CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, August 31, 2009

Dugaan Vs Ujian

APABILA seseorang itu tiba-tiba mendapat kesusahan, kegagalan dalam perkara tertentu atau ditimpa musibah berat dalam kehidupan, mereka menganggap Allah sudah tidak sayangkan mereka. Lebih jauh daripada itu, ada berani mengatakan Allah telah berlaku zalim kerana diberikan kesusahan.

Anggapan demikian tidak benar. Mereka tidak sepatutnya berprasangka tidak baik terhadap Allah. Sesungguhnya Allah tidak pernah sekali-kali menganiaya atau berlaku zalim kepada hamba-Nya.

Allah sentiasa bersifat Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Allah tetap memberi kurnia dan rahmat-Nya kepada semua umat Nabi Muhammad SAW. Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikit pun
tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.”
(Surah Yunus, ayat 44)

Firman Allah lagi yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seorang pun walaupun sebesar zarah.”
(Surah An-Nisa’, ayat 40)

Sebenarnya jika ada kepayahan dan kegagalan berdepan dengan sesuatu perkara yang mungkin membuat kita kecewa dan putus asa, itu adalah pengajaran. Ada sesuatu yang perlu kita renungkan dan sekali gus pelajari daripada kepayahan atau kegagalan itu kerana pasti ada hikmah di sebaliknya.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh didikan langsung daripada Allah melalui ujian-Nya.

Sehubungan itu, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan seorang hamba itu berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Sementara dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.

Musibah tidak datang begitu saja tanpa ujian. Allah menurunkan musibah (besar atau kecil) untuk menguji hamba-Nya sejauh mana mereka tabah, sabar dan reda.

Imam Ibnu Qayyim al-Jauziyah berkata, ada ujian untuk kesabaran, ujian untuk bersyukur, ujian untuk memberi petunjuk, ujian sebagai hukuman, ujian sebagai cubaan, ujian untuk memajukan diri dan ujian supaya mendapat pahala. Siapa yang tidak merasakan ujian atau musibah, maka dia tidak mengetahui tahap nilai dirinya.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami adanya orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita keadaan kamu.”
(Surah Muhammad, ayat 31)

Pernah suatu hari, Saad bin Abi Waqash berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang paling berat cubaannya? Rasul menjawab: Para nabi, kemudian yang seperti mereka dan yang seperti mereka. Seseorang akan diuji sesuai dengan kadar agamanya; jika agamanya bagus di dalam lubuk hatinya, maka dia akan menjadi orang yang berat ujiannya, dan jika dalam agamanya agak tipis, maka sesuai dengan itu pula ujiannya. Begitulah ujian hidup, ia akan terus bersama seorang hamba, sehingga ketika ujian itu pergi meninggalkannya, maka dia bebas berjalan di muka bumi ini tanpa ada kesalahan lagi.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Sementara itu, Anas meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, sesungguhnya Allah berfirman: “Jika Aku menguji hamba-Ku dengan dua benda yang paling dia sayangi, lalu dia bersabar menghadapinya, maka Aku akan menggantikan keduanya dengan syurga. Yang dimaksudkan dua benda itu adalah kedua matanya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Jelaslah Allah menimpakan musibah kepada seseorang anak Adam itu ada hikmah dan ujian-Nya. Justeru itu sesiapa yang ditimpa musibah hendaklah sabar menghadapinya.

Firman Allah yang bermaksud:

“(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang sabar dengan memberikan pahala lebih baik dari apa yang mereka kerjakan.”
(Surah An-Nahl, ayat 96)

Oleh itu, apabila berhadapan ujian, jangan buruk sangka sebaliknya hadapinya dengan reda serta keyakinan bahawa selepas kesusahan itu akan ada kemudahan menanti.

Monday, August 10, 2009

Gelombang minda

Otak manusia yang dijadikan tuhan terdiri daripada berbilion sel yang dipanggil neuron. Kombinasi sel-sel ini mencetuskankan aliran elektrik di dalam otak manusia dan boleh dikesan melalui alat yang dipanggil electroencephalograph (EEG). Aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda (brainwave).

Gelombang minda akan sentiasa berubah mengikut aktiviti yang di lakukan oleh seseorang. Sebagai contoh orang yang sedang tidur dan orang yang dalam keadaan jaga gelombang minda mereka sangatlah berbeza.

Secara amnya gelombang minda dibahagikan kepada 4 tahap:

Beta (12hz-38hz)

Dalam keadaan jaga dimana manusia melakukan aktiviti harian yang melibatkan penggunaan minda sedar (conscious mind). Orang yang berada di tahap ini selalunya mereka yang sedang bekerja, berbincang, membuat pilihan dan juga menganalisa (berfikir) dimana otak berfikir secara logik dan konsentrasi. Mereka yang gelombang mindanya yang berada pada tahap aktiviti beta yang tinggi (higher beta) biasanya akan mengalami masalah mengawal emosi serta mengalami tekanan perasaan, Attention Deficit Disorder (ADD) dan sukar tidur (insomnia). Stimulasi pada tahap beta membolehkan kita mengatasi masalah mental yang tidak stabil, tahap tenaga, konsentrasi dan boleh juga meningkatkan IQ seseorang.

Alpha (8hz-12hz)

Dalam keadaan jaga dan tenang. Biasanya kita akan berada di tahap ini sewaktu kita sebelum kita tidur dan juga selepas bangun dari tidur. Apabila kita menutup mata secara automatik minda akan mula menghasilkan gelombang alpha. Di tahap alpha biasanya kita akan lebih mudah menerima saranan dan tahap ini sangatlah efektif untuk menghipnosis diri sendiri (self-hypnosis), “mental re-programming” dan pembelajaran yang pantas. Pada tahap ini jugalah kita dapat menggunakan deria yang ke-6 (ESP-Extra Sensory Perception) di mana kita akan lebih peka pada pendengaran, penglihatan, sentuhan, gerak hati dan lain-lain.

Kajian yang dijalankan saintis juga menunjukkan kanak-kanak banyak menghabiskan masa dalam keadaan jaga (beta) tetapi gelombang minda mereka berada pada tahap alpha-Theta. Semakin mereka membesar (akil baliqh) minda kanak-kanak akan mula menghasilkan semakin banyak gelombang beta. Sebab itulah kita lihat kanak-kanak cepat belajar/tangkap apa yang kita cakap/buat. [huraian lanjut di bawah tajuk ALPHA STATE OF VIBRATION]

Theta (3hz-8hz)

Pada saat ini kita akan berada di dalam keadaan yang amat tenang. Tapi ramai orang bila dah berada tahap ni terus tertidur. Jarang sekali orang dapat mencapai tahap theta dan berada di dalam keadaan sedar. Sebaiknya pada tahap ini, tubuh fizikal tidur tapi minda hendaklah dalam keadaan jaga. Bukan senang kerana kebanyakan orang tubuh dan minda mereka tidur bersama-sama. Tahap theta ni bolehlah di katakan tahap spritual di mana di tahap ini kita boleh melakukan aktiviti-aktiviti luarbiasa seperti keluar dari tubuh fizikal - out of body experience (OOBE), mimpi berarah (lucid dreaming), remote viewing dan macam-macam lagi.

