya ditulis nama Umar bin Abdul-Aziz sebagai penerus kekhalifahan, tetapi dirahasiakan dari kalangan menteri dan keluarga. Sebelum wafatnya Sulaiman, beliau memerintahkan agar para menteri dan para gubernur berbaiah dengan nama bakal khalifah yang tercantum dalam surat wasiat tersebut.

Naiknya Umar sebagai Amirul Mukminin

Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja' Ibn Haiwah mengumumkan, “Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini”.

Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut baiah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki”.

Umat tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.

Ketika pulang ke rumah, Umar berfikir tentang tugas baru untuk memerintah seluruh daerah Islam yang luas dalam kelelahan setelah mengurus jenazah Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik. Beliau berniat untuk tidur.

Pada saat itulah anaknya yang berusia 15 tahun, Abdul Malik masuk melihat ayahnya dan berkata, “Apakah yang sedang engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?”.

Umar menjawab, “Wahai anakku, ayahmu letih mengurusi jenazah bapak saudaramu dan ayahmu tidak pernah merasakan keletihan seperti ini”.

“Jadi apa engkau akan buat wahai ayah?”, Tanya anaknya ingin tahu.
Umar membalas, “Ayah akan tidur sebentar hingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar untuk shalat bersama rakyat”.

Apa pula kata anaknya apabila mengetahui ayahnya Amirul Mukminin yang baru dilantik sebagai khalifah "Ayah, siapa pula yang menjamin ayah masih hidup sehingga waktu zuhur nanti sedangkan sekarang adalah tanggungjawab Amirul Mukminin mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi".

Umar ibn Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata "Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku".

Pemerintahan Umar bin Abdul-Aziz

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata "Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bidah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa disisi Allah.

Beliau kemudian duduk dan menangis “Alangkah besarnya ujian Allah kepadaku” sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri "Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?" Beliau mejawab "Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara dan kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah karena aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw." Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memerintah pada usia 36 tahun, sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.

Surat dari Raja Sriwijaya

Tercatat Raja Sriwijaya pernah 2 kali mengirimkan surat kepada khalifah Bani Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Mu’awiyyah, dan yang ke-2 kepada ‘Umar bin ‘Abdul ‘Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh ‘Abd Rabbih (860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut berbunyi :

“Dari Rajadiraja…; yang adalah keturunan seribu raja … kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.”

Hari-hari terakhir Umar bin Abdul-Aziz

Umar Ibn Abdul Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh pembantunya. Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, “Gantilah baju khalifah itu”, dibalas isterinya, “Itu saja pakaian yang khalifah miliki”.

Apabila beliau ditanya "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?

Umar Abdul Aziz menjawab: “Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa”

“Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?”

“Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah”

Pada waktu lain, Umar Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: “Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan wang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga.”

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gabenor lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.

Referensi

1. Abdurrahman, Jamal (2007). Keagungan Generasi Salaf (disertai kisah-kisahnya). Darus Sunnah.
2. Azra, Azyumardi (2004). Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Prenada Media, 27-28.


======================================

Ummi sangat suka dengan kisah ini yang sangat terkesan di hati betapa walau sezarah pun kita tidak boleh menggunakan hak awam tanpa izin.

Umar bin Abdul Aziz dan Lilin Negara

Siapa yang tak kenal Umar bin Abdul Aziz. Seorang yang pemimpin adil, arif, lagi berilmu. Banyak kisah teladan yang beliau tinggalkan untuk para peniti kebenaran. Inilah kisah ringkasnya.

Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan menjelang malam. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, "Beritahu Amirul Mukminin bahwa yang datang adalah utusan gubernurnya." Penjaga itu masuk untuk memberitahu Umar yang hampir saja mahu tidur. Umar pun duduk dan berkata, "Izinkan dia masuk."

Utusan itu masuk, dan Umar memerintah untuk dinyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana perilaku gabenur, bagaimana harga-harga, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan anshar, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan, Apakah ada yang mengadukan?.

Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul Aziz. Tak ada sesuatu pun yang disembunyikannya.

Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika Semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab semua, utusan itu balik bertanya kepada Umar.

"Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu, Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu?" Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, "Wahai pelayan, nyalakan lampunya." Lalu dinyalakannlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak bisa menerangi ruangan karena cahayanya yang teramat kecil.

Umar melanjutkan perkataanya, "Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan." Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, isteri, dan keluarganya.

Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, "Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan." Umar bertanya, "Apa itu?"

"Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu."

Umar berkata, "Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi kemaslahatan mereka. Begitu kamu bertanya tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin."

Subhanallah, benar-benar mengagumkan! Segitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin, berbeda dengan majoriti penguasa yang kita saksikan. (Sirah Umar bin abdul Aziz, Ibnul hakam hal. 155-156) Majalah Elfata.




Impian ummi melihat anak-anak yang soleh