Delta (0.2hz-3hz)

Tahap gelombang minda yang paling rendah. Mereka yang berada pada tahap ni biasanya orang yang tidur mati (deep sleep) dan tidak bermimpi. Pada tahap ini juga pituitary gland yang terletak di tengah-tengah otak akan menghasilkan Human Growth Hormone (HGH). Minda pada tahap akan akan melakukan proses penyembuhan diri sendiri (self-healing) pada tubuh fizikal.

Walaupun seseorang itu berada pada tahap beta, tetapi tahap-tahap minda yang lain seperti alpha, theta dan delta boleh dihasilkan oleh minda pada masa yang sama.

Pengetahuan mengenai gelombang minda ini amat berguna terutamanya pada mereka ingin mempelajari ilmu tenaga dalam, reiki, mind power, hipnosis dan sebagainya.

Gelombang Fikiran

Alfa adalah Alpha ( Dalam keadaan Tenang atau satu fokus / Khusu' ) di mana tahap gelombang fikiran anda di antara 14-7 cps (Pusingan Per Saat), dalam keadaan alpha ini bermakna anda adalah dalam keadaan yang tenang - atau dalam bahasa Melayunya - Khusu', di mana teknik pembelajaran menggunakan kaedah ini, amat menjana bagi meningkatkan lagi kepekaan sesaorang itu kepada apa yang di ajarkan di sekolah-sekolah oleh guru. Pelajar tidak menghafal tetapi mengingati kesemua pelajaran yang mereka belajar.

Apabila sesaorang itu berada didalam keadaan yang amat tenang ( dalam Gelombang fikran Alpha, antara Pusingan 14 -7 per Saat ), pemikiran nya akan berpusat, tertumpu ( Terfokus ) kepada apa yang dia dengar, di baca, berfikir atau sedang memikir didalam fikiran nya dan akan tersimpan di dalam memori di Fikiran Bawah sedar nya. Kecerahan serta kebolehan yang luarbiasa penggunaan Minda Bawah Sedar dan juga akan serta merta meningkatkan kepintaran anda sebagai pelajar atau sesiapa pun yang ingin pelajari ke tahap paling maksima dengan penggunaan Minda di bawah sedar atau penggunaan minda kanan (Right Brain).

Terdapat beberapa kajian yg dijalankan saintis tentang bagaimana perkara yang dianggap ‘impossible’ bagi kebanyakan orang utk menghafal sebuah buku ‘possible’ bagi seorang hafiz. Seperti mana yang kita ketahui, kebanyakan org yg menghafal Quran akan memulakan hafalan diawal pagi yakni selepas solat subuh. Mengikut kajian yg telah dijalankan, gelombang otak diawal pagi adalah stabil dan amat menyerupai gelombang bumi, iaitu gelombang alpha. Gelombang alpha adalah gelombang yang tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, moderate dan tenang. Gelombang ini memberikan rasa keselesaan kepada otak dan apabila otak berada didalam keadaan ini, kita dikatakan berada dalam ‘alpha state’.

Dalam ‘alpha state’, amat mudah bagi otak untuk mentafsir dan menganalisa segala maklumat yg diterima. Untuk mencapai ‘alpha state’ ini, seseorang itu harus menenangkan diri dengan mendengar gelombang2 alpha. Gelombang2 alpha yg dimaksudkan disini adalah gelombang yang terhasil dr bunyi-bunyi alam semulajadi seperti bunyi laut dan angin. Mengikut sesetengah kajian, ayat-ayat al-Quran juga boleh menghasilkan gelombang-gelombang alpha ini sekiranya dibaca dengan betul dan tepat.

Maka sekiranya kita ingin mendapatkan gelombang alpha ini utk berada dlm ‘alpha state’, maka apa yang diperlukan dalah tempat yang tenang dan dengarkanlah ayat-ayat al-Quran dan lihat serta renungkanlah alam dengan hati yang tenang kerana alam ini juga adalah kalam Allah dan hanya boleh ditafsir bagi mereka yang berfikir dan beriman seperti yang dinyatakan dalam surah ar-ra’ad ayat 3:

“Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang dan sungai-sungai. Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan berpasangan dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”

Bagi mereka yang menghafal al-Quran, hafalan dipagi hari dan bacaan Quran benar-benar membantu dalam menguatkan ingatan disamping membantu diri menenangkan fikiran. Tidak hairanlah jika kita lihat banyak penceramah-penceramah seperti Ahmad Deedat dan Zaki Naik boleh melontarkan pelbagai hujah dengan menjadikan Quran dan juga Bible sebagai rujukan untuk berhujah tanpa perlukan kitab2 tersebut didepan mata mereka.
Beberapa ujian telah dijalanan psikologis utk menguji sejauh mana kebolehan otak manusia menghafal jika berada dalam ‘alpha state’ dan hasilnya menunjukkan sekiranya seseorg berada dlm ‘alpha state’, average perkataan yg boleh dihafal dalam satu hari adalah 1500 perkataan. 1500 perkataan baru dalam satu hari!!

Hikmat membaca al-Quran yg Allah kurniakan terlalu besar tetapi ramai antara kita yg memandang enteng. Dalam era penuh dengan ke’logik’kan ini, manusia suka melogikkan segala perkara. Nah, ini dia logik yg Allah berikan. Terang lagi nyata!! Dan jika diantara kita masih meragui, mungkin logik yg dicari itu bukan logik berdasarkan pemikiran yg waras.

“Kebenaran itu adalah dari Rabb-mu,
sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.”
(Al-Baqarah: 147)

Sunday, August 2, 2009

RAMADHAN , PENJANA DIRI REMAJA


Masyarakat Islam menyambut Ramadhan dengan tanggapan yang berbeza berdasarkan keyakinan, tanggapan dan tahap ilmu masing-masing. Ada yang melihat dari sudut kewangan , bagaimana Ramadhan boleh menambah atau mengurangkan pendapatan? Ada pula yang melihat dari sudut kesihatan , bagaimana puasa mempengaruhi kesihatan tubuh badan?Manakala ada pula yang memandang di sudut pahala dan dosa , berkat dan fadhilat , rahmah dan magfirah. Pandangan-pandangan ini secara langsung akan membentuk sikap dan perlakuan kita bukan sahaja pada bulan yang mulia itu , tetapi juga pada bulan –bulan yang lain.
“ What you see is what you get”. Maksudnya , apa yang kita lihat menentukan apa yang kita dapat.. Jadi kesan dan manfaat puasa bergantung kepada cara kita melihatnya , jika pandangan kita mengenai puasa kita tepat , maka kita akan mendapat hasil yang tepat juga . Sebaliknya , jika pandangan kita tersalah atau serong maka akan tersasar juga lah hasil dan kesan puasa itu . inilah yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam dewasa ini-kesan puasa tidak padu dan menyeluruh. Antara penyebabnya ialah pandangan kita terhadap puasa yang tidak tepat.



Kebanyakan umat Islam mengamalkan puasa pada aspek ‘ritual’ nya sahaja. Aspek-aspek yang lebih mendalam dan mendasar yakni elemen ‘substance’ dalam puasa itu sering terabai. Semasa bulan puasa kita melihat masjid penuh dengan berbagai-bagai aktiviti misalnya , umat Islam berterawih, bertadarrus , majlis berbuka puasa yang meriah dan lain-lain amalan tradisi. Namun bagaimanakah keasan amalan –amalan ritual itu dalam menjana akhlak dan keperibadian yang tinggi. Tegasnya , apakah pakej amalan-amalan rohani sepanjang Ramadhan mampu menyekat kemungkaran dan kejahatan hingga terbina keluarga yang bahagia dan masyarakat yang penyayang?
Puasa kerap dilihat secara terbatas –yakni hanya sebagai satu tuntutan ibadah khusus yang memerluakn kita menahan lapar, bersahur, solat terawih dan sebagainya. Begitulah selalunya anggapan sesetengah kita . Sedangkan skop puasa lebih daripada itu . Puasa pada pengertian bahasa ialah’ menahan diri’. Jadi apakah sebenarnya yang tersirat dalam kunci-kunci ‘menahan diri’ itu/ Apa yang perlu ditahan? Kenapa kita perlu menahannya? Dan bagaimana?
Tujuan puasa yang utama ialah menahan dan melawan nafsu . Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Ia adalah sumber kejahatan yang utama dalam diri. Nafsu yang ada di dalam diri adalah punca seluruh kejahatan dalam kehidupan. Jadi puasa adalah satu proses (mekanisme) khusus unutk membantu manusia bagi melawan dan menjinakkan nafsu yang secara semulajadinya sangat buas dan jahat. Allah S.W.T. menyebut dalam firman-Nya: “ Sesunguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”
Rasulullah s.a.w bersabda ; “ Musuh yang paling kuat memusuhimu ialah nafsu yang berada di dalam dadamu.”
Dengan berpuasa, orang Islam hakikatnya sedang melawan hawa nafsu untuk mencapai rasa taqwa didalam diri. Jika solat adalah latihan menghubung hati secara langsung dengan Tuhan, zakat membersihkn rasa tamak pada harta di dalam jiwa / maka puasa adalah ibadah khusus untuk melawan hawa nafsu.
Ibadah puasa adalah pakej latihan –latihan tertentu untuk menangkis segala kejahatan nafsu demi membentuk rasa taqwa yang sejati. Firman Allah S.W.T.: “ Wahai orang –orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa.” (Al- Baqarah: 83)
Soalnya bagaimana melaksanakan puasa hingga tercapai maksud melawan hawa nafsu itu? Dalam surah Al-Baqarah ayat 83 menjelaskan bahawa puasa mesti dilaksanakan atas dasar iman . Oleh sebab itu kewajipan berpuasa dimulakan dengan seruan ‘ Wahai orang yang beriman .’ Tegasnya , sesorang yang berpuasa mestilah didasari oleh keyakinan kepada Allah S.W.T. Oleh itu puasa mesti diniatkan ‘kerana Allah S.W.T.’ Disinilah sering berlaku kesilapan dikalangan umat Islam. Tanpa disedari yan gberpuasa bukan kerana Allah S.W.T.
Kadang-kadangkala apa yang’ diniatkan’ lebih terfokus kepada hikmah bukan perintah. Misalnya , antara hikmah berpuasa ialah dapat melahirkan rasa simpati ,empati dan ihsan kepada orang -orang miskin. Ini kerana rasa lapar dalam bulan puasa mengingatkan kita pada nasib orang-orang selalu berlapar. Benar, ini adalah hikmah berpuasa tetapi itu bukan niat utama kita berpuasa. Jika itulah niat yang utama , kenapa orang yang sering berlapar itupun masih diwajibkan berpuasa?
Besar bezanya , ‘berlapar’ kerana Allah S.W.T. pada bulan Ramdhan. Sesetengahnya pula terlalu asyik memburu fadhilat hinggakan fadhilat itu yang menjadi niatnya . Sayugia diingatkan bahawa fadhilat bukanlah dasar sesuatu ibadah ,tetapi ia hanya bersifat galakan atau’insentif’ yang berfungsi sebagai galakan atau dorongan.
Bagi memberi kesan pada pembentukan peribadi, puasa mestilah dibuat berdasarkan rasa kehambaan kepada Allah S.W.T. Sebagai hamba Alah S.W.T. maka sudah sewajarnyalah kita mematuhi perintah Tuhan sama ada dengan atau tanpa ganjaran. Puasa yang dilaksanakan atas dasar inilah yang memberi kesan kepada pembentukan peribadi. Inilah maksud kenapa seruan berpuasa ditujukan kepada ‘orang-orang beriman’ dalam ayat Al-Quran tersebut. Pendek kata , muqaddimah puasa mesti tepat supaya natijahnya juga tepat.
Sungguhpun begitu, niat yang betul sahaja belum menjamin kesan puasa yang baik. Ia perlu disusuli oleh pelaksanaan yang baik juga. Sebab itu puasa hendaklah dilaksanakan dengan cara yang betul dan tepat mengikut segala ‘manual’ feqahnya . Dan ia juga mesti dilaksanakan dengan ‘roh’ tasawufnya. Selain menepati hukum wajib dan sunatnya secara feqah , puasa juga hendakalah diiringi dengan melaksanakan amalan-amalan yang baik da meninggalkan amalan-amaln yan gjahat dari segi lahir mahupun batin.
Pada dasarnya nafsu adalah musuh batin , maka sepatutnya sepatutnya ia juga mesti’dilawan’ secara batin juga. Namun soal batin sangat berkait dengan soal lahiriah. Oleh itu pertalian kuat antara nafsu dengan makanan, pandangan, perkataan, dan sebagainya mesti diputuskan!
Paksi kejahatan dalam diri itu digambarkna begini…….Nafsu mendapat kekuatan daripada makanan dan rangsangan syaitan. Dan ia menjadi kuat apabila seseorang menjadi kuat apabila seseorang makan secara berlebihan. Nafsu perut (makanan) pula sangat berkait dengan nafsu seks. Dari situ lahirlah sifat-sifat mazmumah dan lain-lain.Maka apabila seseorang makan dengan banyak , nafsunya akan menjadi kuat dan sifat mazmumah akan meningkat untuk disalurkan pada jalan-jalan kemungkaran.
Ini menjelaskan kepada kita kenapa pada bulan puasa, yang mana syaitan telah ‘ dirantai ‘ pun , ramai yang melakukan kemungkaran. Berdasarkan logika , nafsu sepatutnya sudah lemah dalam keadaan begitu. Sumber tenaganya (makanan0 dan ‘motivator’nya (syaitan) sudah tidak ada. Kenapa? Ini kerana proses ‘mnyempitkan’ saluran darah yang merupakan ‘highway’syaitan) dengan mengurangkan makanan tidak tercapai justeru pada sewaktu berbuka puasa saluran ini dibuka seluas-luasnya semula. Jadi apa lagi, nafsu pun mengamuk kembali. Kita bukan menyekat nafsu , tetapi hakikatnya Cuma mengempangnya buat seketika dan apabila telah membuka –buak kita lepaskan semahu-mahunya. Jadi tidak hairan kalau nafsu bukan semakin lemah , tetapi semakin kuat dibulan puasa!
Mengapa ini terjadi? Mudah sahaja . Ini disebabkan kita tidak melihat puasa sebagai salah satu mekanisme melawan hawa nafsu melalui menyempitkan laluannya dengan cara menahan lapar dan dahaga . Ketika ditanya , mengapa kita berpuasa, ? Ramai orang Islam menjawab, agar kita dapat merasakan kelaparan yang dailami oleh orang –orang miskin, maka dengan ini akan terbina jiwa prihatin dan simpati kepada nasib mereka. Jika benarlah itu tujuan utama, berpuasa dan mengapa orang miskin yang berpuasa juga wajib berpuasa?
Bukanlah hari-hari yang bukan bilangan puasa pun mereka rasa selalu mengalamimya rasa lapar dan dahaga (kerana kesempitan hidup)/ Ikut logiknya , biarlah hanya orang kaya yang selalu kenyang itu sahaja yang berpuasa. Tetapi tidak sedemikian , yang kaya dan yang miskin sama-sama diwajibkan berpuasa . Ini bermakna ada tujuan lain yang lebih tinggi dan ada utama disebalik rasa ‘lapar’ dalam berpuasa. Lapar kerana kesempitan hidup dengan lapar kerana berpuasa sangat jauh bezanya. Orang yang miskin selalunya merasakan kelaparan dan kerana kesempitan duit. Tetapi di bulan puasa mereka berlapar semata-mata kerana Allah S.W.T. yang hakikatnya itulah latihan membentuk peribadi mereka. Menjadi orang miskin yang sabar.Dan buat sikaya yang selalu kenyang pula , mereka terpaksa berlapar kerana Allah S.W.T. yang hakikatnya itulah latihan yang membentuk peribadi mereka terpaksa berlapar kerana Allah S.W.T. dibulan puasa walaupun makanan ada dihadapan mata, justeru itu satu latihan bagi membentuk peribadi kearah menjadi sikaya yang syukur hatinya!
Oleh itu puasa yang benar-benar menjadi medan latihan ialah puasa orang soleh iaitu puasa orang yang dapat menahan anggota pancaindera seperti pendengaran , penglihatan , lidah , tangan , kaki, dan anggota-anggota tubuh lain daripada melakukan dosa. Kemudian meningkat setahap lagi menjadi puasa orang muqarrabin yakni orang yang hatinya hampir dengan Allah S. W.T. dimana hati dan akal dikawal daripada mengingati sealin Allah S.W.T. dimana hati dan fikiran dikawal daripada mengingati selain daripada Allah S. W.T. inilah puasa yang cemerlang.
Latihan berlapar disiang hari diikuti pula oleh pakej latihan yang berbentuk habluminallah dan habluminannas. Pakej ini perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kesan yang padu dalam berpuasa. Oleh itu, dalam bulan puasa , kita perlu menjalani latihan-latihan bersungguh. Antara latihan yang perlu dijalani ialah solat terawih, membaca Al-Quran , memperbanyakkan sedekah , iktikaf di masjid mengerjakan umrah dan membanyakkan amalan kebajikan.
Apabila nafsu dan hati telah terdidik , ia ibarat penjana untuk melaksanakan kebaikan dan meninggalkan kejahatan pada sebelas bulan berikutnya. Hati setelah dicanai dengan membanyakkan solat sunat, minda pula dicanai melalui pembacaan Al-Quran , bertasbih dan beriktikaf , maka hati dan fikiran dapat dikawal dengan sebaik-baiknya. Apakah kelebihan iktikaf? Ia adalah satu perkara yang memberi konsentrasi dan mengawal minda. Apabila minda cantik, sikap itu adalah terjemahan dari hati dan minda.
Kesimpulannya, Allah S. W.T. pula telah menyediakan suasana yang kondusif bagi persiapan tersebut. Namun kesan puasa tidak sama pada semua orang . Ia bergantung kepada orang yang melihat, tahap kita berusaha , kemampuan kita menahan keperitan dan untuk mendapatkan taqwa. Moga-moga para remaja mendapat taqwa pada bulan Ramadhan ini.


Puasa : Proses Mentarbiah Diri

Tidak ada sesiapa dapat menghalang seseorang pesakit (apabila doktor menasihatkannya) supaya berpuasa iaitu menahan diri daripada makan dan minum sebelum sesuatu pembedahan dibuat, alasan yang cukup mudah iaitu demi kesihatan pesakit dan mempercepatkab sembuh.


Jelas disini puasa memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesihatan seseorang. Hubungkait puasa dan kesihatan ini sudah lama diamalkan oleh orang-orang terdahulu sebelum datangnya Islam lagi. Kalau kita membuka lembaran sejarah kita akan dapati bangsa yang terdahulu sering mengamalkan puasa cuma niatnya berlainan , mungkin untuk melupakan diri dari permasalahan dunia atau sebagai persiapan peperangan. Bangsa Mesir kuno selalu berpuasa 7 hari hingga 6 minggu setiap tahun. Orang-orang Yunani mengambil tradisi puasa dari orang-orang Mesir kuno dengan mewajibkannya terutama kepada orang perempuan. Tanda puasa orang perempuan ialah dengan suasana duka. Sebahagian kabilah Yunani pula berpuasa beberapa hari secara berturut-turut sebelum peperangan bermula.





Orang-orang Cina berpuasa pada hari-hari biasa lebih-lebih lagi pada masa menghadapi musibah. Orang-orang Tibet ada yang dapat menahan diri berpuasa selama 24 jam berturut-turut sehingga air liur sendiripun tidak boleh ditelan.

Orang-orang Yahudi iaitu pengikut Nabi Musa a.s berpuasa 40 hari, mereka juga berpuasa apabila mereka yakin bahawa Allah sedang marah pada mereka. Taurat juga mewajibkan puasa pada tanggal 9 bulan 8 disamping 1 hari sebagai kafarat.

Orang-orang Nasrani pengikut Nabi Isa a.s juga berpuasa selama 40 hari dan sering juga berpuasa satu hari untuk kafarat sebagaimana yang diwajib dalam syariat Musa.

Begitulah apabila dating Islam, diwajibkan sama seperti orang-orang dahulu, bezanya sebulan berturut-turut dalam salah satu rukun Islam yang lima. Firman Allah yang bermaksud “ Wahai orang-orang yang beriman, telah
diwajibkan berpuasa ke atas kamu sebagaimana telah diwajib atas orang-orang sebelum kamu bertaqwa”
(Al-Baqarah :183 )

Puasa Dalam Ilmu Kedoktoran

Puasa merupakan satu-satunya ubat yang dapat mengubati gangguan usus yang berpanjangan dan yang terganggu akibat minuman keras. Puasa dapat mengurangi berat badan akibat banyak makan dan bertambahnya tekanan, selain itu dapat mengubati pelbagai penyakit seperti penyakit darah tinggi , kencing manis dan sakit jantung.

Aturcara Berbuka Mengikut Islam

Islam menggalakkan berbuka dengan buah tamar kerana usus akan menyerap air yang bergula untuk mengembalikan kesegaran setelah seharian berpuasa. Jika dia mengambil makanan berat segera bermakna menghalang kemasukan gula yang kemudian memerlukan waktu 3 atau 4 jam sebelum usus dapat menyerap gula semula. Jadi samalah dengan orang yang berpuasa terus.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud “ Apabila kamu berbuka, maka hendaklah dengan buah kurma kerana ia membawa berkat, kalau tidak ada cukup dengan air kerana itu pembersih” (Riwayat Abu Daud, Tarmizi, Ibn. Majah dan Ibn Hibban)

Peringkat Puasa

Puasa terbahagi kepada 3 peringkat, umum, khusus dan terkhusus iaitu puasa umum ialah menahan diri dari makan dan nafsu seks iaitu puasa orang awam. Puasa khusus ialah disamping pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki serta seluruh anggota badan dari melakukan dosa, ini puasa orang-orang soleh. Puasa terkhusus iaitu puasa hati dari niat-niat yang buruk dan fikiran-fikiran duniawi serta memalingkan diri secara keseluruhan dari segala sesuatu selain Allah, ini adalah puasa peringkat para Nabi dan muqarrabin.

Puasa khusus boleh dicapai dengan 6 perkara :

1. Menundukkan pandangan mata serta mengatasinya sehingga tidak tertuju kepada segala yang tercela atau menyibukkan hati dan lalai daripada mengingati Allah.

Jabir r.a darpada Anas, telah bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “5 perkara dapat membatalkan pahala puasa seseorang , ucapan bohong, mengumpat, fitnah , sumpah palsu dan pandangan yang bernafsu”
(Riwayat Al-Azdiy)

2. Menjaga lidah dari kata-kata sia-sia, dusta, fitnah, caci maki dan menyinggung perasaan orang lain dengan menyibukkan berzikir kepada Allah dan membaca Al- Quran.

3. Menahan pendengaran dari mendengar segala sesuatu yang dibenci agama sebab segala sesuatu yang haram diucap, haram pula di dengar seperti mengumpat, ejekan dan sebagainya.

4. Mencegah semua anggota tubuh badan dari perbuatan haram seperti tangan, kaki, perut (makanan haram dan syubhat), sabda Nabi s.a.w yang bermaksud
“ Berapa banyak orang berpuasa sedangkan ia tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain rasa lapar dan dahaga” ( An –Nasa’i, Ibn Majah dari Abu Hurairah)

5. Berpada ketika berbuka dengan makanan halal sekadar sahaja, tujuannya elak nafsu kembali kuat, ringan untuk bertahajjud dan qiamullail.

6. Hati- setelah selesai berbuka sentiasa terpaut antara harap dan cemas, dan setiap kali melakukan ibadat lain.


Selain itu satu perkara yang wajib ialah hendaklah menunaikan zakat fitrah kerana pahala puasa akan diangkat selepas ia dibayar.

Ia dijelaskan dalam hadith yang bermaksud : Dari Ibn Abbas r.a katanya :
“ Rasul s.a.w telah menentukan wajibnya zakat fitrah untuk membersihkan orang yang mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang buruk dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin. Oleh itu sesiapa yang menunaikannya sebelum solat hari raya maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul dan sesiapa yang menunaikannya sesudah solat hari raya maka dikira sedekah biasa seperti sedekah-sedekah sunat yang lain”.
(riwayat Abu Daud)

Menurut huraian ulama, orang yang melengah-lengahkan bayaran zakat fitrah sehingga luput waktunya yang ditentukan bukan sahaja berdosa bahkan wajib dia membayar sesudah itu, jika tidak, tetap menjadi hutang, sehingga dia menjelaskannya walaupun akhir umurnya.

Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dan diterima Allah. Amin.

Thursday, July 30, 2009

Tangis insaf, zikir hidupkan jiwa mati

Air mata takut hari pembalasan untuk tambah ilmu lebih mahal daripada isi dunia

DUA belah mata boleh menangis, tetapi hati tetap reda atas ketentuan-Nya. Demikianlah keadaan orang Mukmin yang bersedih. Tawa dan tangis, gembira dan sengsara, nikmat dan ujian semuanya adalah lumrah kehidupan.

Seseorang itu tidak mungkin hanya melalui satu episod dalam kehidupannya, sedih dan menangis untuk selama-lamanya. Semua akan datang dan pergi silih berganti, tiada yang kekal di dunia ini.

Orang beriman berada di atas batas pertengahan, tidak berlebih-lebihan mengungkapkan perasaan yang bergejolak di hati. Inilah yang disebut sebagai jiwa hamba yang zuhud. Apabila mendapat nikmat, tidak terlalu gembira dan jika diserang musibah tidak pula terlalu bersedih. Semua dikembalikan kepada ketentuan Allah semata-mata.

Menangis adalah suatu ungkapan perasaan normal pada diri manusia. Biasanya manusia menangis atas sebab tertentu. Mungkin berduka kerana sudah kembali kepada Allah seseorang yang mereka kasihi. Kerana rindu yang menyeksa kepada orang disayangi.


Begitu juga orang akan menangis apabila menahan sakit, tidak kira sakit kerana dilukai perasaannya ataupun sakit pada zahir tubuh badannya. Orang akan menangis apabila kehilangan harta, diseksa dan dizalimi, diusir atau dihina peribadinya dan dimalukan di khalayak ramai.

Menurut al-Imam Ibnul Qayyim al-Jauziyyah, tangisan boleh diperincikan menjadi 10 jenis mengikut pelbagai maksud dan tujuan. Tangisan kasih sayang, ketakutan, gembira, kegundahan, cinta dan rindu, kesedihan, tidak berdaya, kemunafikan, orang upahan dan tangisan ikut-ikutan.

Satu tangisan yang istimewa dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan rasa optimis, kecekalan dan azam bergelora.

Tangisan itu membawa satu janji untuk hidup lebih bererti dan ia mampu mencelikkan pandangan mata hati meneroka alam lebih jauh lagi. Alam ghaib tidak nampak di mata kasar, hanya hati yang beriman boleh merasai kebenarannya. Tangisan itu dianugerahkan kepada Nabi dan Rasul, syuhada dan orang salih. Mereka berhak mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan, selain perlindungan-Nya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian, lalu berlinanganlah air matanya kerana takutkan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Tangisan itu mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah. Saidatina Aisyah Ummul Mukminin menangis ketika membaca ayat al-Quran dalam sembahyangnya, yang bermaksud: “Maka Allah memberi kurnia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.” (Surah al-Tur, ayat 27)

Dan menangis pula ketika membaca ayat Allah yang bermaksud: “Jika Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba-Mu. Dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Maidah, ayat 118)

Saidina Umar al-Khatab berkata: “Seandainya ada seruan dari langit yang mengatakan: Wahai manusia, sesungguhnya kalian semua masuk syurga, kecuali seorang. Tentulah aku amat takut kalaulah orang itu adalah diriku.” Maka beliau pun teresak-esak demi membayangkan kengerian peristiwa itu.

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Sesungguhnya aku menyaksikan sahabat Rasulullah SAW, tetapi kini aku tidak menemukan lagi orang seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagi dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika qiyam pada malam hari. Mereka membaca al-Quran sambil berdiri, duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka. Demi Allah, seolah-olah keadaan umat sekarang seperti umat yang semalaman dalam keadaan lalai.”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku belum pernah melihat sesuatu yang boleh menyebabkan orang yang tidur terbangun lantas lari daripada satu ancaman seperti ancaman neraka.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Malam yang panjang itu sebenarnya ada bahagian untuk melembutkan hati, ada ruang mengadu kepada Allah, ada peluang mengetuk pintu maghfirah-Nya, ada kesempatan meminta perlindungan daripada azab neraka. Tetapi manusia yang lalai sudah melepaskan peluang keemasan itu untuk sekadar menikmati mimpi yang sebenarnya tidak dapat memuaskan hati.

Untuk mencapai darjat iman yang tinggi seperti sahabat Rasulullah SAW, tentu banyak rintangan yang harus dihadapi. Malas dan leka dengan permainan serta hiburan membuat hati manusia keras, ditambah lagi kurangnya ilmu, penghayatan mengenai jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Kesibukan memuaskan nafsu syahwat terlalu mengganggu kekhusyukan hati. Akhirnya kelalaian itu menjadi kebiasaan, bagi yang sudah terbiasa akhirnya bukan menjadi suatu keaiban lagi selepasnya. Semakin lama dirinya semakin tenggelam kealpaan. Bahawa kita perlukan pertolongan Allah kerana hanya Allah yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada kejahatan dirinya sendiri.

Allah berfirman menerusi lisan Nabi Yusuf yang bermaksud: “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku.” (Surah Yusuf, ayat 53)

Apabila nafsu sentiasa menyuruh berbuat maksiat, lalai dan menunda amal maka keraslah hati dan keringlah mata daripada air mata taubat. Jika berdiri untuk sembahyang, akalnya menjelajah hingga ke seluruh ruang pemikiran yang terpendam dalam memorinya. Barang yang hilang pun boleh diingat di manakah tempat menyimpannya.

Maka terbukti sembahyangnya kosong, hatinya hampa, fikirannya tidak menumpu kepada kebesaran dan keagungan Allah. Bagaimanakah matanya boleh menangis, hatinya boleh takut dan akalnya boleh tunduk di hadapan Maha Pencipta?

Begitu juga ketika membaca ayat al-Quran, ia hanya semata-mata untuk pahala, kerana ilmunya belum sampai kepada penghayatan yang mendalam terhadap isi kandungan al-Quran. Padahal Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah, Abu Ya’la dan al-Baihaqi daripada Saad bin Abi Waqqash)

Rasulullah SAW pernah meminta Abdullah bin Mas’ud untuk membacakan al-Quran kepada Baginda. Beliau membaca awal surah al-Nisa hingga ke ayat 41 dan beliau melihat Rasulullah SAW menitiskan air mata.

Abdullah bin al-Syakir berkata: “Aku pernah menemui Rasulullah SAW ketika Baginda bersembahyang, sementara dari dalam tubuhnya terdengar suara seperti air yang mendidih kerana tangisan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Bagaimana jika air mata tidak juga mahu keluar, puas sudah hati memaksa sedih supaya kekhusyukan boleh singgah, walaupun sekejap. Kesilapan apakah yang dilakukan hamba Allah yang tidak dapat menangis ini?

Pertama, kerana ceteknya ilmu sehingga hati dan akalnya tidak dapat meneroka lebih jauh memikirkan keagungan Allah. Kedua, kerana dirinya tidak merasai kesusahan ujian dan musibah, segalanya berjalan dengan aman dan lancar dalam kehidupannya sehari-hari.

Ketiga, berlebih-lebihan dalam bergembira, bergurau dan bermain-main. Keempat, kurang muhasabah dan bertafakur melihat kelemahan dan kekurangan diri. Dan yang kelima, berlebihan pula membanggakan amal sehingga mematikan rasa takut kepada Allah.

Menangis tidak semestinya menunjukkan seseorang itu lemah bahkan menangis kerana takut kepada Allah boleh melonjakkan semangat seorang hamba untuk mengorbankan segala-galanya yang dimiliki demi Tuhannya.

Bukankah syuhada menumpahkan darahnya kerana meninggikan kalimah Allah, biarlah kita mulakan ia dengan menitiskan air mata kerana Allah, itu saja yang termampu kerana harga setitis air mata itu lebih mahal dari dunia dan segala isinya. Memang sungguh berbaloi!

Tuesday, July 28, 2009

Jenis-Jenis Air mata

Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ?

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.


Tangisan dapat memadamkan api Neraka.

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.

Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut.

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a "Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :

1. Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2. Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3. Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.

1. Apabila dahi nya berpeluh.
2. Airmatanya berlinang.
3. Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : "Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1. Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

Thursday, July 16, 2009

Orang Zuhud Dikasihi Allah

Rasulullah bersabda lebih kurang maksudnya, “Jika kamu hendak dikasihi Allah, maka hendaklah kamu zuhud dengan dunia”.

Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa untuk mendapat kasih sayang Tuhan, maka yang perlu kita perbuat di dunia ini ialah zuhud kepada dunia. Yang dikatakan zuhud itu bukanlah boleh diukur kepada miskin atau kaya. Sesetengah orang berpendapat miskin itu zuhud dan kaya itu tidak zuhud. Tidak sebegitu dan tidak semestinya. Malah ada juga yang menyatakan zuhud itu menolak atau membuang dunia. Salah tafsir ini perlu diperbetulkan.

Zuhud itu letaknya di hati. Dikatakan zuhud bila hati tidak cinta dunia. Hanya sanya dunia itu dijadikan sebagai saluran untuk membesar dan mengagungkan Tuhan. Biarpun kaya, kaya digunakan untuk jalan Tuhan. Biarpun miskin, hatinya tetap dengan Tuhan dan tak terikat dengan dunia. Maksudnya di sini, orang zuhud bukanlah menolak dunia. Dunia itu diambil sekadar keperluan. Selebihnya digunakan di jalan Tuhan.

Diceritakan bahawa pernah Sayyidina Ali, pergi melihat sebuah masjid dan dilihatnya di situ ada halaqah pengajian. Yang mengajar itu adalah Hasan Basri, seorang remaja belasan tahun umurnya walhal orang-orang yang mendengar itu kebanyakannya orang dewasa. Timbullah niat di hati Sayyidina Ali untuk menguji apakah Hasan Basri benar-benar layak mengajar.

Ditanya kepada Hasan Basri, “apakah yang boleh menyelamatkan manusia?” “Zuhud”, jawab Hasan Basri secara spontan. Maka, yakinlah Sayyidina Ali yang Hasan Basri itu mempunyai kelayakan untuk mengajar hanya kerana dapat menjawab dengan tepat soalan beliau. Pengajaran daripada kisah ini dapatlah kita ketahui bahawa zuhud adalah kunci kepada keselamatan manusia. Manakan tidak, hadis di atas juga telah meletakkan orang zuhud sebagai orang kesayangan Allah. Sudah pasti orang kesayangan Allah itu akan terselamat di dunia juga di Akhirat. Selama mana seseorang itu boleh zuhud, selagi itulah dia akan terselamat.

Tuhan ada berfirman, “Tidak ada dua hati dalam diri anak Adam” (Al-Ahzab:4) . Hati manusia ini kalaulah tanpa zuhud, nescaya akan diisi dengan cinta dunia. Seolah-olah hati manusia itu menjadi rebutan, bertarik-tarik antara zuhud dan cinta dunia. Amat malang, jika hati terarah kepada cinta dunia, maka tiadalah lagi keselamatan kepada manusia itu.

Benarlah sabda Nabi tentang dunia ini iaitu: “Cinta dunia adalah kepala bagi segala kejahatan.” Daripada cinta dunia, lahirlah berbagai kejahatan lain seperti hasad dengki, pemarah dan sombong. Semua ini bukan sahaja merosakkan empunya diri tetapi boleh juga merosakkan orang lain. Hakikat krisis dan perpecahan umat yang berlaku hari ini adalah disebabkan dengan penyakit cinta dunia ini. Selagi penyakit cinta dunia ini tidak diungkai daripada hati manusia, selagi itulah manusia akan terus berkrisis dan bersengketa. Tidak akan aman dunia ini dengan adanya manusia-manusia yang bersarang cinta dunianya.

Lagi, bila kita kaji dan teliti hadis ini, orang zuhud itu disayangi Tuhan kerana hati orang zuhud itu sudah tidak terikat dengan dunia lagi. Apa maksudnya? Dunia bila sudah masuk hati, maka rasa-rasa dengan Tuhan akan menjauhi. Tapi bila dunia itu sudah dibuangkan daripada merajai hati, maka mudahlah rasa-rasa dengan Tuhan itu masuk dan menguasai hati. Justeru, selarilah rasa hati seseorang itu dengan kehendak-kehendak Tuhan. Jadilah, dia itu orang yang memahami kehendak dan peranan Tuhan dalam kehidupan.

Disebut tadi, zuhud itu mengambil dunia sekadar perlu. Dan selebihnya digunakan untuk jalan Tuhan. Itu ilmunya. Nak berbuat, tidaklah semudah yang diceritakan. Ianya perlukan mujahadah. Kena benar-benar mengekang nafsu daripada berkehendak kepada yang tidak perlu. Kena benar-benar merasai kesusahan orang lain agar mudah harta dunia itu dialihkan kepada orang yang susah. Kena benar-benar ada jiwa untuk memperjuangkan Tuhan, barulah dunia itu disalurkan untuk perjuangan fisabilillah. Kuat mujahadah, maka lemahlah nafsu mencintai dunia, Sebaliknya, bila lemah mujahadah, jadilah nafsu itu kuat dalam mencintai dunia.
Moga-moga tulisan ini dapat membantu kita untuk memahami tentang zuhud.


Monday, July 13, 2009

PENGERTIAN ZUHUD YANG SEBENARNYA

Dunia ini Allah punya segala-segala yang ada di dalam dunia ini pun Allah punya. Bahkan kita manusia ini pun Allah yanc punya. Justeru itu pada hakikatnya, kita tidak memiliki apa-apa sebaliknya kita dimiliki. Kalaupun kita ada mempunyai harta kekayaan, wang ringgit yang menimbun-nimbun, kekayaan itu bukan kita punya. Itu milik Tuhan. Kekayaan itu termasuk diri kite sendiri, ia juga adalah milik Tuhan.


Kita sebagai manusia dalam keadaan apa sekalipun adalah miskin. Kita bila-bila pun miskin. Kite tetap miskin. Kalau kita kaya dan mempunyai harta, kits hanya tukang jaga kekayaan Tuhan. Kite hanya tukang tadbir kekayaan Tuhan. Kita boleh ambil sekadar yang kita perlu dari kekayaan kita tetapi yang selebihnya mesti digunakan untuk manusia lain yang memerlukan dan untuk masyarakat.

Allah jadikan harta dan kekayaan itu untuk manusia seluruhnya, untuk keperluan semua hamba-hambanya. Segala rezeki dan kekayaan yang Allah kurniakan itu cukup untuk hamba-hambaNya di muka bumi ini. Hanya rezeki, harta dan kekayaan itu tidak diberi sama banyak dan same rata. Ada yang dapat lebih. Ada yang dapat kurang. Supaya ada manusia yang kaya dan ada manusia yang miskin.

Allah jadikan miskin kaya bukan secara kebetulan. Kalau dalam masyarakat manusia semuanya miskin, make tidak akan ada penggerak ekonomi, tidak akan ada pencetus industri, perniagaan dan perdagangan. Tidak akan ada pembela bagi orang yang fakir dan miskin. Ekonomi masyarakat tidak akan ujud dan berkembang.

Manusia hanya akan sibuk mencari makanan sehari-hari untuk diri dan keluarga masing-masing. Semua manusia akan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tidak akan berlaku interaksi, usahasama, kerjasama, khidmat dan saling perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak akan ada kemajuan. Tidak akan terbangun masyarakat, tamadun dan peradaban. Semua manusia akan hidup macam orang asli atau kaum aborigin yang semuanya sama sama miskin.

Sebaliknya kalau dalam masyarakat manusia semuanya kaya-kaya belaka, maka kekayaan itu tidak ada apa-apa makna. Orang kaya akan menjadi susah juga. Siapa yang akan menanam padi. Siapa yang akan ke laut menangkap ikan. Siapa yang akan menternak lembu, kambing dan ayam. Siapa yang akan menanam sayur dan pokok buah-buahan. Bukankah ini semua kerja orang miskin. Apa yang orang kaya hendak makan. Takkan hendak makan duit, emas, perak, intan dan berlian. Siapa yang akan bina rumah, buat jalan, angkut sampah, potong rumput, menjadi pekerja bekalan air dan elektrik dan beribu-ribu macam khidmat lagi.

Kalau hendak gerakkan industri dan ekonomi pula siapa yang akan jadi buruh. Siapa yang akan jadi pekerja. Siapa yang akan jadi penyelia. Akhirnya siapa yang akan jadi pembeli atau pengguna bagi barangan dan khidmat yang dikeluarkan. Adanya miskin dan kaya itu adalah rahmat dari Tuhan supaya manusia boleh mencipta kehidupan, membina masyarakat dan menggerakkan tamadun. Supaya manusia kenal-mengenal, bantu-membantu, saling perlu-memerlukan dan berkasih sayang di antara satu sama lain. Tanpa adanya miskin dan kaya di kalangan manusia, maka tidak akan ada interaksi. Tidak akan ada masyarakat.

Namun begitu, rezeki dan kekayaan yang Allah limpahkan ke bumi ini adalah untuk semua manusia walaupun pembahagiannya tidak sama banyak dan tidak sama rata. Justeru itu apabila ada orang atau pihak yang tidak menjaga dan tidak mentadbir harta dan kekayaan yang Allah amanahkan kepada mereka dengan baik, maka akan berlakulah bencana. Apabila orang kaya tidak menyama ratakan harta kekayaan mereka kepada fakir miskin dan yang memerlukan, maka akan datanglah malapetaka. Apabila orang kaya mula merasakan kekayaan mereka adalah hak mereka sendiri dan bukan hak Allah yang perlu diagih-agihkan, maka akan turunlah laknat dan bala.

Rezeki, harta dan kekayaan Allah itu adalah untuk semua manusia dan masyarakat bukan untuk manusia yang tertentu sahaja. la mesti disama ratakan. Kalau tidak akan timbul kelas dan kasta kaya miskin dalam masyarakat yang satu sama lain benci-membenci, curiga-mencurigai, hina-menghina dan dengkimendengki. Masyarakat akan menjadi kucar- kacir, kacau-bilau, bergaduh dan berkelahi. Akan belaku berbagai bentuk jenayah dan penindasan. Hilang ukhwah dan kasih sayang. Manusia tidak kira kaya atau miskin akan hidup dalam ketakutan dan kebimbangan.

Oleh itu, semua manusia terutama yang kaya, perlu memiskinkan diri. Memiskinkan did ini bukan bererti kita mesti jatuh miskin. Memiskin diri ialah menyedari dan merasakan bahawa kita sebagai manusia, hakikatnya adalah miskin dan tidak punyai apaapa. Kesemua kekayaan adalah hak Allah semata-mata. Kalau pun kita kaya dan berharta, kita tahu dan kita sedar bahawa kita sebenarnya miskin. Kekayaan yang ada itu adalah amanah dari Allah yang wajib kita jaga dan tadbirkan mengikut kehendak-Nya. Kita boleh ambil setakat mana yang perlu sahaja dan menggunakan yang selebihnya untuk golongan fakir miskin dan masyarakat. Memiskin diri ertinya merasakan kekayaan kita bukanlah hak kita tetapi hak Allah untuk diagih-agihkan kepada golongan miskin dan masyarakat.

Inilah sebenarnya erti zuhud. Zuhud bukan bermaksud tidak kaya atau tidak berharta. Zuhud ertinya tidak merasakan kekayaan dan harta ini kita punya. Zuhud ertinya merasakan harta dan kekayaan itu kepunyaan Allah yang perlu diagihkan kepada yang berhak. Zuhud ertinya mempunyai kekayaan di tangan tapi tidak di hati. Orang yang zuhud ialah orang yang telah memiskin dirinya hingga mudah baginya menggunakan kekayaannya untuk masyarakat dan golongan yang memerlukan.


Sifat Pemaaf Bersih Hati,Tenangkan Jiwa

KETIKA manusia diciptakan, Allah mencipta juga pelbagai bentuk emosi dan keinginan dalam diri manusia yang berbentuk positif dan negatif yang saling mempengaruhi antara satu sama lain. Antara sifat positif yang terdapat dalam diri manusia ialah pemaaf, yakni lawan kepada sifat pemarah dan pendendam.

Pemaaf adalah sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap muslim. Ada beberapa ayat al-Quran dan hadis yang menekankan keutamaan bersifat itu yang juga disebut sebagai sifat orang yang hampir di sisi Allah.

Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).

Namun, diakui bukan mudah untuk menjadi seorang pemaaf. Sikap negatif yang menjadi lawannya iaitu pemarah sentiasa berusaha menidakkan wujudnya sifat pemaaf dalam seseorang. Pertembungan dua unsur ini mewujudkan satu mekanisme yang saling ingin menguasai diri seseorang.

Iman dan takwa menjadi pengemudi melahirkan sifat pemaaf, manakala syaitan pula mengambil tempat mendidik sifat pemarah. Hakikatnya, syaitan sentiasa menggunakan kelemahan manusia untuk digoda dari pelbagai penjuru agar timbul sifat haiwaniah dalam diri manusia.


Memang tepat sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud: “Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).

Sifat pemaaf memang sukar dilakukan memandangkan manusia sentiasa dikuasai fikiran logik untuk bertindak atas sesuatu perkara sehingga membunuh nilai moral sebenar.

Contohnya, bayangkan apakah tindakan spontan kita jika ditipu, dihina, dikhianati, dikecewakan dan perkara lain yang tidak disenangi. Sudah tentu perasaan marah akan menguasai diri dan diikuti pula dengan tindakan berbentuk lisan dan fizikal.

Kadangkala, perasaan marah juga disebabkan persaingan untuk mendapatkan sesuatu. Dalam keadaan itu, pesaing dianggap sebagai musuh yang perlu diatasi dengan apa cara sekalipun. Punca ini boleh merebak kepada fitnah, ugutan dan tindakan fizikal secara kekerasan.

Emosi manusia mudah terpengaruh ke arah melakukan tindakan yang pada pandangan logik adalah tindakan yang sepatutnya. Apatah lagi jika hasutan syaitan berjaya menguasai diri.

Di sinilah pentingnya kita memupuk sifat pemaaf dalam diri. Sesuatu yang logik tidak semestinya betul. Sebaliknya, ajaran agama adalah petunjuk kepada kebenaran yang mesti diamalkan untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

Tindakan marah melampau dan diikuti pula dengan tindakan fizikal bukanlah jalan menyelesai masalah atau untuk menunjukkan siapa yang benar. Ketika itu jika diteruskan niat melakukan tindak balas atas kemarahan itu, mungkin ada tindakan yang mendatangkan keburukan sehingga melakukan pembunuhan.

Sesiapa berupaya menahan kemarahan, bererti dalam dirinya memiliki kemuliaan, keberanian, keikhlasan dan kekuatan yang sebenar. Sebaliknya, orang yang tidak mampu menahan marah adalah golongan yang lemah.

Nabi Muhammad bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’.

Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’.

Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat. Dengan kekuatan takwa dan iman secara langsung akan menjauhkan perkara yang ditegah, termasuk sifat pemarah.

Sifat pemaaf lahir dari jiwa dan hati yang tenang hasil daripada tarbiyah yang berterusan. Sebab itu, selalu memupuk sifat pemaaf. Bermulalah dengan perkara yang kecil dan mudah hilang sifat marah.

Jika ada sesuatu yang menimbulkan perasaan marah, berfikirlah sejenak untuk terlebih dahulu menilai atau muhasabah diri sendiri terlebih dahulu. Renungkan dalam hati sendiri adakah perkara itu juga berpunca dari kita sendiri? Adakah sebelum ini kita mengambil langkah yang wajar untuk mengelak perkara itu daripada berlaku?

Jika kita mampu berfikir sedemikian, cahaya kebenaran mudah memasuki ruang hati dan memberi petunjuk apakah tindakan yang wajar dilakukan seterusnya. Pada ketika itu syaitan tidak berpeluang untuk menyemarakkan perasaan marah, yang lahir adalah keinsafan dan sifat memaafkan.

Sifat pemaaf memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri terutama dari segi rohani. Orang yang bersifat pemaaf selalu dalam keadaan tenang, hati bersih, berfikiran terbuka, mudah diajak berunding dan sentiasa menilai diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Bagi orang yang bersifat pemaaf, padanya tiada seorang pun dalam hatinya tersimpan perasaan marah. Sebab itu, hati orang bersifat pemaaf tidak mudah terbakar dengan provokasi yang menekan dirinya.

Banyak masalah berkaitan hubungan sesama manusia berpunca sifat marah dan membalas dendam. Biarpun perselisihan kecil, perkara itu tidak dapat diselesaikan disebabkan perasaan dendam masih bertapak di hati.

Sikap berdendam hanya merugikan kedua-dua pihak. Paling tertekan ialah pihak yang lebih banyak berdendam. Hatinya tidak tenteram dan sentiasa ada perasaan buruk sangka. Kadangkala, yang berdendam hanya sebelah pihak. Sedangkan, sebelah pihak lagi menganggap persengketaan sebelum ini selesai.

Jika sifat memaafkan diamalkan, insya Allah, kita juga tidak akan menanggung kemarahan daripada orang lain. Sesungguhnya Allah terlebih awal memberi keampunan dengan rahmat-Nya.